❤BAB 4

61 6 4
                                    

Dan...

"Bahak dia.Tak sedap siak."kata Naim sambil memuntahkan balik makanan yang telah dimakannya ke dalam sinki.

Dasar tak boleh nak cover langsung.

"Apahal masin sangat ni?!Kau nak aku masuk hospital ke apa?"marah Naim.

"Masin??"tanya aku pelik.

Kejap eh...

Flashback

Aku tengah syok gaul telur kuning dengan telur putih,suara Jin mengejutkan aku.Aku terlanggar sesuatu.

"Tu maggi dah siap rebus.Dah boleh angkat dan tos."

Lalu,sebotol garam dalam botol 1.5 liter termasuk dalam mangkuk yang telah aku gaul tadi.

Aku takut kena marah dengan Jin,aku kacau jelah sampai sebati.

End of flashback

Nasiblah si Naim tu makan masakan aku.Udah dibilang enggak pandai masak,mahu aku masak jugak.Sekarang rasain kemasinannya.

Kejap,sejak bila aku ambil part dalam cerita sinetron ni?

"Dahlah.Kau terlepas daripada tahanan ni.Seksa betul aku culik kau."kata Naim sambil mengesatkan lidahnya lagi dengan sapu tangannya.

Masin benar nampaknya.Geli pulak aku tengok dia gi lap lidah dia tu.

Yulkss...

"Tapi.Aku mana tahu rumah aku kat mana dari tempat kau ni."rungut aku.

"Motor aku pun dekat Giant lagi.Aiskrim aku!!!!Cair...Ni semua sebab kau.Kalau cair,kau ganti balik eh.Dua kali ganda."ugut aku.

Naim hanya membuat muka biasa.Malas mahu layan gadis putus saraf di hadapannya.

"Hoi,motor kau,aku dah ambil masa kau pengsan tadi.Kejap,kenapa kau pengsan ek?Aku letak cheese je dekat sapu tangan tu."kata Naim.

Cheese?Lah..selalu dalam drama pengsan lepas kena tekup mulut.Aku pun buat-buatlah pengsan sampai aku pengsan betul-betul.

"Oh,cheese je eh?hehe..lantaklah.Aiskrim aku?"tanya aku tak sabar.

"Aiskrim kau ada dekat peti sejuk bahagian atas tu.Aku simpankan.Kang aku tak simpan,cair,kau pulak meraung macam beruk hilang sepupu."kata Naim selamba.

Dia ni memang cool je eh?Tak pernah nak senyum ke apa?Mata dah lawa.Mulut dah seksi.

Astaga,apa kau cakap ni Dian.

"Haa.ok,ok.Macam mana aku nak balik ni?"tanya aku sambil membetulkan tudung aku yang dah selebet.

Stress nau masak sampai tudung pun senget-benget macam tu.

"Ikut aku keluar dari dapur ni."arah Naim.

Kami pun berjalan keluar dari dapur itu dan pergi ke pintu keluar masuk di ruang hadapan.

"Sebelah kedai aku ni Giant.Jadi,kau tahulah kan macam mana nak balik?"tanya Naim.

Aku meninjau jalan itu.Ok,aku tahu jalan ni.

"Tahu.Oklah,aku gerak dulu.Ni aiskrim aku,aku ambil."kata aku lalu pergi ke arah motor aku berada.

Aku hidupkan enjin motor.Naim hanya melihat sahaja pergerakan aku.

"Bye."kata aku sepatah lalu beredar dari kedai tu.

"Bye."kata Naim sewaktu aku sudah beredar dari situ lalu masuk kembali ke kedai dia.

Tiba-tiba,kedai yang seperti tadi bertukar kepada kedai lain.

Tiada siapa yang tahu kedai itu bertukar bentuk dan isi dalamnya.

                                                        😻😻😻

"Hah!!Kenapa lambat ni?!!"suara mak aku jerit seperti dari Korea ke Johor Bahru boleh dengar.

Takdelah.Hiperbola je.

Kalau suara mak aku macam tu,silap-silap esok masuk berita,kedengaran suara wanita gila menjerit dari Korea ke Johor Bahru.Tak ke naya?

Ok.Abaikan apa yang telah saya merepek kerepek ni.

Mak aku sudah bercekak pinggang di depan rumah sambil memegang kayu hoki.

Jangan macam-macam ahh..Dulu zaman mak aku kolej,dia ratu hoki tau.Walaupun anak dia iaitu aku tak minat hoki pun,adik beradik aku yang lain suka.Contohnya,Along.Dia juara pemain hoki terbaik tau dekat sekolah dia masa sekolah menengah.Jangan macam-macam.

Aku yang baru turun dari motor hanya tersengih seperti kupang busuk.

"Sorry Mak.Jalan jem."aku menipu.

Yelah,takkanlah aku nak bagitahu aku kena culik tetapi gayanya bukan macam culik pun dekat mak aku.Kang esok aku jadi muka hadapan dalam surat khabar.Famous aku satu universiti.

Ok,sekarang tengah cuti semester.Tulah aku duduk rumah je.

"Kepala hotakmu.Nak menipu pun agak-agaklah Dian oi.Kau naik motor je kot.Giant pun dekat hujung sana je.Mana jauh."mak aku dah membebel.Sempoi habis kau dia bebel.

"Habistu Dian lambat,Mak masak apa je untuk makan tengahari tadi?"tanya aku ubah topik.

Haa..kalau bab ubah topik ni,mak aku selalu terkena dengan aku.Jadi,dapatlah aku lepaskan diri.Muahahahaha.Gelak jahat..

"Mak suruh adik belikan lauk dekat kedai belakang."kata Mak.

"Ouh."aku hanya bagi respon itu sahaja,tak tahu nak bagi respon apa.

Takkanlah aku nak buat -buat pengsan pula?
Ke nak panggil berita tv3?

Apa aku merepek-meraban ni?Abaikan,harini mood aku nak merepek je.

Aku pun masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat 2 untuk pergi ke bilik kesayanganku...

Sorry,chapter ni agak membosankan sikit.
Vote and comment ya...

Tenkiu...

Byebye,xoxo😙

CHEF //Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now