Joshua↭Like Me?

686 21 2
                                    

Request from violina-
Genre : RomCom

Hong Jisoo as Joshua
Han Sungyoung as Sungyoung
--------------------------------------









"Sungyoung ah! Palli bangun dan kemas bilik tu! Jangan jadi anak dara malas! Matahari dah terpacak pun masih tidur lagi, bangun!" laung Puan Park sambil mencekak pinggang dihadapan pintu bilik anak perempuannya itu.

Sungyoung yang masih tidur berbungkuskan selimut mengeliat malas "ala omma ni...kan harini hujung minggu, tak boleh ke bagi Young bangun lambat sikittt je?"

Puan Park menggeleng "sikit? Ni dah nak tengah hari, kamu nak tidur sampai bila lagi? Esok? Lusa? Tulat? Ah takde, cepat bagun mandi pastu kemas bilik. Omma taknak orang tengok bilik kamu yang dah macam kapal pecah ni"

Cepat² Sungyoung bangun "uh? Ada orang nak datang rumah ke Omma?" soalnya.

"Adalah, dah cepat bangun. Omma nak pergi masak dulu" balas Puan Park lalu berjalan pergi dari bilik Sungyoung.

'Hhh, ni malas nihh' omelnya sambil bangun dengan malas². Akhirnya dia terpaksa juga pergi mandi dan kemas bilik.

*

*

"Sungyoung! Kamu tidur lagi ke apa?!" soal Puan Park yang sedang memasak didapur.

"Yeye dah siap ni hah" balas Sungyoung yang baru saja menuruni tangga. Dia dah selesai.

Puan Park mengangguk "sekarang tolong ambilkan pinggan dekat almari dan susun atas meja" arahnya.

Sungyoung hanya mengikut segala arahan ommanya. Nak buat macam mana, hajatnya untuk melawat alam mimpi dah hancur!

Selang beberapa minit dia sedang membuat kerjanya, loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang.

"Sungyoung! Pergi bukak pintu tu!"

"Hish omma ni, tadi suruh susun piggan, sekarang suruh buka pintu, lepa--"

"Dah jangan nak melawan lah! Nak jadi anak derha--"

"Okok fine!" balas Sungyoung sambil mencebik. Dia pun berjalan keluar dari dapur dan menuju ke pintu depan.

Clekkk!

Selepas je buka pintu, Sungyoung terkejut dengan kehadirannya "Joshua??"

"Annyeong" sapa Joshua. Dia adalah Hong Jisoo, tapi selalu dah orang panggil Joshua. Dia adalah kawan Sungyoung dari kecil, tapi dah setahun ni mereka tak jumpa sebab Joshua pindah ke amerika.

"Sungyoung?" panggil Joshua membuyarkan Sungyoung yang sedang mengelamun entah kemana "eoh, eh..bukan kau di amerika ke? Bila masa balik ke korea?" soalnya hairan.

Joshua tersenyum "aku baru balik semalam. Aku dah pindah sini sebab aku dapat kerja kat sini"

Sungyoung melopong "kerja? Yah..kau kan sama umur dengan aku? Kita kan baru 18? Tahun depan baru boleh kerja, apasal kau boleh kerja awal pula?" soalnya ingin tahu.

"Aku kan pandai, biasalah. Over class" balas Joshua bangga. "Eleh..berlagak" ledik Sungyoung sambil membuat muka menyampah.

"Kau cemburu kan? Aku dah boleh kerja, tapi kau tak boleh?" usik Joshua. "Ehh, takde pasal aku nak cemburu..huh" balas Sungyoung sambil menjeling.

"Sungyoung! Ajaklah dia masuk, apasal borak depan pintu tu?" laung Puan Park dari dapur.

"Hhh, masuklah" kata Sungyoung sambil membuka luas pintu rumahnya. Lalu Joshua pun masuk kedalam. Mereka terus masuk kedapur.

Oneshot (Seventeen)Where stories live. Discover now