Bab 8

34 1 0
                                    

      Di perpustakaan,kelihatan Hyemi sedang sibuk mengulangkaji secara bersendirian.Tugasnya sebagai ketua pengawas telahpun selesai sebentar tadi.Kini dia ingin menumpukan perhatiannya terhadap pembelajaran pula.

      Semasa dia sibuk mengulangkaji,tiba-tiba Hyemi berasa tidak sedap hati.Seolah-olah ada sesuatu yang akan datang kepadanya tak lama lagi.Tiba-tiba,Yonghwa muncul di perpustakaan tersebut dengan keadaan bergayanya.Hyemi tergamam apabila melihat Yonghwa.

      Bukan tergamam disebabkan Yonghwa itu kacak tetapi Hyemi tergamam tatkala melihat Yonghwa yang kelihatan seperti samseng.Dengan tali leher yang diikat di kepalanya,butang baju atas yang dikancing begitu banyak dan lolipop yang sentiasa berada di mulutnya.

      Para pelajar perempuan yang berada di situ menyatakan bahawa Yonghwa sangat seksi dengan gaya tersebut.Namun,bagi Hyemi ia terlihat sangat menjengkelkan.Yonghwa tersengih apabila memandang Hyemi.Dia terus berjalan mendekati Hyemi dengan gaya yang sungguh macho.

      Namun,tanpa disangka-sangka,Yonghwa tak perasan dengan wayar yang berbelit-belit di lantai.Dia sibuk berjalan dengan penuh bergaya...Dan akhirnya..dia tersadung.*Woi,Pakcik!Boleh tengok jalan tak!Buat malu je jatuh depan orang! -_-*

      Para pelajar perempuan cuba untuk menahan ketawa.Namun,pelajar lelaki di situ tidak dapat menahan ketawa tetapi tetap ketawa dengan perlahan kerana mereka berada di dalam perpustakaan.Hyemi langsung tidak melayan Yonghwa dan meneruskan aktiviti mengulangkajinya.Yonghwa pula cepat-cepat bangun lalu ke tempat Hyemi kerana malu.Dia terus duduk di sebelah Hyemi sambil menutup wajahnya dengan buku.

      "Ceh,tadi berlagak sangat!Baru jatuh sikit..Dah tutup muka dengan buku!"perli Hyemi.

      "Jangan perli boleh tak!Dahlah sakit waktu jatuh tadi..Kamu ni tambah sakit hati sunbae pulak!"dengus Yonghwa.

      "Sunbae nak apa ni?"tanya Hyemi dengan sangat dingin.

      "Janganlah dingin sangat!Sejak daripada hari pertama sunbae dekat sini..kamu selalu je dingin dengan sunbae!Cubalah senyum sikit..biasanya yeoja akan teruja bila tengok lelaki handsome macam sunbae ni!Tapi kamu tak pun.."ujar Yonghwa.

      "Saya tak berminat pun dengan sunbae!Saya hanya suka Minhyuk oppa!Dia sahaja di hati saya..Lagi satu saya malas nak layan orang yang berlagak sombong macam sunbae!"balas Hyemi.

      "Okey fine.."ucap Yonghwa sedikit mengeluh.

      "Kalau datang sini hanya nak mengacau..baik sunbae blah!Saya nak ulang kaji pelajaran ni!"ucap Hyemi dengan tegas.

      "Sunbae datang sini bukannya nak kacau kamu!Tapi,sunbae dengar yang kamu ni hebat main basket dan kamu juga dah berjaya kalahkan Yook Sungjae betul tak"ujar Yonghwa.

      "So,kalau ye pun saya ni pandai main basket!Apa yang sunbae kisah?"tanya Hyemi.

      "Lawan dengan sunbae!"balas Yonghwa dengan serius.

      "Sunbae tengah cabar saya ke sekarang ni?"tanya Hyemi.

      "Ye!"balas Yonghwa.

      "Shiro!Lagipun,saya takde masa sekarang ni!Saya sibuk dengan tugas saya dan pelajaran buat masa sekarang!So,leave me alone!"ucap Hyemi dengan sangat tegas.

      "Kalau kamu tak terima cabaran sunbae!Sunbae akan kacau kehidupan kamu macam sunbae kacau kehidupan Sungjae!"ugut Yonghwa lalu beredar.

      Hyemi hanya menghelakan nafas keluhan sahaja tatkala mendengar kata-kata seniornya itu.Namun,dia langsung tidak peduli akan kata-kata ugutan Yonghwa itu dan terus menyambung aktiviti mengulangkajinya.Bagi Hyemi,pelajarannya lebih penting daripada benda lain kerana ujian awal tahun akan bermula tidak lama saja lagi.Jadi Hyemi perlu pandai membahagikan masanya dengan betul.

      Selepas bertemu dengan Hyemi,Yonghwa duduk melepak di taman sains sekolah sambil menikmati lolipop kegemarannya.Tiba-tiba seseorang datang memeluk lengan Yonghwa.

      "Hai,You..."panggil orang itu.

