Pada keesokan pagi di kelas 6-A,Sir Kim sedang memperkenalkan Eunna dan Tao pada pelajar kelasnya.Kelihatan Eunna dan Tao sedang memperkenalkan diri masing-masing di hadapan para pelajar 6-A.
"Annyeong haseyo..Naneun Go Eun Na imnida..Saya sebelum ni..bersekolah di Jepun dan satu sekolah dengan Yonghwa.. Dan..kami ni pasangan couple..Saya berpindah di sini kerana..saya nak jumpa kekasih saya.."sape Eunna sambil tersipu-sipu malu.
Terbeliak mata Hana tatkala mendengar kenyataan Eunna itu,begitu juga dengan pelajar di kelas tersebut.Minhyuk yang juga turut terkejut dengan kenyataan tersebut terus memandang ke arah Yonghwa yang berada disebelahnya itu.
Hana pula hanya berdiam diri sahaja seperti patung lilin yang tidak bergerak pada masa itu.Entah bagaimana hati Hana rasa sakit sangat setelah mendengar hal tersebut.Yonghwa mula rasa tidak selesa dengan hal itu.Tao pula cepat-cepat memperkenalkan diri semata-mata untuk menukar topik.
"Annyeong haseyo..Choneun Huang Zi Tao imnida..Saya berasal daripada Cina tapi saya bersekolah di Jepun kerana..ibu bapa saya berpindah ke sana..Saya pindah ke sini kerana saya ingin bersekolah bersama sahabat saya Yonghwa.."ucap Tao.
"Kamu asal Cina!Tapi sangat fasih berbahasa Korea.."ujar Sir Kim.
"Saya memang minat belajar bahasa asing!Setakat ni saya dah kuasai empat bahasa!Cina,Jepun,English dan Korea.."ucap Tao sambil tersenyum.
"Good.."puji Sir Kim.
"Tapi,Yonghwa lagi the best..dia dah kuasai lima bahasa setakat ni!Korea,Jepun,English,Perancis dan Melayu.."ucap Eunna dengan penuh rasa bangga.
Tao berasa amat kecewa tatkala Eunna memuji Yonghwa di hadapan rakan sekelas baru mereka itu.Yonghwa pula hanya risau dengan hal tersebut.Dia ingin menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Hana dengan secepat mungkin agar Hana tidak salah faham akan cintanya kepada Hana itu.
"Okeylah,kamu berdua boleh duduk dekat dua meja kosong sebelah tingkap tu ye.."arah Sir Kim.
"Alah..nak duduk dengan Yonghwa..."rengek Eunna.
"Eunna!Kite duduk jelah berdua..Nanti awak masih boleh bersama dengan dia!"pujuk Tao.
"Fine..."keluh Eunna sedikit kecewa.
Tao dan Eunna pun terus duduk di tempat yang telah disediakan untuk mereka.Setelah itu Sir Kim telah memulakan pelajaran pertama bagi kelasnya.Hana pula cuba fokus terhadap pelajarannya tanpa memikirkan hal yang menyakitkan hati itu.*Hana..kau sebenarnya..dah suka kat Yonghwa kan..*
"Kringg..."bunyi loceng yang menandakan waktu tamat persekolahan.
Hana adalah orang yang mula-mula keluar daripada kelas itu.Dia berasa begitu marah sehingga tidak mahu menunggu sesiapa.Hana ingin mencari ketenangan sebelum perasaan marahnya membuak-buak pada ketika itu.
"Hana-ahh!Kau nak ke mana tu??Tunggulah aku!!!"panggil Sooyoung.
Namun Hana tidak berhenti daripada terus melangkah pergi.Hana terus beredar meninggalkan sahabatnya bersendirian.Yonghwa cuba untuk mengejar Hana,namun langkahnya terhalang disebabkan Eunna.
"Dahlah tu Sooyoung!Hana tu mesti ada benda yang dia nak buat!Mungkin sebab tulah dia buru-buru pergi.."pujuk Gyuri agar Sooyoung tidak berasa risau.
"Hmmpphh..ye!"sahut Sooyoung.
Hana terus pergi mencari Hyemi kerana hanya Hyemi sahajalah tempat dia boleh meluahkan segala-galanya.Namun,semasa dia cuba mencari Hyemi,Hyemi pula tiada di sekolah kerana keluar ke bandar.Disebabkan rasa sedih yang membuak-buak,Hana terus berlalu ke asrama perempuan.Semasa hendak masuk ke bilik dia telah menerima sebuah panggilan.
"Yeoboseyo.."ucap Hana.
"Hana-ahh!Ini omma!"ujar Puan Choi.
"O..omma.."ucap Hana terkedu.
"Hana-ahh.."panggil Puan Choi dengan nada sebak.
"O..omma..wae geurae?Ada benda yang dah berlaku ke?"tanya Hana.
"Appa Hana!Appa kamu kena serangan jantung..Appa kamu sekarang ni..dah pengsan.."balas Puan Choi.
"Mwo!!Apa yang berlaku sebenarnya omma?Macam mana appa boleh kena serangan jantung?"tanya Hana terkejut.
"Doktor kata dia terlampau stress dengan kerja..sebab tulah appa kamu..kena serangan jantung..omma risau Hana.."terang Puan Choi.
"Ar..arrasso omma!Hana akan balik sekarang jugak!"ujar Hana lalu mematikan panggilannya.
Hana dengan segera menukar bajunya.Setelah itu dia terus mencapai beg tangannya lalu pergi berjumpa pengetua.Sementara menuju ke arah pejabat pengetua,Hana telah menelefon seseorang.
"Yeoboseyo!Pemandu Seo..tolong jemput saya di sekolah sekarang!Saya perlu jumpa appa sekarang jugak!Arrasso"ucap Hana.
"Ye,saya faham cik muda!"sahut Pemandu Seo.
Hana terus menamatkan panggilan tersebut dan terus ke pejabat pengetua.Dia ingin meminta izin untuk keluar daripada sekolah selama beberapa hari.Sesampai sahaja di pejabat pengetua,Hana terus masuk ke dalam.
"Pengetua Kim!"panggil Hana.
"Oh,Hana!Ada apa kamu ke mari?"tanya Pengetua Kim.
"Saya datang sebab saya nak minta kebenaran Pengetua Kim supaya izinkan saya pulang ke rumah selama beberapa hari.."balas Hana.
"Kenapa kamu nak balik ke rumah?Ada sesuatu yang dah berlaku pada family kamu ke Hana?"tanya Pengetua Kim.
"Ye!Appa saya kena serangan jantung!So,saya nak balik untuk jenguk appa saya!"balas Hana.
"Hmmpphh..baiklah!Saya luluskan surat kebenaran untuk kamu pulang ke rumah!"ujar Pengetua Kim.
"Kamsahamnida...."ucap Hana mula menangis.
"Jangan risau..appa kamu pasti baik-baik sahaja.."pujuk Pengetua Kim.
"Nae!"sahut Hana lalu mengesat air matanya.
Setelah mendapat surat kebenaran daripada Pengetua sekolah Sevit itu,Hana terus meminta diri untuk beredar.Hana terus menuju ke pintu pagar utama lalu menampal surat itu di buku rekod keluar.Semasa hendak keluar,Hana terserempak dengan Hyemi yang baru sahaja pulang.
"Uh,unnie!Unnie nak ke mana?"tanya Hyemi.
"Unnie nak balik rumah!"balas Hana dengan mata yang sembap kerana menangis.
"Ada sesuatu yang berlaku ke?"tanya Hyemi mula risau.
"Appa unnie kena serangan jantung!So,unnie kena balik segera ke rumah!"balas Hana.
"Ye ke!"ucap Hyemi terkejut.
"Ye!So,unnie takkan ada dekat sekolah buat beberapa hari ni!Surat kebenaran keluar, unnie dah tampal dekat buku rekod keluar!Jadi,kalau ada orang cari unnie..kamu cakap unnie takde ye!"pinta Hana.
"Dae,unnie!"sahut Hyemi.
Semasa mereka sedang berbual,pemandu keluarga Choi telahpun sampai untuk menjemput Hana.Pemandu Seo terus turun untuk membuka pintu bagi pihak Hana.*Biasalah..itukan memang rutin anak orang kaya..*
"Unnie pergi dulu ye!"pinta Hana lalu masuk ke dalam kereta.
"Semoga appa unnie sihat ye!Unnie janganlah sedih sangat okey.."pesan Hyemi.
Hana hanya tersenyum ke arah Hyemi lalu menganggukkan kepalanya.Akhirnya,kereta tersebut terus bergerak dan meninggalkan perkarangan sekolah Sevit itu.Hyemi pula terus masuk ke dalam sekolah untuk menyambung tugasnya sebagai ketua pengawas semula walaupun sedikit risau akan keadaan seniornya itu.Namun,dia berharap agar Hana tidak terlalu tertekan dengan keadaan ayahnya.*Jangan risau..ye Lee Hyemi!!!*
YOU ARE READING
Cinta Si Lolipop Dan Coklat
De TodoHai,kita jumpa lagi.Kali ini mengisahkan tentang kisah cinta Choi Hana pula.Ingat lagikan kisah handsome guy or cupcake guy tu.Bagi sape yang pernah baca citer tu mesti taukan!Ok kisah ni adalah sambungan daripada citer cupcake tu sebenarnya.So,kali...