Part 4

137 6 0
                                        

Sudah tiga minggu Faizal berkawan dengan Amirah,dan pada malam Isnin minggu ketiga pertemuan mereka,pensyarah Faizal telah memberitahu semua kelas pada waktu malam akan dibatalkan dan akan ditukarkan ke pagi Sabtu.

Selepas kelas dia terus bergegas ke perhentian bas.Faizal menunggu Amirah,Tapi setelah lama menunggu,bas telah sampai,Amirah tetap tidak datang.

Agak kecewa Faizal pada malam itu,sudahlah kali terakhir kelas malamnya,dia tidak dapat bertemu pula dengan Amirah.Faizal tidak sempat meminta nombor telefon Amirah,dia hanya berjaya mendapatkan alamat e-mel Amirah.

Keesokan harinya dia terus menghantar e-mel kepada Amirah menceritakan tentang pertukaran jadual kelasnya.Pada kesempatan itu juga Faizal meminta nombor telefon bimbit Amirah.

Setiap sejam Faizal akan membuka e-melnya untuk melihat adakah Amirah telah membalas.Tepat pukul 10.00 malam hari tersebut Faizal mendapat jawapan dar Amirah.

"Tak apa lah kalau macam tu.Kalau ada rezeki kita jumpa lagi!"balas Amirah.Terkilan Faizal,Amirah tidak menyertakan nombor telefonnya.

Sejak itu,Faizal sentiasa terkenang Amirah.Kadang-kadang Faizal sengaja menunggu di lobi fakulti perniagaan semata-mata untuk menunggu,manalah tahu,mungkin Amirah akan muncul,boleh dia berjumpa dengan Amirah.

Sepanjang penantian Faizal,dia tidak pernah terserempak pun dengan Amirah.Setelah dua minggu menanti,Faizal putus asa.Dia tidak lagi menunggu Amirah.

Hampir berpuluh-puluh e-mel dihantarkan kepada Amirah,namun tidak satu pun berbalas.

Selamat Tinggal AmirahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang