CYTM : 08 ✔

1.3K 51 1
                                    

Sarah hadir ke sekolah seperti biasa hari ini setelah satu hari bercuti . Sarah melangkah masuk ke dalam kelasnya lalu duduk di sebelah ain .

Ain menoleh ke arah sarah . Sarah mengeluarkan novelnya . Sementara menunggu cikgu masuk, lebih baik dia baca novel kan?

" weyhh, asal kau tak datang semalam? Aku alone gila bai! " kata ain . Sarah mengerling sekilas ke arah ain lalu sambung membaca novel .

" aku demam! " kata sarah dengan selamba sambil membaca novel . Ain mengangguk faham .

Tiba-tiba semua pelajar perempuan yg berada di dalam kelas sarah, menjerit dengan teruja . Sarah terus memandang sekeliling . Begitu juga dengan ain .

" abang idola! " jerit salah seorang sambil memandang ke arah luar kelas . " untungnya siapa yg dapat dia! " kata seorang lagi .

" dah laa hensem, kaya, sweet talker . Pakej gila wei! " kata salah seorang dari mereka dengan teruja .

Sarah dan ain serentak memandang ke luar kelas . Rupa-rupanya geng hakim berada di luar kelas .

Ain dan sarah membuat muka menyampah dengan teriakan pelajar di dalam kelas itu .

Sarah sambung membaca novel . Sakit pula hatinya apabila shakil menjadi perhatian ramai pelajar perempuan .

Tiba-tiba shakil mengetuk pintu kelas sarah . Sarah hanya buat tidak layan sahaja . Semua pelajar perempuan sudah kecoh .
Ain menyiku lengan sarah . Sarah mendengus geram . Dia tidak mahu berjumpa dengan shakil . Nak merajuk!

Geng hakim masuk ke dalam kelas sarah dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah . Pelajar lelaki sudah mula rasa takut .

Terutama sekali aiman . Sarah masih lagi sibuk membaca novel. Shakil menuju ke arah meja sarah . Semua mata memandang ke arah mereka berdua .

" sara! " panggil shakil dengan lembut . Sarah mengangkat wajahnya lalu menjeling shakil . Shakil tersenyum . Dia tahu sarah cemburu .

" alahai dia jeling kita pulak . Kenapa ni? " tanya shakil dengan lembut . Ain terus berdiri dari tempatnya apabila shakil memberi isyarat mata .

Ain pergi ke meja belakang . Shakil duduk di sebelah sarah . Yg lain hanya memerhati sahaja . Sarah menongkat dagunya sambil membaca novel .

" merajuk pun comel . Jangan laa merajuk . Akil rindu tau dengan sara sebab sara tak datang semalam . " pujuk shakil dengan nada yg romantik .

" ishh keluar laa . Orang tengok tak malu ke? " kata sarah tanpa memandang ke arah shakil . Shakil menongkat dagunya sambil merenung wajah sarah dari tepi .

" buat apa nak malu? Kita bukannya buat apa pun . Lagipun akil tak nak diorang kacau akil .

Akil tak suka laa jadi perhatian orang ramai . Biar semua orang tahu yg akil ni milik sara sorang je... " kata shakil dengan nada yg romantik .

Sarah menjeling manja ke arah shakil . " buat muka masam! Akil dah katakan jangan buat muka masam . Nanti hodoh!

Cuba laa senyum cikit . Untuk akil je . Tak payah bagi orang lain... " kata shakil dengan suara yg comel . Sarah menahan dari senyum .

" elelele kenapa tahan senyum? Senyum je laa, sayang... " usik shakil lalu mencuit hidung sarah. Sarah memukul lengan shakil dengan manja sambil tersenyum.

Dia memang akan cair habis bila dengan shakil . Dia rasa macam tak boleh kalau shakil memujuknya . Tak boleh nak merajuk lama dengan shakil .

" pergi laa masuk kelas . Kenapa ponteng? Sara dah kata kan jangan ponteng! " tanya sarah sambil merenung anak mata shakil .

Shakil memuncungkan mulutnya sambil memandang ke arah sarah . Sarah menoleh ke arah hakim . Hakim duduk di kerusi cikgu .

" hm dah laa pergi masuk kelas. Balik nanti tunggu sara tau! " pesan sarah . Shakil tersenyum comel lalu mengusap kepala sarah dengan lembut .

" kalau macam tu, balik nanti akil terus pergi sini laa . Akil masuk kelas dulu . Take care okay? I love you! " kata shakil dengan nada yg romantik .

Sarah tersenyum manis ke arah shakil . " you too! " kata sarah . Shakil mencuit hidung sarah lalu keluar dari kelas sarah . Ain kembali ke tempatnya .

Geng hakim juga sudah keluar dari kelas . Semua pelajar perempuan berbisik-bisik . Sarah hanya buat tak layan sahaja .

" sejak bila kau ada affair dengan mamat tak cukup sifat tu? " tanya ain dengan hairan . Sarah menoleh ke arah ain .

" semalam dia confess dekat aku depan mama aku . Aku terima je laa sebab aku pun ada hati kat dia sebenarnya! " kata sarah dengan tenang .

Ain memandang sarah dengan pandangan yg tidak percaya . Hm mungkin ain tidak percaya bahawa sarah boleh tersangkut dengan shakil .

" gentleman gila shakil . Siap confess depan mama kau lagi . Gentle aku tabik gila bai dengan shakil . Ini baru dinamakan lelaki sejati! " kata ain dengan teruja .

Sarah hanya tersenyum sahaja apabila ain berkata begitu . Dia sambung membaca novel .

¤ ¤ ¤ ¤

Hanya sarah, ain dan aiman sahaja yg berada di dalam kelas . Sarah mengemas buku-bukunya . Mereka sepatutnya perlu pergi ke perpustakaan .

Aiman memandang ke arah sarah . Sudah lama dia cuba untuk menawan hati sarah namun gagal apabila shakil muncul .

' dengan shakil boleh pula dia layan . Bila dengan aku, haram jadah tak pandang aku langsung . Geram pulak aku dengan minah nih! ' kata hati aiman .

Aiman menghampiri sarah . Sarah terus mengangkat wajahnya memandang ke arah aiman . Ain juga turut memandang ke arah aiman .

" hm rupanya memang betul gosip budak sekolah ni . Kau memang ada affair dengan shakil kan?

Apa yg istimewa sangat si shakil tu? Dia tu gengster sekolah, sarah . Dia dah banyak buat masalah kat sekolah nih .

Macam mana kau boleh tersangkut dengan mamat lembik macam tu? Dia tu tak layak untuk kau .

Aku rasa aku lagi hensem dari dia . Dia tu cuma nak mainkan perasaan kau je . Dah terang lagi bersuluh yg dia tu playboy tapi kau tetap nak dekat dia .

Kau ni memang tak ada taste ke apa? Ke kau memang suka cari publisiti murahan? Duk bertenggek dengan lelaki .

Kau pikir kau tu cantik sangat ke? Berlagak macam diri tu ratu cantik kat sekolah ni . Dah hampir setahun aku pendam perasaan dekat kau .

Tapi kau sepatah haram pun tak layan aku . Shakil tu baru pindah sini kot! Tapi senang-senang je kau tersangkut dengan dia .

Patut laa semua pelajar perempuan kat sini panggil kau perempuan murahan . Sebab semua lelaki kau nak kaut! " kata aiman dengan sinis .

PANGG! Satu tamparan hebat dan kuat yg terkena pada pipi aiman . Terkejut ain . Muka sarah sudah merona kemerahan kerana marah .

" kau nak bercakap biar berlapis sikit . Aku tahu aku tak cantik tapi muka yg tak cantik ni kau tergila-gilakan .

Kau jangan nak biadab dengan aku ehh . Shakil yg tak cukup sifat tu lagi mulia dari kau . Kau tu tahu nak menghukum orang je .

Aku tak mintak pun kau suka aku . Aku dah memang tak suka kau . Tak payah laa nak paksa orang .

Kau tu haa yg tak ada maruah . Terkejar-kejar perempuan yg tak suka kau langsung . Buat malu kaum je laa kau nih!

Sekali lagi kau kacau hidup aku, aku akan pastikan yg kau hidup tak aman! Dasar otak sempit! " tengking sarah lalu keluar dari kelas itu .

" kalau kau nak tahu, kau manusia paling b*d*h sekali yg aku tak pernah jumpa dalam dunia nih! " kata ain dengan sinis lalu melemparkan botol kosong pada aiman .

Ain terus keluar dari kelas . Aiman menyepak kerusi dengan geram . Dia terlalu geram dengan sarah .

Cinta Yang Takkan Mati  Where stories live. Discover now