CYTM : 01 ✔

8K 115 4
                                    

Ain menoleh ke arah sarah yg sedang tekun menulis . Ain terpandang ke arah aiman yg berada di meja sebelah kanan sarah . Ternyata aiman sedang merenung ke arah sarah .

" wei, kau tak rasa ke yg aiman tu syok dekat kau? Mamat tu dari tadi duk usya kau sampai nak terkeluar biji mata dia! " bisik ain .

Sarah terus menoleh ke arah ain . Aiman? Sarah menoleh ke arah kanannya pula . Ternyata memang benar kata ain . Aiman sedang memandang ke arahnya .

Muka sarah merona kemerahan kerana malu . Aiman hanya tersenyum sahaja melihat muka sarah yg sudah bertukar warna . Sarah menoleh ke arah ain semula .

" kan aku dah cakap haha.. " kata ain lalu ketawa . Sarah hanya menggelengkan kepalanya sahaja . Malas dia mahu melayan aiman .

Aiman? Mamat paling poyo sekali dalam kelasnya . Bajet hensem pulak tu . Tapi faktanya memang aiman hensem .

" kau jangan nak merapu laa . Buat kerja kau sekarang kalau tak nak rasa buku lima aku! Tak payah layan mamat poyo tu! " ugut sarah . Ain tersengih .

Sarah rasa tidak selesa pula apabila ditenung sebegitu oleh aiman .

" haa aiman! Kamu ni dah kenapa duk tenung sarah macam nak terkam je? " sergah Cikgu Razif . Semua pelajar ketawakan aiman .

Sarah menggaru pipi kanannya yg tidak gatal . Dia tidak begitu selesa dengan gurauan Cikgu Razif . Ain hanya tersengih sahaja memandang ke arah sarah .

" mana ada saya pandang sarah, cikgu! Cikgu ni memandai je... " nafi aiman sambil mengusap belakang lehernya kerana malu .

Cikgu Razif hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia tahu sangat macam mana perangai aiman .

¤ ¤ ¤ ¤

Ain, miza, syu dan ira menuju ke arah kantin manakala sarah pula menuju ke arah tandas .

Sampai sahaja di tandas, sarah ternampak beberapa orang pelajar yg seakan-akan sedang meminta kepada seorang pelajar lelaki .

Sarah segera menghampiri ke arah mereka . " woi, korang buat apa nih? Dah miskin sangat ke sampai paw duit budak? " sindir sarah .

" aduhh minah mana pulak nih? Kau boleh blah tak? Jangan masuk campur urusan orang laa .

Baik kau blah sekarang sebelum aku buat benda yg kau paling menyesel sekali . " ugut salah seorang pelajar lelaki dari mereka .

Sarah kenal akan sekumpulan pelajar lelaki ini . Budak yg paling nakal sekali dekat dalam sekolah ni .

Lelaki tadi bernama hakim . Sarah merenung tajam ke arah hakim . " berani kau nak buat apa-apa kat aku?

Sebelum kau buat apa-apa kat aku, aku terlebih awal buat apa-apa kat kau! " kata sarah dengan suara yg menyeramkan .

Tiba-tiba ada seorang lelaki menghampiri ke arah sarah . Sarah hanya berdiri statik sahaja. Tinggi betul mamat nih .

" muka dah cantik tapi jangan laa tinggikan suara . Aku paling tak suka perempuan yg tinggikan suara! " kata lelaki itu dengan lembut .

Sarah merenung anak mata lelaki itu sedalam-dalam yg boleh. " kau bukannya sesiapa pun . Suka hati aku laa nak tinggikan suara ke tidak .

Ada aku menyusahkan hidup kau ke? Tak ada kan? " kata sarah dengan tegas . Lelaki itu merapatkan tubuhnya ke arah sarah namun sarah mengundur ke belakang .

" jangan berani kau dekat kalau tak aku patahkan jari kau yg tak berapa nak comel tu! " ugut sarah . Lelaki itu hanya beriak selamba sahaja .

Lelaki itu tersenyum sinis lalu melangkah ke hadapan lagi untuk bersemuka dengan sarah . Sarah hanya kaku sahaja berdiri di situ .

Lelaki itu mengangkat dagu sarah dengan menggunakan jari telunjuknya . Disebabkan lelaki itu tinggi darinya, sarah terpaksa mendongakkan kepalanya ke atas .

" jangan laa marah-marah, sayang . Aku tak takut pun dengan ugutan kau tu . Haihh dah laa blah sekarang . Aku tak kau yg comel ni kena terkam dengan budak-budak aku! " kata lelaki itu dengan lembut .

Sarah merenung anak mata lelaki itu . Dia seakan-akan dipukau dengan anak mata lelaki itu . Begitu cantik sekali .

" lepaskan budak tu . Kau kalau nak paw orang sekalipun, perlu ke paw budak? Otak sempit betul..

Jangan ganggu budak ni lagi! Ini amaran terakhir... " kata sarah lalu menarik lengan pelajar yg dibuli tadi . Lelaki itu hanya tersenyum sahaja sambil memandang kelibat sarah .

" apahal kau lepaskan macam tu je minah tu? Minah tu memang tempah maut laa.. " bengang hakim lalu meludah di atas lantai .

Lelaki tadi hanya beriak selamba sahaja lalu menoleh ke arah hakim . " hm dia tu perempuan. Kau ni dengan perempuan pun nak cari pasal .

Kalau kita cari pasal dengan dia sekalipun, belum tentu kita menang . Perempuan tu macam jenis yg takkan mudah mengalah .

Perempuan tu biar aku yg selesaikan . Jangan berani korang kacau dia . Tahu laa aku nak buat apa dengan perempuan tu! " kata lelaki itu dengan tenang .

Kedua-dua tangannya berada di dalam poket seluar sambil bersandar di dinding . Yg lain hanya mendiamkan diri sahaja .

Cinta Yang Takkan Mati  Where stories live. Discover now