Hoshi↭FlowerChoco

837 59 3
                                    


Kwon Soonyoung as Hoshi
(y/n) as you
----------------





"Weh korang tau tak, tadi namchin aku si Mingyu tu bagi bunga kat aku!" kata Jieun kawan sekelasku. Kini kami ada dalam kelas.

Alang2 cikgu belum masuk, kami berbual la dulu. "Vernon pula bagi kat aku coklat! Sweet kan" kata Narene pula.

Kedua dua mereka sibuk menceritakan tentang betapa sweetnya namchin mereka. Aku pula hanya memasang telinga.

"Kau (y/n)? Namchin kau si Hoshi tu ada bagi apa² pada kau?" soal Jieun.

Aku juga tak mahu kalah "pernah, dia bagi aku patung teddybear besar, tapi... Itupun masa hari jadi aku tahun lepas la" kataku. Ok itu tak bagus.

"Kau ni, try la minta sesuatu kat dia, see? Namchin kami sweet dan romantis, pandai jaga hati kami. Aku tengok namchin kau tu.. Tak macam namchin pun"

Mendengar itu, aku hanya tersenyum nipis.

.

.

.

Kini aku dan Hoshi ada kat taman. Macam biasa, kami akan berjumpa ditaman. Even pun berjumpa,  dia asyik dengan telefonnya.

Aku rasa tersisih. Macam orang yang tak ada namchin je aku ni. "Um, Hoshi ah.. Namchin kawan saya kan, dia bagi bunga pada Jieun. Sweetkan?" kataku sambil tersenyum memansang kearahnya.

"Lepas tu, Narene pula, namchin dia bagi bunga! Romantis kan?" kataku lagi. Namun hampa, dia lansung tak memberi sebarang respon pun.

"So..kau nak suruh aku bagi bunga dan coklat macam namchin kawan kau tu?"

Bagus! Dia faham pun maksud aku! Aku tersenyum manis.

"Mianhae.." ucapnya lalu sambung melayan phonenya. Hancur hati aku ni. Aku menganggap itu tanda tidak sajala. Nak buat macam mana. Dah tak dapat namchin macam orang lain. Hm..

.

.

.

"Nah makanan dan air kau" Hoshi meletakkan dulang berisi air susu dan jjangmyun. Waktu rehat kat sekolah, kami memang selalu rehat sekali.

"Hm.." aku pun mencapai dulang itu. "Makan la, nak aku suap?" soal Hoshi. Aku menggeleng "gwenchana, saya boleh makan sendiri" aku tersenyum nipis sambil menghirup air susu.

"Makan sampai habis tau, harini kan kau balik lambat, nanti lelah pula" pesannya. Aku cuma mengangguk perlahan lalu makan makananku.

Series, entah kenapa aku rasa tak selesa. "Minum susu tu sampai habis" arah Hoshi. Dalam bab lain dia tak okey. Tapi Hoshi ni jenis caring. Dia akan pastikan aku makan sampai habis. Akan pastikan aku sihat setiap hari.

"Lepas makan terus balik kelas tau" pesannya lagi. "Hm.." balasku pendek.

"Kau marahkan aku ke (y/n)?" soalnya.

Aku menggeleng.

"Kau tak sihat?"

Aku menggeleng lagi. Sejujurnya, aku masih kecewa sebab semalam. Tapi tak nak la tunjuk sangat depan Hoshi. Nanti dia akan ingat aku ni yeoja gedik yang inginkan sesuatu dari namchin sendiri. Namun.. Entahla. Hm..

"Balik nanti, aku tunggu kau dekat pagar sekolah tau" kata Hoshi.

"Hm" aku hanya mengangguk kecil.

.

.

.

Balik sekolah, seperti dikatakan, aku berjalan kearah pagar sekolah. Yup, Hoshi memang sedang menungguku.

Aku pun berjalan kearahnya yang sedang menunggu kat sebelah sana. Tiba² ada sebuah motor yang muluncur laju kearahku.

Aku menjerit kerana takut dilanggar namun nasib baik Hoshi cepat menolong aku. Aku dan Hoshi jatuh keatas jalan dengan kuat. Motor itu dah pergi jauh.

Aku tak sakit sebab jatuh dalam pelukan Hoshi tapi "Hoshi?! Gwenchana?" soalku takut. Lagi² masa aku nampak tangannya berdarah banyak. Dia tersenyum nipis "aku ok, maaf.. Aku cuma boleh lindungi kau macam ni, aku tahu aku tak sweet dan romantis macam namchin kawan kau tu" ucapnya.

Aku juga hanya tersenyum nipis. Betultu, aku tak patut pandang Hoshi sebelah mata. Even namchin lain bagi bunga dan coklat pada yeochin mereka. Namun Hoshi lain, dia jaga aku dengan nyawa. Itu bukan murah.

"Tangan awak dah luka.."

"Ah.."


.

.

.

Aku berjalan pulang sendiri kerumah. Hoshi bukan halau aku. Tapi suruh aku balik, takut omma aku risau pula. Namun dia tak bagi aku teman dia, aku sedih sikit. Hm..

Sampai je kat rumah, aku terus naik kebilik. Lepas buka pintu dan masuk. Namun selepas beberapa langkah, langkahku terhenti selepas melihat ada bunga dan coklat atas katilku. Bukan sedikit, tapi penuh katil.

Aku terkejut sangat sampai memegang dada. Apa semua n-

"Itu semua, dari Hoshi" sampuk ommaku yang baru saja masuk kedalam bilik ini.

"H-Hoshi?" aku terkejut. Bunga² dan coklat ni dia yang bagi?

Ommaku tersenyum "tadi sebelum dia jemput kamu kat sekolah, dia yang hantar semua ni. Dia kata kat omma yang kamu suka semua ni, dia juga minta maaf sebab dia selalu tak romantis dan tak buat macam namchin lain pada kamu. Dia tak reti buat semua tu, tapi dia harap kamu suka semua ni (y/n)"

Aku terharu mendengar kata² omma tu "omma!" aku terus memeluk omma. Omma juga membalas pelukan "(y/n) nak melawat Hoshi sekarang juga" kataku.

"Eh, kenapa nak lawat? Dia sakit?"

"Tadi.. Masa (y/n) dan dia nak balik sekolah, (y/n)  nak dilangar motor, dan Hoshi cedera selamatkan (y/n) ujarku.

Omma sedikit terkejut namun dia tersenyum nipis "dah, omma masakkan kimbab kesukaan dia, nanti pergi hantar, mandi dulu"

Aku mengangguk faham 'tak sangka, namchin aku lagi sweet dan romantis dengan cara sendiri!'








---------------
Eh, rasa macam pelik pula ;-; tapi syukur, siap juga akhirnya 😂 siapa yang req tu, saya akan siapkan dengan cepat ye nanti 💞 see ya dekat oneshot Dokyeom si kuda tu

Oneshot (Seventeen)Where stories live. Discover now