CYTM : 02 ✔

2.5K 68 0
                                    

Sarah dan pelajar tadi menuju ke arah ahli kumpulannya yg tidak jauh dari mereka . Sarah duduk di sebelah kanan ain . Manakala pelajar itu duduk di sebelah kiri sarah .

" anak siapa kau rembat nih? " tanya ain . Sarah memandang kosong ke arah ain . Ain ni memang macam ni . Suka berloyar buruk dengan orang .

" hm anak aku . Asal? " kata sarah dengan selamba . Ain memandang sarah tidak percaya. Syu, miza dan ira menahan ketawa .

" perghh kahwin tak ajak siot! Sampai dah ada anak baru kau nak bagitahu aku? Siot punya member! " kata ain . Sarah terus mengetuk kepala ain .

Geram dia dengan ain . Nak kata lembab, ain ni bijak yg amat . Ain mengaduh kesakitan . Syu, miza dan ira ketawa melihat perwatakkan sarah dan ain .

" kau jangan jadi bengap boleh tak? Aku siat-siat kulit kau baru tahu! " kata sarah dengan geram . Ain mencebikkan bibirnya .

" sarah, budak mana nih? Takkan kau kaut dari tandas kut? Ajaib betul tandas tu! " sindir syu . Sarah menjeling ke arah syu . Syu hanya beriak selamba sahaja .

Sarah menoleh ke arah pelajar itu . Pelajar itu menunjukkan tanda namanya ke arah sarah . Sarah tersenyum manis ke arah pelajar itu .

" hm ni adik angkat aku . Nama dia mikael . Tadi dia kena buli dengan budak hakim . Aku selamatkan dia.. Bangs*t betul perangai si hakim tu! " kata sarah dengan tenang .

Ain mengerutkan dahinya . Begitu juga dengan syu, miza dan ira . " hakim ni dengan budak pun boleh jadi . Lain kali buli laa Cikgu Roslan . Baru laa rare! " kata ain dengan selamba .

Miza dan ira ketawa apabila mendengar sindiran dari ain . Sarah hanya menggelengkan kepalanya sahaja .

" tu nak tempah ajal duh buli Cikgu Roslan . Orang gila je buat kerja gila tu! " kata ira lalu ketawa . Ain ketawa mengekek . Miza, syu dan sarah juga turut ketawa .

Pelajar itu hanya tersenyum sahaja . " hm tapi kan aku rasa ada budak baru laa dalam group hakim tu . Mika kenal tak siapa mamat tak cukup sifat tadi tu? " tanya sarah pada mikael .

Mikael mendiamkan diri seketika . Mungkin dia sedang berfikir . Ain mengerutkan dahinya . Sarah menunggu jawapan dari mikael .

" hm mika tak sure nama dia siapa tapi yg mika dengar dari gosip orang, nama abang tu Shakil . " kata mikael dengan suara lelaki budiman . Hensem mikael ni sebenarnya .

Sarah mengangguk faham . Hm nanti ada musuh baru laa dia nampaknya . " hensem tak mamat tu? " tanya ain dengan teruja .

Sarah memandang kosong ke arah ain . Ain tersengih . Syu, miza dan ira hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

" hm mamat tu hensem tapi lagi tinggi dari aku . Aku benci betul laa dengan orang tinggi nih! Terasa macam diri ni LOSER gila bai... " kata sarah dengan geram .

Ain ketawa terbahak-bahak apabila sarah berkata begitu . Sarah mencebikkan bibirnya . Mikael ketawa kecil .

" siapa suruh pendek sangat? Itulah lain kali makan calsium. Barulah tinggi sikit kau tuh! " sindir ain . Sarah menjeling tajam ke arah ain . Ain ketawa mengekek .

" bukan kau terbantut ke sarah? " sindir ira lalu ketawa terbahak-bahak . Ain, miza dan syu serentak ketawakan sarah . Terus cemberut muka sarah .

" berani en korang ketawakan aku? Aku doakan yg korang pendek macam ni je tak tinggi-tinggi sampai ke besar!

Mulut aku masin tau . Jangan main-main dengan aku! " kata sarah dengan geram . Terus berhenti ketawa mereka berempat . Mikael menahan ketawa .

" uishh jangan laa macam tu duh! Aku tak nak pendek.... " rengek ain . Sarah hanya tidak melayan ain . Ain memuncungkan mulutnya . Mikael ketawa kecil .

" aku okey je jadi pendek . Pendek kan comel . Betul tak sarah? " tanya ira lalu menoleh ke arah sarah . Sarah mengangguk setuju dengan kata ira .

Ain mencebikkan bibirnya . Miza hanya menggelengkan kepalanya sahaja . Mikael pula dari tadi lagi tersenyum .

" ehh jom laa masuk kelas . Lagi berapa minit je nak bunyi loceng.. " kata syu lalu melihat jam tangannya .

Ain, miza, ira, sarah dan mikael terus bangun dari kerusi . Sarah memandang ke arah mikael . Mikael tersenyum comel ke arah sarah .

" naik kelas nanti hati-hati tau . Kalau ada sesiapa buli mika, mika jerit nama akak . Okey? Take care, mika... " pesan sarah. Mikael tersenyum manis ke arah sarah .

Dia melambai tangan pada sarah dan yg lain-lain . Mereka semua membalas lambaian dari mikael . Kemudian mereka masuk ke kelas .

Namun sarah ketinggalan di belakang kerana jalan sesak . Penuh dengan manusia . Sarah baru sahaja ingin melangkah ke hadapan, ada seseorang menarik lengannya .

Sarah terus menoleh ke arah belakang . Shakil?

Cinta Yang Takkan Mati  Where stories live. Discover now