❤BAB 6

51 5 5
                                    

Aku pun membuka sampul surat itu.

Aku membaca isi kandungannya.

Hai Dian.

Jumpa awak esok dekat KL.

-♡-

Eee..siapa ni?

Geli je nak berlove-love bagai.

Jumpa kat akhirat nanti baru tahu,huh!

Aku buang terus dalam tong sampah yang terletak di sebelah meja solek aku.

Aku ni jenis yang malas nak layan kalau dapat surat dari peminat ni(lol,riaknya saiaaa...,hahaha).

Kadang-kadang aku simpan.Tapi,kadang-kadang aku dapat yang prank punya(disebabkan main truth or dare.),jadi aku humban jelah dalam tong sampah.

Nak simpan buat apa kan?

Kemudian,bila teringat esok nak balik rumah sewa dekat KL,aku rasa lemah sangat.

Aku pun mengambil bagasi berwarna ungu aku di sebelah almari baju dengan longlainya.

Malas punya fasal kan.?

Semasa aku tengah mengemas baju,handphoneku berbunyi menandakan ada chat dari whatsapp masuk.

Aku pun buka.

Arisya rupanya.

Arisya:Hoi budak.

Biadap.Dia kata aku budak?

Diana:Kau nak apa hah gila?

Kan aku dah mengamuk panggil dia gila.

Arisya:Esok lepak jom lepas balik rumah.Kita pergi kafe yang baru bukak tu.

Haih,tak sesudah dengan lepak dia tu..Apalah nak jadi dengan anak dara ni.

Diana:Aku boleh je.Siapa je lagi?

Hehe,aku pun nak join jugak..

Arisya:Ada Sara,Yani dengan Iza.

Semua yang disebut tu housemate aku tu.Baik dia kata housemate je siak,tak payah bagi nama sekali.

Diana:Kejap.Kafe mana ni?
Arisya:Kafe yang baru buka dekat hujung lorong rumah kita tulah..Seventeen Cafe.

Ouh,Seventeen Cafe.

Seventeen Cafe?!!Kafe tu dibuat khas untuk peminat Seventeen atau Carat.

Aku sayang siapa yang cipta kafe tu kat Malaysia.😚😚,aku bagi kiss sikit  untuk si pengusaha kafe tu.

Arisya:Oit,asal lambat nau reply.

Sabarlah.Tak reti sabar betul.

Diana:Yelah.Ok,ok.Kalau kafe tu aku suka.Thumbs up👍👍.
Arisya:Ok,kalau macam tu.Kita bincang nak pergi pukul berapa esok.Pastikan balik sebelum asar tau.
Diana:Yelah..😑Kang aku balik malam ni jugak,terkejut kau esok tengok aku pagi-pagi buta macam zombi dekat luar rumah.😂😂

Hahaha...Haih,esok dah balik...😭😭

Hahaha..Sempat pulak aku meroyan.

Arisya:Kalau kau buat macam tu,aku humban je kau dekat loji situ.
Diana:Hahaha..Siot..😂Oklah,aku nak kemas baju.Melayan chat kau ni,sampai pagi tak siap aku kemas baju.
Arisya:Hahaha..Ok,ok.Gerak dulu,assalamualaikum.
Diana:Ok,waalaikumussalam.

Aku pun meletakkan handphone aku di atas katil kembali dan sambung mengemas baju yang tergendala tadi.

                                                   😻😻😻

Aku pun dah nak bertolak ke KL.

Sebelum tu,aku salamlah dulu family aku.

Oops,jangan lupa my husband.Cia cia cia.Please slap my face fast-fast,guys.jaebumood,xxahjumma..hahaha😂

Aku pun salam emak,ayah.Sampai tempat Along,kepala aku kena gosok.

Dia buat muka selamba.

Shit.(sorry mencarut guys..)

Aku ambil masa 2 jam nak lilit tudung yang gaya paling  susah di abad ini bagi aku,dia pergi rosakkan pulak.

"Siap kau Along.Nanti masa kau nak kahwin nanti,aku tak nak datang."ugut aku sambil membetulkan selendangku.

"Tak payah datang pun tak apa.Takde apa-apa yang membezakan pun.Yang bezanya nanti,dalam gambar family  dengan bakal mertua aku,kau takde.Tuje,hahaha!"Along atau namanya Asyraf galak betul mengejek aku.

Kang aku rakam dia gelak macam syaiton ni dekat girlfriend dia,baru tahu.

Aku pun malas nak layan Along aku ni terus salam Angah atau namanya Aina.

Comel molek je.

Kalau aku dengan Angah?Nampak macam bukan adik-beradik.

Seorang ayu gila macam perempuan melayu terakhir.

Seorang lagi ganas macam perempuan melayu pertama.

Selesai salam angah,aku salam adik aku yang lain tak bukan adalah Imran.

Muka dia,macam nak tampar je.

Persamaan aku dengan Imran adalah,kami mempunyai gigi arnab.

Kenapa gigi arnab?Sebab dua batang gigi depan aku ni kedepan sikit sama dengan Imran.

Nasib baik aku ni comel je.Adik aku pun hensem apa.

Walaupun aku malas nak puji lebih-lebih,aku puji jelah.Tapi senyap-senyaplah.Kang dia dengar,koyak spander dia sebab kembang sangat.

Adik aku ni hensem,suara sedap.Instafamous pulak tu.Aku tengok follower dia dekat instagram bukan main beribu-ribu follower.Aku pun kalah.

Aku tahu dia ramai peminat dekat sekolah.Haritu aku ceroboh bilik dia,lepastu aku baca segala surat cinta yang peminat bagi dekat dia.Banyak sia...

Tapi kalau dia tahu perangai sebenar adik aku ni,mesti semua lari sebab takut.

Dia dahlah pemalas.Makan bukan main lagi,tak ubah seperti pelahap.Nasib baik dia tak gemuk-gemuk dan selalu bersenam setiap pagi dan petang.

Kadang-kadang kalau seharian tu dia penat sangat,malam tu dia tidur berjalan.

Aku pernah terkena.Terkejut siak aku.

Ada satu malam tu,aku tidur pukul 3 sebab layan Seventeen dekat Youtube.Lebih kurang pukul 2 tu,aku pergilah dapur sebab haus.Sekali aku masuk dapur,terkejut aku tengok dia tengah pakai telekung sambil cuci pinggan.

Lepastu dalam hati aku,aku taknak tegur.Kang benda lain,aku juga yang histeria nanti.Tapi aku kuatkan hati jugak untuk tegur dia.Aku pergi tepuk bahu dia,pinggan yang dia tengah cuci tu terlepas.Pastu,dia pun terbangun.Mungkin sebab terkejut kot..

Lepastu,dah banyak kali dia tidur berjalan.Aku pun kadang-kadang biarkan je.Malas.Lantak dialah nak buat apa.

Ok,panjang dah aku membebel.Kang isyak ni baru sampai rumah.

Masa dia salam tangan aku,aku jeling je dia.

"Boyfriend."tiba-tiba dia bangkitkan isu malam tadi.

Haih,nak kena ni.

Aku pun geram.Aku pergi luku kepala adik aku.

Dia mengadu kesakitan.Huh,padan muka.Cari pasal dengan aku lagi.

Selesai salam semua orang,aku pun bertolak dari rumah yang terletak di Johor Bahru ke rumah sewa yang terletak di KL.

KL,mu tunggu aku buat kecoh!!!

Muahahahah....hestek gelak jahat..

Please vote and comment ye..
Janganlah jadi silent reader..Hehe..

Thank you,xoxo.

CHEF //Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now