Part 5

142 5 0
                                        

Pada suatu malam selepas solat Maghrib,Faizal menerima SMS daripada Pengerusi Kelab Debat Bahasa Melayu Kampus.Faizal dikehendaki menghadiri perjumpaan malam itu juga.

Dengan tergesa-gesa Faizal bersiap dan menunggu bas.Semasa bas yang dinaiki Faizal melalui jalan ke dewan mesyuarat fakulti,dia ternampak Amirah sedang duduk di perhentian bas yang biasa dia dan Amirah berborak.

Terdapat ramai orang di situ.Faizal cuba melambai-lambai kepada Amirah.Tapi,Amirah tidak nampak,mukanya dihadapkan ke depan.Reaksi mukanya kosong,seperti dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.

Lambaian Faizal tadi tidak disambut Amirah,tapi disambut oleh dua orang pelajar lelaki lembut yang kebetulan terpandang Faizal ketika dia sedang melambai ke arah Amirah.

Setibanya di dewan mesyuarat,Faizal segera mengambil tempat duduk.Susunan kerusi di dewan tersebut adalah berpasangan,supaya senang untuk ahli mesyuarat bangun dan keluar.

Mesyuarat pada malam itu adalah untuk menentukan saringan pertandingan debat Bahasa Melayu peringkat kampus.Kebetulan Faizal duduk di sebelah wakil dari fakulti perniagaan.Sedang pengerusi menyampaikan ucapan untuk majlis tersebut,Faizal ditegur oleh pelajar lelaki disebelahnya.

"Kau selalu masuk debat ke?"tanya pelajar tersebut.

"Selalu tu taklah,tapi adalah juga.Kenapa,kau first time ke join debat?"sambung Faizal.

"Ya,ni first time akulah,dulu orang lain,sekarang aku kena ganti,"terang pelajar tersebut.

"Oh ya ke?Aku Faizal part 3 FUU.Selamat datang ke dunia debat kampus,"kata Faizal tersenyum sambil menghulurkan salam.

"Aku Abree part 6 Fakulti Pengurusan Perniagaan.Terima kasih."kata Abree sambil menerima huluran tangan Faizal.

"Part 6 FPP?Aku ada kawan part 6 FPP juga,nama dia Amirah!"seraya Faizal berkata begitu penentuan giliran saringan telah pun tamat.

Serentak semua ahli mesyuarat bangun untuk ke meja jamuan ringan yang disediakan.Tapi Abree masih lagi duduk di kerusi,dahinya berkerut,Faizal yang ingin ke meja jamuan pun menghentikan langkahnya.

"Kau kenal Amirah?"tanya Abree.

"Yalah,dua tiga minggu lepas aku selalu lepak dengan dia kat bus stop masa aku balik kelas malam."jawab Faizal.

"Betul ke nama budak tu Amirah dan dia part 6 FPP?"tanya Abree lagi.

"Yalah,dahlah,jom kita makan,nanti kejap lagi habis.Budak-budak debat ni bercakap laju,makan pun kuat!"Faizal cuba berseloroh.

Tanpa berkata apa-apa,Abree mengekori Faizal ke meja jamuan.Sedang mereka makan,secara tiba-tiba Abree berkata.

"Esok pagi kau free?"

"Free kot,kelas aku 10.30 pagi,kenapa?"balas Faizal.

"Esok dalam pukul 8.30 pagi kau datang lobi FPP,aku tunggu kau kat sana!"terang Abree.

"Kenapa,nak buat apa tunggu kat lobi tu pagi-pagi?"tanya Faizal lagi.

"Aku nak cakap dengan kau pasal Amirah,sekarang tak boleh,kawan-kawan dia ramai kat sini!"jelas Abree panjang lebar.

Selamat Tinggal AmirahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang