Bab 15

21 1 2
                                    

Di gelanggang bola keranjang,kelihatan Hyemi dan Yonghwa sedang duduk di tempat penonton.Hyemi tidak tahu kenapa dia harus menemani Yonghwa pada masa itu.Seolah-olah dirinya sendiri yang mahu menemani jejaka kacak tersebut.

"Errmm..buat apa sunbae bawak saya ke sini?"tanya Hyemi.

"Saje!"balas Yonghwa.

"Sunbae ni..takde niat lainkan?"tanya Hyemi sedikit takut.

"Mana adalah..Kalau niat yang nakal pun hanya pada Hana sahaja!Sunbae suka kacau dia..hihihihi"ujar Yonghwa sambil ketawa terkekeh-kekeh.

"Sunbae..betul-betul sukakan Hana unnie ke?"tanya Hyemi.

"A'ah!Sunbae suka sangat dengan dia!Nomu..johae.."balas Yonghwa malu-malu kucing.

"Tapi..tak kisah ke kalau Hana unnie tu susah nak dipikat?"tanya Hyemi lagi.

"Semakin susah..semakin bestlah!"jawab Yonghwa dengan bersemangat.

"Suka betul sunbae dengan Hana unniekan.."ucap Hyemi sambil tersenyum.

"Sunbae..sebenarnya..Rasa selesa bila dengan kamulah Hyemi!Sejak dari hari pertama sunbae dekat sekolah ni..sunbae rasa macam kite berdua ni rapat je!"ujar Yonghwa.

"Sebab?"tanya Hyemi.

"Entahlah!Sunbae pun tak tau sebab apa..Tapi sunbae suka bila rapat dengan kamu.."balas Yonghwa.

"Macam..adik ke?"tanya Hyemi.

"Errmm..kalau kawan boleh tak!Lagipun sunbae cuma anggap seorang ni je sebagai dongsaeng!Hanya dia saje dongsaeng sunbae.Walaupun kami takde pertalian darah..tapi sunbae sayangkan dia.."ujar Yonghwa.

"Dekat mana dia sekarang ni ye?Bertuah betul dongsaeng sunbae tu sebab ada oppa yang hanya menyayangi dia sorang je"ucap Hyemi.

"Entahlah!Time tu sunbae nak balik Jepun semula!Dongsaeng sunbae tu ada omma dan appa dia..So dia menetap kat sini..cuma sunbae tak tau dia berada di mana sekarang ni.."jelas Yonghwa.

"Hmmpphh..harap sunbae dapat jumpa dia ye!"ujar Hyemi sambil mengusap belakang badan Yonghwa.

"Yang pasal kiss tadi tu sorry ye!Sunbae tak sengajalah..Sunbae macam terasa yang kamu ni..dongsaeng sunbae..Yelah..sunbae dulu suka peluk dan cium pipi dia.."ujar Yonghwa.

"Gweanchana..sunbae!"ucap Hyemi sambil tersengih.

"Ooo..kat sini kau bawak tunang aku ye!Penat aku cari!"perli Minhyuk yang baru tiba bersama yang lain.

"Oppa!"panggil Hyemi sedikit terkejut.

"Yah,Jung Yonghwa!Tadi dahlah kau kiss pipi tunang aku..Lepas tu Eunna tampar tunang aku..N kau bawak dia lari plak!Apa citer ni bro?Ni tunang aku!Bukan kau!"marah Minhyuk dek kerana cemburu.

"Oppa..tenang..Janganlah marah camni.."pujuk Hyemi.

"Chagi..Oppa just risau!Mana tau si poyo ni curi chagi daripada oppa ke?Nanti sape susah..oppa jugak.."rungut Minhyuk.

"Taklah oppa!Chagikan cuma sayangkan oppa je.."ucap Hyemi dengan nada manja.

"Jangan risaulah!Aku dan Hyemi just kawan je!Lagipun aku cuma sukakan Ms.Coklat saya saja.."ujar Yonghwa.

"Ceh!"desis Hana.

"Hyemi!Jom kite fight sekarang!Tadi kamu dah setujukan!"ajak Yonghwa.

"Tapi sunbae jangan menangis kalau kalah ye!"pesan Hyemi.

"Jangan risaulah!Sunbae pasti tak akan kalah punyalah.."ujar Yonghwa sedikit berlagak.

"Okey!Let's start!"sahut Hyemi.

"Minhyuk!Kau jadi pengadil!"arah Yonghwa.

"Aku lagi...Yah,aku bukan pengadillah!"bentak Minhyuk.

"Hyung memang ada ciri-cirilah.."usik Mingyu.