      "E..Eunna..."ucap Yonghwa dengan mata yang terbeliak.

      "Yelah you...you dah  lupakan I ke..."ujar gadis yang bernama Eunna itu.

      "A..apa yang you buat dekat sini?Bukan ke sepatutnya you ada di Jepun!"tanya Yonghwa seakan-akan tidak percaya.

      "Dia datang sini sebab rindukan kau Yonghwa.."ujar seorang lelaki yang tinggi lampai dan ternampak sedikit comel.

      "T..Tao.."ucap Yonghwa sekali lagi terkejut.

      "Hai,Yonghwa!Lama tak jumpakan.."sapa lelaki bernama Tao dengan senyuman.

      "Err...hai!"sahut Yonghwa sedikit tidak selesa.

      "Kau apa khabar huh?Dah lah kau tinggalkan aku macam tu je!Eunna ni tak habis-habis rindukan kau tau tak!"tanya Tao.

      "Betul tu you..I rin..du sangat dengan you tau tak!"ucap Eunna dengan nada manja.

      "Err..tapi apa yang korang buat di Hanguk ni?"tanya Yonghwa.

      "Kami dah pindah ke sini!Dan mulai hari ni..kami satu sekolah dengan kau!Ibu bapa kami dah bagi kebenaran..Lagipun aku rindu dengan kau,chingu!"jelas Tao.

      "MWO???"ucap Yonghwa sangat terkejut.

      "Kenapa you terkejut sangat ni..Macam kitorang ni hantu pulak.."gurau Eunna.

      "Tak!Cu..cuma..tak sangka yang korang datang mengejut macam ni.."ujar Yonghwa tak selesa.

      "Dia terkejut bila nampak kekasih dia datang kut.."usik Tao.

      "You terkejut tengok I ke..I taulah yang you rindukan I..So,tak payahlah you terkejut sangat.."ujar Eunna.*Apa!!Eunna ni adalah kekasih Yonghwa?Dah tu Hana macam mana?°0°*

      "Err..Eunna!Apa kata you pergi jumpa pengetua dulu!I ada something nak cakap dengan Tao!"pinta Yonghwa.

      "I dah jumpa pengetua pun..So,korang berbuallah..Eunna nak cari bilik dulu.."ujar Eunna dengan manja.

      "Geurae..Hati-hati ye!"ucap Yonghwa.

      "Dae.."sahut Eunna lalu beredar.

      Yonghwa terus menarik Tao agar duduk di sebelahnya.Sambil-sambil itu dia memastikan bahawa Eunna betul-betul telah pergi daripada situ.Tao berasa pelik dengan tingkah laku sahabatnya itu.

      "Yonghwa-ahh!Kau kenapa ni?"tanya Tao sedikit bingung.

      "Tao!Kau bawa Eunna pulang semula ke Jepun!"pinta Yonghwa.

      "Tapi kenapa pulak?Diakan kekasih kau!"tanya Tao.

      "Kau tak faham Tao...Aku dan Eunna dah lama putus.."balas Yonghwa.

      "Maksud kau?"tanya Tao.

      "Aku dah minta putus dengan dia sebelum pergi Jepun sebab..aku tak nak dera perasaan dia lagi!Kau taukan yang aku ni macam mana..Aku tak nak jalinkan hubungan tanpa sebarang rasa cinta.."jelas Yonghwa.

      "Tapi dulu kau yakinkan,yang kau akan cintakan Eunna!Kaukan suka dengan yeoja yang suka makan coklat macam Eunna!Sekarang apa citer pulak ni.."ujar Tao mula bengang.

      "Tao-ahh..Aku tau yang aku salah!Tapi,hati aku dah dicuri oleh seorang gadis yang diceritakan oleh Seyoung!Aku pindah ke sini pun sebab aku nak bertemu dengan gadis tu!Awalnya aku ingat nak sakat dia saje..Tapi..dia dah curi hati aku Tao.."ujar Yonghwa.

      "Habis Eunna!Kau nak campak di ke mana?Dia tu cintakan kau setengah mati tau tak!Dia takkan boleh terima untuk putus dengan kau.."ucap Tao.

      "Aku tau tu Tao..Tapi,please..tolong aku..Sekarang ni aku tengah kejar yeoja tu..Kali pertama dengar cerita dari Seyoung dulu..Hati aku mula tertarik pada dia!Dan..bila tau yang yeoja tu suka makan coklat juga..aku mula..tak tahan Tao..Please,sebagai chingu kau..Tolong aku..jaebal.."rayu Yonghwa.

      Tao seolah-olah rasa bersalah untuk menolong Yonghwa.Dia takut bahawa perasaan Eunna bakal terluka.Dengan rasa yang penuh berat hati akhirnya Tao bersetuju menolong Yonghwa disebabkan semangat setia kawannya itu.*Aigoo..perangai Yonghwa macam Sungjae rupanya..Apalah nasib Hana ye..*

Cinta Si Lolipop Dan CoklatWhere stories live. Discover now