Malam esoknya Faizal segera mengemas barang-barangnya selepas kelas,dia terus berjalan ke perhentian bas.Kali ini langkahnya dipercepatkan.
Setelah sampai di perhentian bas dia melihat di sekelilingnya.Hanya dia seorang sahaja di situ.Di dalam hatinya dia menunggu Amirah,keseronokan bertemankan Amirah semalam masih tidak dapat dilupakannya.Faizal menanti.....
"Hey,hari ini pun ada kelas malam lagi?"tegur Amirah dari belakang Faizal.
"Ya,saya setiap hari ada kelas sampai pukul 10.00 malam!"jawab Faizal,cuba menyembunyikan perasaan gembiranya kerana dapat bertemu dengan Amirah sekali lagi.
"Nah payung awak,semalam tertinggal!"sapa Amirah sambil menghulurkan payung kepada Faizal.
"Terima kasih tau!"ucap Faizal.
"Nak balik cepat sangat sampai tertinggal payung!"ujar Amirah mengusik.
Faizal tersenyum,mereka berbual seperti semalam,perbualan yang rancak sehingga sekali lagi Faizal tidak sedar bas berhenti di depannya.
Hampir setiap malam Faizal akan bergegas ke perhentian bas untuk menemui Amirah selepas kelas,dan setiap malam juga mereka akan berbual panjang.
Perbualan yang tidak pernah bosan.Cuma kadang-kadang Amirah akan nampak seperti sedikit penat,Faizal sangkakan mungkin kerana Amirah penat,maklumlah pagi dia ke kelas.Petang sampai malam berlatih silat olahraga di pusat sukan kolej.
Faizal pernah mewakili sekolah dalam silat olahraga,dia tahu kadang-kadang latihan silat olahraga amat penat dan menyakitkan.Tapi biasanya Amirah akan berbual dan ceria seperti hari pertama bertemu Faizal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Selamat Tinggal Amirah
Fantasy"Hampir setiap malam Faizal akan bergegas ke perhentian bas untuk menemui Amirah selepas kelas,dan setiap malam juga mereka akan berbual panjang"