CYTM : 03 ✔

2K 61 3
                                    

Sarah memandang sekeliling . Dia kini berada di hadapan sekolahnya .

Dia mahu menunggu pemandu peribadinya iaitu Pak Mat namun Pak Mat masih belum sampai .

Tiba-tiba kehadiran shakil membuatkan sarah terperanjat . Sarah menoleh ke arah shakil yg beriak selamba sahaja .

" kau memang nak bunuh aku ke apa? Datang tak bagi salam! Kafir agaknya.. " sindir sarah . Shakil menoleh ke arah sarah .

" assalamualaikum, my princess! " kata shakil dengan suara comelnya sambil tersenyum comel . Sarah membuat muka meluat .

" waalaikumussalam, idiot! " sindir sarah . Shakil merenung tajam ke arah sarah . Sarah hanya beriak selamba sahaja .

" bahasa tu jangan laa kasar sangat . Kang ada yg kena cili mulut dengan aku lepas nih! " kata shakil dengan geram . Sarah menjeling ke arah shakil .

" eleh poyo je lebih . Jauh sikit boleh tak? Nak duduk dekat-dekat dengan aku apahal? " kata sarah dengan tegas . Shakil mengenyitkan matanya pada sarah .

Sarah menjeling tajam ke arah shakil . Menyampah! Shakil masih lagi tidak mahu berganjak. Tiba-tiba ada satu kereta sport menghampiri mereka .

" ishh orang suruh jarakkan sikit kau tak nak! Miang tak bertempat! " kata sarah dengan geram lalu bangun dari kerusi itu dan menuju ke arah kereta sport tersebut .

" nasib perempuan idaman aku! " gumam shakil dengan perlahan namun dapat didengari oleh sarah . Sarah hanya beriak selamba sahaja .

" assalamualaikum, princess! " kata seorang lelaki yg baru sahaja keluar dari kereta sport tadi lalu memeluk sarah dengan erat kerana sudah lama tidak bertemu dengan sarah .

Terperanjat shakil yg berada tidak jauh dari sarah . Sarah tersenyum gembira lalu memandang ke arah lelaki tadi .

" waalaikumussalam, my prince charming . Kenapa balik malaysia tak bagitahu i? I miss you so much... " kata sarah dengan manja .

Lelaki itu tersenyum manis ke arah sarah lalu mencubit pipi sarah . Shakil yg memandang kelakuan mereka berdua, tidak senang duduk .

" alolo manjanya princess saya nih . Jangan manja sangat laa . Orang belakang tu dah nak meletus gunung berapi dia tengok adik sweet dengan abang! " bisik lelaki itu .

Sarah terus menoleh ke belakang. Shakil menjeling tajam ke arah sarah lalu bangun dari kerusi dan pergi dari situ kerana pemandu peribadi shakil sudah sampai .

" adik tak faham laa sikap mamat tu, bang . Biar laa dia.. " kata sarah lalu tersenyum comel ke arah abangnya iaitu shakirin .

Shakirin mengusap kepala sarah dengan lembut . " sekarang, kita balik ya? Abang ada hadiah untuk adik . " kata shakirin . Terus bersinar-sinar mata sarah .
" ingat ke abang dah lupa adik . Maklum laa duduk kat Kanada dah dua tahun.. " sindir sarah . Shakirin ketawa lalu memeluk bahu sarah .

" mana boleh abang lupakan adik abang yg manja nih . Adik sentiasa ada dalam fikiran abang tau... " kata shakirin dengan nada yg romantik .

Sarah membuat muka meluat . Shakirin ketawa kecil . Sekali-sekala bergurau manja dengan adik apa salahnya kan? Lagipun dia sudah lama tidak berjumpa dengan sarah .

" jom! " kata shakirin lalu bukakan pintu kereta untuk sarah . Sarah terus masuk ke dalam kereta . Begitu juga dengan shakirin .

¤ ¤ ¤ ¤

Sarah baring di atas katil selepas sahaja menyucikan diri . Dia mencapai telefonnya yg berada di atas meja lampu tidur . Dia menghidupkan telefonnya .

Cinta Yang Takkan Mati  Where stories live. Discover now