"Dian!!!"suara Mak aku jerit dari luar bilik.
Hish,aku tengah syok tengok boom boom dekat youtube,dikacau pulak...
"Alaa..Kejaplah.."aku berkata perlahan.
"Everyday boom boom,nae.."tengah syok karok,
"Dian oi!"Mak aku jerit lagi.
Haih..Aku terus tanggalkan earphone dan keluar dari bilik.
Aku nampak mak aku sebelah tangan tengah cekak pinggang sambil tangannya lagi satu pegang senduk.
"Ya,Mak..Ada apa-apa boleh saya bantu..."kata aku sambil membongkokkan badan ala-ala dayang bertemu permaisuri gitu.
"Ni haa..Barang dapur banyak dah habis.Pergi beli kejap dekat Giant sini.Bawa motor pun boleh.Katanya banyak barang dapur ada promosi."suruh emak.
Aku yang malas nak dengar mak bebel lagi,ambil list yang ada kat tangan mak.
"Sekarang eh?"tanya aku.
"Habistu kalau esok,kau taknak makan tengahari ke apa harini?"perli emak.
Aku hanya tersengih.
"Oklah.Dian siap kejap."kata aku lalu masuk ke dalam bilik.
Nak pakai baju apa ya?
Pakai jelah baju apa-apa,pergi Giant je kot.
Aku terus mencapai seluar jeans berwarna coklat dan t-shirt lengan panjang berwarna krim.Tudung pula aku pakai instant shawl 2 muka berwarna hitam.Malas aku nak berlilit bagai.Sarung sudah.
Aku ni kadang-kadang keluar,lupa bawa barang- barang penting.IC tak bawa,phone.Kadang-kadang duit pun lupa nak bawa.
Aku keluar dari bilik lalu terus mencapai sekeping not 50 ringgit dan kunci motor yang terletak di atas meja.
5 minit sahaja sudah sampai di Giant.Dekat je dari rumah aku.Aku meletakkan motor di tempat letak motor yang telah disediakan dan terus masuk ke dalam pasaraya Giant.
Aku keluarkan list dari poket seluar aku.
"Apa ni?Mana aku tahu segala barang-barang dapur ni.Apa ni,ketumbar?Macam ketumbit je aku dengar.Kayu manis?Ada ke kayu yang manis kat dunia."monolog aku sendirian sambil garu kepala yang tak gatal.
Inilah akibatnya tak pandai masak,terperap dalam bilik.Dapur tak pernah jejak untuk masak,makan jelah pandai.
"Haa..Aku tanya Mak lah..".Aku segera menyelukkan tangan ke dalam poket seluar untuk mengambil handphone aku.
Kejap,takde.Ok,penyakit aku dah muncul.Lupa nak bawa phone.
Ok,sekarang nak buat apa?Tercegat kat sini?Tanya orang?Ataupun aku travel je satu market ni cari barang yang Mak nak?
Travel jelah.Malu aku nak tanya orang.Kang tak pasal-pasal aku dilabel anak dara tak pandai masak.Hish,malu aku.
First yang aku nak cari,ketumbar.Ok,yang aku tahu pasal ketumbar,rempah je.Bentuk dia?Memang aku taktahu lah..
Aku pun pergi ke arah rempah-ratus.
Aku jalan-jalan sekitar lorong tu.
Ahah!Aku jumpa rempah berlabel ketumbar.Tinggal satu paket.
Tangan aku baru je nak capai,dah ada tangan lain yang ambil.Haih,ni aku geram nih.
"Hoi,aku dah sampai dululah!"marah aku kepada pemuda yang memakai kemeja berwarna hitam itu.
"Aku dah capai dulu.Siapa suruh lembap sangat?Hidup zaman sekarang jangan lembap-lembap,kena cepat bertindak."bebel pemuda itu lagi.Sindir sekali pulak tu.
Haih,menguji kesabaran aku betul.Jangan sampai kau balik rumah kau dengan mata lebam eh..
Kau tak tahu masa aku form2 aku pernah tumbuk budak lelaki sebab curi pensel aku dekat mata sampai lebam.Meraung dia.
Tangan aku dah genggam dah ni,tinggal nak berlepas je kat muka tu.
Aku terus merampas pek tu dari tangan dia.
Aku mengejek gembira.
Dia rampas balik.Haih,menyesal tak genggam kuat-kuat.
Aku rampas balik.Pastu,aku letak dalam poket.
Hah,berani kau nak seluk tangan kau dalam poket aku?!Memang kena terajanglah kalau kau buat macam tu.
Aku menayangkan senyuman berlagak aku kat dia.Biar dia panas hati.Biar!
"Pabo punya yeoja."pemuda tu merungut.
Wait!What?!!
Dia kata aku bodoh?Hei,aku tahulah kau cakap apa.Aku minat kpop dari form2 tau..Jangan macam-macam eh...
Aku jeling dia.Jeling,jeling.
Zaman aku sekolah menengah,budak lelaki kelas aku panggil aku hawkeye tau.Aku pun taktahu kenapa.Mungkin sebab diorang perasan aku jeling diorang kot.Padahal,aku jeling diorang sebab nak dapat idea untuk tulis karangan yang cikgu suruhlah...
Aku menjelirkan lidah.Pastu,aku bla.Malas nak layan mamat pabo putus saraf tu.
Pemuda itu pun pandang je aku bla dari situ.Macam serigala nak terkam mangsa pun ada.
😻😻😻
Akhirnya,setelah 2 jam aku pusing satu market,dapat juga segala barang yang mak aku suruh.
Dan harganya adalah.....RM49.99 termasuk beg plastik.Yelah,harini kan hari Sabtu.Takkanlah aku nak angkut barang satu-satu.
Harga tu,tercekik aku dibuatnya.Nasib baik cukup-cukup duit aku bawak.
Itulah,disebabkan GST,harga melambung macam ni.Aku beli apa je?Kayu manis,ketumbar,kicap,kentang dan sayur kangkung.
Awat mahai sangat..?Sepatutnya tak sampai 20 ringgit pun.
Oh,ya..Sebelum aku terlupa..Aku beli aiskrim wall oreo 2.Hehehe😅.
Aku yang buat harga tu melambung,nak salahkan GST pulak..
Lepastu,dah bayar semua,aku pun keluar dari supermarket Giant dan pergi ke arah motor aku.
Masa aku nak letak barang-barang tu,pandangan aku gelap.Mulut aku ditekup dan badan aku seperti diangkat dan dihempaskan di dalam sebuah van.
Beberapa saat kemudian,aku pun pengsan.
Aku yang tengah pengsan tu redha jelah..
Nak buat macam mana,dah pengsan.

YOU ARE READING
CHEF //Choi Seungcheol
RomanceChoi Seungcheol =Naim Adrian Nayeon=Aisyah Diana Mengisahkan seorang chef bertemu dengan seorang gadis yang tidak pandai masak. (Slow update) (Mungkin akan segera update jika mendapat sambutan)