Part 2

158 6 0
                                        

Perempuan muda bertudung itu memakai pakaian sukan,siap bersepatu joging dan berjaket sukan.Pelik juga Faizal tengok,takkanlah gadis inu hendak bersukan tengah-tengah malam buta.

"Baru balik kelas ke?"tegur perempuan muda itu.

"Ya,tadi kelas habis pukul 10.00!"jawab Faizal selamba.

"Awak ni student fakulti mana?Part berapa?"tanya perempuan muda itu.

"Saya student Fakulti Undang-Undang,sekarang part 3.Awak?"jelas Faizal,seronok juga dapat berbual,kalau tidak bosan dibuatnya menunggu bas yang tak nampak bayangnya lagi.

"Oh,ya ke,saya fakulti sebelah je,Business Faculty,ni semester last saya.Malam-malam macam ni biasanya saya seorang je yang tunggu bas kat sini!"

Perempuan muda itu memperkenalkan diri,namanya Amirah.Seronok Faizal dapat berbual dengan Amirah,kebiasaanya pelajar-pelajar perempuan dikelasnya sombong.Kalau tak sombong pun,tiada apa yang boleh dibualkan.Personaliti kebanyakan mereka dan Faizal terlalu berbeza.

Tapi,semua mereka berbeza dengan Amirah.Setiap topik yang dibangkitkan oleh Amirah untuk dibualkan kebetulan menjadi minat Faizal.

Dari perbualan tentang sukan hinggalah ke hal isi politik semasa,perbualan Amirah dan Faizal begitu rancak sehingga tidak sedar bas yang ditunggunya dari tadi telah berhenti didepannya.

Faizal bingkas bangun untuk menaiki bas,tapi Amirah masih lagi duduk di bangku perhentian bas.

"Eh awak tak baik sekali?"tanya Faizal.

"Tak apa,saya tunggu bas lagi satu.Bas ini tak lalu tempat saya!"jawab Amirah sambil melemparkan senyuman manis kepada Faizal.

Faizal membalas senyuman Amirah,dengan pantas dia menaiki bas.Setelah mencari tempat duduk dia menjenguk keluar tingkap.

Hujan telah berhenti,bas yang dinaikinya meluncur laju di atas jalan raya yang licin,Tiba-tiba dia teringat,payungnya tertinggal di perhentian bas,Seronok sangat berbual dengan Amirah sampai terlupa payung yang dibawanya.

Selamat Tinggal AmirahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang