Bab 4

34 1 0
                                    

"Krriingg..."bunyi loceng yang menandakan waktu sekolah telahpun tamat.Para pelajar mula keluar daripada kelas.Ada pelajar yang pulang ke bilik asrama dan ada juga melepak di tempat-tempat yang ada di kawasan sekolah tersebut.

Di bilik rawatan,kelihatan Hana sedang tidur lena di atas katil.Bayangan Yonghwa langsung tiada di sekitar bilik rawatan itu.Tidak lama kemudian,Hana mula terjaga daripada tidur.Dia terus bangun dan memandang keadaan sekeliling.

"Umm..mana dia pergi?"fikir Hana lalu turun daripada katil tersebut.

Hana membetulkan rambutnya yang agak sedikit tak terurus itu di cermin.Setelah selesai,dia terus keluar daripada bilik rawatan dan berjalan ke arah bilik guru.Dia pergi menemui Sir Kim.

"Errmm..Sir.."panggil Hana.

"Oh,yes Hana!What can I help you?"tanya Sir Kim.

"Saya nak bagitau yang tadi...saya keluar dari kelas..sebab.."ujar Hana.

"Oh,yang itu!Kamu tak perlu risau!Yonghwa dah beritahu semuanya tadi pada saya!So,you dont have to worry about that,okay!"ucap Sir Kim.

"Hah~nasib baik!"ujar Hana tersangat lega.

"You feel better now Choi Hana?"tanya Sir Kim.

"Yes,Sir!I'm feel better now!"balas Hana sambil tersenyum.

"Baguslah tu!"ucap Sir Kim.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu!"pinta Hana.

"Okay!"sahut Sir Kim.

Hana pun beredar daripada situ dan terus berlalu keluar.Semasa dia sedang berjalan di sekeliling,tiba-tiba dia terserempak dengan Hyemi.Kelihatan Hyemi sedang berlari ke arah Hana dalam keadaan gembira.

"Unnie!!!"panggil Hyemi.

"Oh,Hyemi!Kenapa berlari ni?Nanti kalau jatuh macam mana!"ujar Hana.

"Itu tak pentinglah unnie..ada benda yang lebih penting daripada tu.."ucap Hyemi.

"Apa yang penting sangat tu Hyemi?"tanya Hana.

"Chukae unnie sebab unnie dah ada namja chingu sekarang ni..."balas Hyemi dengan penuh teruja.

"Mwo?Sejak bila pulak aku couple ni?"fikir Hana.

"Yonghwa sunbae kata yang unnie dah terima dia sebagai namja chingu!"ucap Hyemi.

"MWO??"ucap Hana yang sangat terkejut tatkala mendengar berita tersebut daripada Hyemi itu.

"Yelah unnie!Satu sekolah heboh dengan khabar angin ni tau tak!Saya tumpang gembira ye unnie!"jelas Hyemi sambil tersenyum.

"Err..Hyemi!Unnie rasa yang unnie kena pergi satu tempat dululah!So,unnie pergi dulu!"pinta Hana lalu berlari meninggalkan Hyemi.

"Eh,unnie!Kalau nak cari Yonghwa sunbae...Dia ada dekat kantin!!!"laung Hyemi.

Hyemi hanya mengangkat bahu tanda bingung dengan perangai seniornya itu.Setelah itu,dia terus beredar pergi.Sementara Hana pula terus mencari Yonghwa di kantin kerana dia ingin memastikan khabar angin tersebut sama ada betul ataupun tidak.*Aigoo..disebabkan khabar angin tu..ramai peminat Hana rasa kecewa tau..aduhai..*

Sesampai sahaja di kantin,dia terus meninjau untuk mencari kelibat Yonghwa.Namun,jejaka itu tiada di kantin tersebut.Hana berasa tak puas hati lalu dia pergi mencari di sekitar sekolah Sevit itu.Akhirnya,dia berputus asa.Hana duduk di taman sains untuk meredakan penat setelah mencari Yonghwa.

"Aduh~mana plak namja tu dah pergi ni..."getus Hana sedikit geram.

Sedang dia berehat,tiba-tiba dia terdengar suara riuh rendah di sebelah kiri taman sains tersebut.Hana yang sangsi akan bunyi itu terus pergi melihatnya.Dan ternyata bunyi yang kecoh-kecoh tu rupanya adalah Yonghwa dan Sungjae serta rakan-rakannya yang lain.

"Yah,Yook Sungjae!Jom kita lawan basket sekarang juga..."cabar Yonghwa sambil menghisap lolipop di mulutnya.

"Ooo..kat sini kau rupanya ye!"getus Hana.

"Tak naklah!!"bentak Sungjae cuba melarikan diri.

"Yah,dasar pengecut!!!"cabar Yonghwa.

"Apa yang kau cakap?Pengecut?AKU BUKAN PENGECUTLAH~"bentak Sungjae.

"Kalau dah diri tu pengecut...ngaku jelah...tak payah nak berdolak dalih lagi.."ucap Yonghwa dengan penuh selamba.

"Wah~berani betul kau cakap aku macam tu ye!!!"tengking Sungjae lalu cuba untuk menyerang Yonghwa.

Untung sahaja Minhyuk,Mingyu dan Jaehyun halang Sungjae.Jika tidak,mahu sahaja Sungjae menumbuk Yonghwa.*Sungjae ni memang pantang kalau orang gelar dia pengecut...mesti dia akan naik angin punya..*

"Kalau diri tu tak pengecut..lawanlah basket dengan aku!"ucap Yonghwa sambil menikmati lolipopnya.

"Baiklah...esok dekat gelanggang!Pukul 2 petang..Kita fight kat sana!!"cabar Sungjae.

"Okay,setuju!"sahut Yonghwa dengan gaya berlagaknya.

Tiba-tiba Hana menarik telinga Yonghwa.Apa lagi,mengaduh sakitlah si Yonghwa tu.

"Ooo...kat sini rupanya kau kan!Punya penat aku cari kau kat sekitar sekolah ni..rupanya ada dekat sini je!!"ucap Hana tersangat bengang.

"Aduh,sayang~Sakitlah...apa masalah sayang ni..."tanya Yonghwa.

"Apa masalah aku ye..Hoi,apahal kau cakap yang aku terima kau sebagai namja chingu aku hah!"tengking Hana.

"Ala..apa salahnya sayang..You kan memang milik I..."ucap Yonghwa dengan nada mengada-ngada.

"Masalahnya...aku bukan milik kaulah bangang!!"tengking Hana tersangat kasar.

Yonghwa terus melepaskan telinganya daripada kena tarik terus dengan Hana.Dia merenung tepat ke arah mata Hana.Lolipop yang berada di mulutnya terus dibuang.Hana hanya melihat sahaja reaksi Yonghwa dengan penuh kebingungan.

"Cause..you are mine!"ucap Yonghwa dengan nada romantis.

Serta merta Yonghwa memberi sebuah kucupan untuk Hana tanpa disangka.Hana dan yang lain terkejut apabila melihat reaksi Yonghwa.Hana menjadi kaku seketika pada masa itu.*OMG..first kiss Hana dah pun dirampas!!!°O°*

"Oh!My!God!"ucap Soomin terkedu.

Hana yang terkejut itu terus menolak tubuh Yonghwa jauh daripadanya.Yonghwa hanya tersenyum nakal sahaja tatkala melihatkan situasi itu.

"Yah,apa yang kau buat ni hah!!!"marah Hana.

"Buat apa?"tanya Yonghwa main-main.

"Ke..ke..kenapa k..kau kiss aku hah..kau tau tak yang..yang..yang tu first kiss aku!!"marah Hana sedikit sentap.

"Emm..itupun first kiss saya jugak.."acah Yonghwa.

"Yah,Jung Yonghwa!Kau memang nak kena!!!"tengking Hana mula hilang sabar.

Dia terus memukul-mukul dada Yonghwa.Serta merta Sooyoung dan Gyuri terus menghalang Hana.

"Hana!Sabar Hana!Kitorang tau kau marah!"pujuk Sooyoung.

"Lepaskan aku!!Kau tunggu Jung Yonghwa!!"jerit Hana.

"Jom kita bawa Hana ke tempat lain!Kalau tak benda lain plak jadi.."ajak Gyuri.

"Baiklah!"sahut mereka yang lain.

Mereka semua terus membawa Hana ke kantin dan meninggalkan Yonghwa dekat situ bersendirian.Yonghwa pula hanya tersengih seorang diri tatkala melihat Hana yang marah itu.

"Betul cakap kau Seyoung!Hana tu memang susah nak goda!Nampaknya aku kena terus berusaha.."ucap Yonghwa.

Dia terus berlalu sambil membuka bungkusan lolipop yang baru lalu memasukkan ke dalam mulutnya.Sambil-sambil tu dia ketawa kerana geli hati tatkala teringatkan Hana.*Apa maksud Yonghwa tu ye?Dia kenal dengan Seyoung ke?*

Cinta Si Lolipop Dan CoklatWhere stories live. Discover now