Kami berlima pun masuk ke dalam kafe tersebut.
Dalam kafe tu,gila kau tak best.
BEST GILER!!!
Kalau aku pekerja dekat sini,aku sanggup tinggal dalam kedai tu tak balik-balik rumah.Sanggup dikelilingi oleh 13 poster lelaki yang sangat hensem.Walaupun aku tahu itu hanya poster dan patung kadbod.
Boleh tergugat iman I tau...
Belum jumpa depan-depan lagi.Kalau jumpa depan-depan ni,aku aumm seorang-seorang nanti.ASTAGA,APA AKU CAKAP NI.
OK,ABAIKAN.
Dekat dalam kedai tu,ada 13 meja dan setiap meja itu mempunyai satu patung kadbod.
Aku beria-ria suruh duduk dekat meja yang ada patung S.Coups.
Tapi hampeh.
Iza nak duduk meja yang ada Woozi.
Arisya pula nak meja yang ada Hoshi.Naega Hosh!xxahjumma
Sara?Siapa lagi kalau bukan The8.Lagi-lagi dekat meja tu ada gambar The8 buat dab.The8 mesti terpengaruh dengan Bambam,the king of the dab tu.jaebumood
Sebelah tu Bambam.Dia telah terpengaruh guys..Yani pula nak meja Joshua.
Dah sudah.Suara kami jelah yang bising dari tadi.Nasib baik tiada pelanggan lain.
Tiba-tiba,masa kami tengah syok berebut,datang seorang lelaki yang berpakaian seperti chef.
Eh kejap.Naim Adrian kan tu?Aku hafal lagi muka dia.Tak lost lagi.
"Naim?"aku yang nampak dia keluar dari dapur terus menanyakan nama kepada lelaki itu.
Semua housemate aku pandang pelik dekat aku.Mungkin pelik sebab aku tiba-tiba tanya nama dia seperti pernah berjumpa.
"Naim?Naim mana ni cik?Nama saya Idham lah.Naim mana pula cik pergi sebut?"tanya lelaki yang dikenali sebagai Idham tu sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Eh,bukan Naim eh?Tapi macam sama.
"Ooh,bukan eh?Haha,maaf.Maaf."kata aku sambil tersengih.
Dia hanya menggeleng sahaja melayan kerenah aku..
"Ni kenapa bising-bising dekat luar tadi?Fasal meja eh?"tanya Idham lalu pergi ke arah kaunter.
Semua termasuk aku hanya mengangguk sambil tersengih.
"Hmm,dah biasa dah macam ni.Kebanyakan perempuan yang masuk sini mesti buat bising sebab pilih meja."kata Idham.
Dia nampak macam tidak perli,tapi aku terzasss dalam hati bila dia kata perempuan masuk sini mesti bising.
YOU ARE READING
CHEF //Choi Seungcheol
عاطفيةChoi Seungcheol =Naim Adrian Nayeon=Aisyah Diana Mengisahkan seorang chef bertemu dengan seorang gadis yang tidak pandai masak. (Slow update) (Mungkin akan segera update jika mendapat sambutan)