Cafe Mate
Sarah dan shakil duduk di meja yg berada di bawah kipas . Shakil memandang sekeliling seperti mencari sesuatu . Sarah menoleh ke arah shakil .
" sayang, akil nak pergi toilet sekejap . Sara jangan pergi mana-mana tau? " pesan shakil . Sarah hanya mengangguk sahaja.
Shakil terus bangun lalu menuju ke arah tandas . Sarah mengeluarkan telefonnya lalu menekan kata laluan yg tertera di skrin telefonnya .
Kemudian dia membuka aplikasi instagram . Rutin hariannya ialah scroll dan like sahaja gambar orang yg menarik perhatiannya .
Namun jarinya terhenti pada gambar rayyan . Ternyata gambar tersebut seperti rayyan berada di sebuah kafe namun dia seakan-akan kenal sahaja kafe itu.
Sarah memandang sekeliling untuk memerhatikan orang-orang yg berada di sekelilingnya. Matanya tertarik pada seorang lelaki .
Lelaki itu memakai hoodie berwarna kelabu, rambutnya yg keperangan dan wajahnya yg sangat putih . Namun lelaki itu menoleh ke arah lain .
Jadi, sarah hanya dapat lihat bahagian tepi lelaki itu sahaja . Tiba-tiba lelaki itu memandang ke arahnya . Sarah terus mengalihkan pandangannya tanpa sempat melihat wajah keseluruhan lelaki itu .
" sayang, kenapa gelabah semacam je nih? " tanya shakil secara tiba-tiba yg baru sahaja balik dari tandas . Shakil duduk di sebelah sarah .
" tadi ada lipas . Tu yg sara gelabah sikit sebab sara geli dengan lipas! " bohong sarah . Tipu sunat hahaha . Shakil terus memandang sekitar sekelilingnya.
" macam mana boleh ada lipas pulak nih? Ishh apa punya kafe la macam ni . Nampak macam bersih je! " rungut shakil . Sarah menggaru dahinya .
Kafe pula yg dipersalahkan . Aduihh macam mana nih? Relaks sarah...
" jangan salahkan kafe ni . Maybe sara tersalah pandang kut . Dah laa jangan fikir lagi. " kata sarah . Shakil hanya mengangguk sahaja .
Mereka memesan makanan dan minuman dahulu . Shakil memandang ke arah sarah . Dia suka merenung wajah cantik sarah .
" kenapa tenung sara macam tu? " tanya sarah sambil tersenyum ke arah shakil . Shakil menongkat dagunya . Begitu juga dengan sarah .
" macam tak percaya je yg akil dah ada gf tetap... " kata shakil sambil tersenyum gembira . Sarah tersenyum nipis ke arah shakil .
" kenapa? Ramai orang kata yg akil playboy . Betul ke gosip tu akil? " tanya sarah sambil merenung anak mata shakil . Shakil tersenyum tawar .
" hm betul laa tu . Akil jadi playboy pun sebab suka-suka . Akil bersyukur sangat sebab dapat jumpa dengan sara .
Akil tak tahu laa macam mana akil nanti kalau Allah tak temukan akil dengan sara.. " kata shakil dengan tenang lalu mengusap tangan sarah dengan lembut .
Sarah tersenyum gembira . Dia juga lega apabila shakil sudah berubah . Dia tidak suka dengan sikap shakil yg suka melanggar peraturan sekolah .
Shakil terlalu nakal baginya . Nakal dari segi peraturan dan nakal dari segi cinta . Dia juga tidak sangka bahawa dia boleh terikat dengan seorang lelaki .
" sara terima akil seadanya . Walaupun orang mengata akil macam-macam, sara tetap percayakan akil .
Akil pun kena laa percayakan sara . Bila sara nak pergi mana-mana, sara kena bagitahu akil . Macam akil jugak .
Hubungan kita akan kekal kalau kita saling mempercayai antara satu sama lain . " kata sarah dengan tenang .
Shakil tersenyum manis ke arah sarah lalu mencuit hidung sarah . Sarah tersenyum comel . " akil janji yg akil akan percayakan sara .
YOU ARE READING
Cinta Yang Takkan Mati
RomanceBaca Dan Fahamkan Kisah Cinta Yang Takkan Mati ⚫ Cinta tidak semestinya dimiliki . Walau sebahagia mana pun kita dengan seseorang, tetap ada orang yg akan dengki dengan kita . Jangan terlalu beri harapan pada seseorang jika tidak mahu terluka . Per...