CYTM : 16 ✔

994 42 0
                                    

Selesai sahaja sarah bersarapan bersama keluarganya, sarah duduk di ruang tamu . Dia tidak tahu melakukan apa pada hari ini .

Namun shakil ada bagitahu yg dia mahu datang ke rumahnya pada hari ini . Katanya rindu sangat dengan sarah sampai tak menyempat nak jumpa kat sekolah .

" oit buat apa tu? Tak keluar ke hari ni? " tanya shakirin secara tiba-tiba lalu duduk di sebelah sarah yg leka menonton televisyen .

Sarah mengerling sekilas ke arah shakirin lalu kembali fokus kepada televisyen . " hm tak ada plan lagi laa . Ni pun adik dah bosan .

Kenapa tanya? " tanya sarah pula sambil menonton televisyen. Shakirin tersenyum nakal . Dia mahu mengusik sarah.

Dia terus merampas alat kawalan televisyen pada tangan sarah lalu mengalih siaran tv lain. Tesentak sarah .

" oppa! " jerit sarah lalu memukul lengan shakirin dengan geram . Shakirin ketawa mengekek .

Suka dia mengacau sarah . Baginya sarah begitu comel sekali apabila marah . Tengok laa adik siapa kan?

Adik comel mesti laa abangnya hensem . Puih! " lepas ni kan shakil nak datang . Adik tak bosan la nanti .

So, bagi abang tengok tv . Abang tak sempat nak sentuh tv langsung tau! " kata shakirin dengan selamba .

Sarah mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah shakirin . Bagaimana shakirin tahu shakil mahu datang ke sini?

" macam mana abang tahu shakil nak datang? Adik tak bagitahu apa-apa pun lagi . " kata sarah dengan hairan .

Shakirin tersenyum sambil menonton televisyen . " dia ada chat abang tadi . Dia kata dia nak bawak lari adik kesayangan abang ni pergi Thailand .

Nak kahwin lari katanya . Abang pun setuju je laa . Benda baik jangan ditangguhkan! " kata shakirin dengan selamba . Terbuntang mata sarah .

Sarah terus mencubit pinggang shakirin . Shakirin ketawa mengekek . Sarah hanya menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersenyum .

" abang ni nak sangat adik kahwin lari . Kang nanti adik kahwin lari betul-betul kang, baru tahu! " ugut sarah . Shakirin menoleh ke arah sarah .
" jangan nak mengada-ngada nak kahwin lari pulak! Abang kerat-kerat jugak jari adik tu supaya cincin kahwin tak dapat sarung kat jari adik .

Padan muka! " ugut shakirin . Sarah mencebikkan bibirnya . Shakirin ketawa kecil lalu sambung menonton televisyen .

Sarah hanya memandang sahaja ke arah shakirin . Shakirin nampak gembira je hari ni . Hm mungkin mood dia tengah baik .

" abang tak ada kelas ke? Ke abang ponteng kelas? " tanya sarah sambil memandang serong ke arah shakirin . Sarah mengecilkan matanya .

" amboi, sedap mulut mengata orang! Abang ni student terbaik tau dekat U . Jangan main-main ehh! " kata shakirin dengan bangganya .

Sarah mencebikkan bibirnya . Tahu laa otak bijak . Memang patut pun shakirin dapat gelaran tersebut .

Shakirin seorang yg sangat pintar dan peramah dengan semua orang .

Walaupun dalam dirinya ada sedikit tegas, ramai yg masih selesa mahu berkawan dengannya .

" eleh student terbaik konon . Lepak dengan kawan memanjang . Kalau student terbaik, dia tak lepak dengan kawan! " sindir sarah .

Shakirin menjeling ke arah sarah. Sarah sengaja mahu cari pasal dengan shakirin .

" kita ni tak boleh nak membaca selalu . Kita kena selalu relaks dan buat perkara yg boleh menguji minda .

Cinta Yang Takkan Mati  Where stories live. Discover now