Keesokan harinya,tepat pukul 8.30 pagi Faizal telah sampai di lobi FPP.Setibanya di sana Abree telah pun sampai.
"Ha...Apanya yang kau nak cakap pasal Amirah?"tanya Faizal.
Abree mengeluarkan senaskah akhbar yang bertarikh setahun lepas.Faizal membaca tajuk utama akhbar tersebut.
"Pelajar Meninggal Dunia Dilanggar Bas Kampus..."
Diteruskan bacaannya lagi.Hampir pengsan Faizal apabila melihat gambar Amirah terpampang di dada akhbar tersebut.
"Dia dulu senior aku,orang kata pemandu bas tu mengantuk,lepas tu pihak pengurusan kampus tak cerita pada junior .Takut nanti ada yang tak mahu pergi kelas malam!"ujar Abree dengan nada yang tenang.
"Tapi aku baru je jumpa dia minggu lepas.Dekat bus stop itulah."
"Habis tu kalau ini Amirah,siapa yang aku jumpa tu?"tanya Faizal.
"Entah,aku pun tak tahu.Malam ini ada meeting,kan?Nanti aku hantar kau baliklah,tak payah naik bas!"pelawa Abree.
Malam itu Faizal membonceng motor Abree.Semasa melalui perhentian bas tersebut Faizal memalingkan muka ke arah lain.Faizal terpandang cermin sisi motosikal Abree.Faizal ternampak Amirah sedang duduk di bangku dan menangkup mukanya seperti sedang menangis.
"Selamat Tinggal Amirah!"kata Faizal dalam hatinya.Motosikal Abree meleuncur laju,membelah kegelapan malam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Selamat Tinggal Amirah
Fantasy"Hampir setiap malam Faizal akan bergegas ke perhentian bas untuk menemui Amirah selepas kelas,dan setiap malam juga mereka akan berbual panjang"