"Yah!!!"marah Minhyuk seperti budak kecik.*Aigoo..kesian hyukie..*

"Dahlah!Buat saje!"arah Yonghwa.

"Dae.."keluh Minhyuk.

Akhirnya perlawanan pun bermula.Hyemi dan Yonghwa masing-masing fokus pada bola.Apabila bola dilambung oleh Minhyuk,masing-masing berebut mahu menangkap bola itu.Namun,Yonghwa yang ternyata lebih tinggi telah dapat mencapai bola tersebut lalu membawanya pergi.

Hyemi berusaha sedaya upaya untuk merampas bola tersebut.Ia terasa agak sukar kerana Hyemi boleh merasakan bahawa Yonghwa agak setanding dengannya.Namun,hal itu langsung tidak mematahkan semangat Hyemi untuk terus bermain.Semasa Yonghwa hampir menjaringkan gol,Hyemi telah menghalang bola daripada dijaringkan.

Inilah kepakaran Hyemi dalam merampas bola yang bakal dijaringkan.Hyemi terus berlari dengan bola tersebut.Yonghwa agak terkesima dengan taktik lincah Hyemi itu.Namun,dia berasa seronok untuk terus bermain.

"Prittt.."bunyi wisel yang ditiup oleh Minhyuk yang menandakan Hyemi sudah berjaya menjaringkan gol.

Mereka yang lain terus bersorak untuk Hyemi yang masih bagus bermain bola keranjang.Yonghwa tetap tidak berputus asa dalam cuba melawan Hyemi.Akhirnya selepas 30 minit bermain..perlawanan pun dihentikan.Hyemi telah memenangi perlawan tersebut dengan mata 10 berbalas 0.Yonghwa hampir sahaja pengsan apabila dirinya kalah teruk dengan Hyemi.Namun apa yang perlu dibuat lagi..Nasi sudah menjadi bubur..Apa yang telah dibuat..Takkan boleh diundurkan lagi.

"Aigoo..aku dah kalah!"ucap Yonghwa jatuh terduduk.

"Tulah..aku dah cakap!Jangan lawan..Kan dah menyesal!Orang yang dah pernah kena mata kosong ni dah bagi nasihat..Tapi orang bodoh sombong ni tak nak dengar!Berlagak lagi adalah."perli Sungjae.

"Senyaplah kau Yook Sungjae!Aku tendang kau karang!!!"marah Yonghwa.

"Dah kalah jangan nangis.."perli Hana.

"Kalau nangis!Unnielah pujukkan!"sampuk Hyemi.

"Eee..tak naklah!Tak kuasa nak melayan orang yang tak mendengar kata ni!Malas faham!"ujar Hana.

"Ms.Coklat blushinglah tu..kalau saya peluk dia.."usik Yonghwa.

"Yah Mr.Lolipop!Kau jangan cari pasal ye!"bentak Hana.

"Biarlah.."lawan Yonghwa.

Hana berasa amat geram dengan perangai Yonghwa itu.Kalaulah diikutkan hati,mahu sahaja Hana meluku kepala Yonghwa dengan sepuas-puasnya.Tetapi apabila memikirkan adabnya...Hana terpaksa bersabar pada ketika itu.

Tiba-tiba mereka mendengar bunyi tepukan tangan.Mereka menoleh dan kelihatan jurulatih Jang telahpun berada di salah sebuah tempat penonton.

"Wah..perlawanan yang sangat menarik!"puji Jurulatih Jang.

"Coach!Bila masa coach ada dekat sini?"tanya Sungjae.

"Dah lama!Tapi,baru muncul!"balas Jurulatih Jang.

"Saeng buat apa kat sini?"tanya Gyuri.

"Tengok perlawananlah!Dua-duanya bagus!Masing-masing ada kebolehan!Apa kata kamu masuk je sukan basket!"tawar Jurulatih Jang.

"Tak naklah!Lagipun Sungjaekan kapten basket!So saya tak nak ambik posisi dia!"ujar Yonghwa.

"Saya pun!Dulukan saya kata yang saya tak boleh!Maaf saeng!"ucap Hyemi.

"Takpelah!Lagipun ia hak kamu untuk memilih"balas Jurulatih Jang.

"Chusohamnida coach!"ucap Hyemi.

"Gweanchana!Lagipun seronok dapat tengok perlawanan best!Terima kasih untuk tontonan percuma ni..Bye!"ujar Jurulatih Jang lalu beredar.

Mereka semua berasa kagum dengan sifat 'cool' Jurulatih Jang itu.Sememangnya dialah coach yang amat disegani kerana merupakan pelatih bola keranjang yang terhebat.*^_^*

Cinta Si Lolipop Dan CoklatWhere stories live. Discover now