Woozi↭Sarcasm

786 41 9
                                    

Request from -chipchimin
Genre: Happy romance/sad

Lee Jihoon as woozi
Jung Hana as Hana
-------------






Kau suka tak, kalau hari² diejek kawan2 yang kau dan lelaki ni adalah kekasih? Bukan tak suka, tapi malu!



Aku menggetap gigi sambil berjalan pergi ketempat dudukku dalam kelas. Malu gila, kawan dalam kelas itu mengejek aku yang masuk sama waktu dengan Woozi.

Manala aku tahu, aku selalu datang lambat, and bila nak masuk kelas je, mesti masuk sekali dengan Woozi yang juga baru datang.

"Ceh, harini Hana datang sekali dengan Woozi la, wuuuuuu"

"Jangan² rumah pun sekali kot, chieeee"

"Uuu kalau pegang tangan lagi sweet! Asal tak pegang! Huehue"

"Memang sesuai ah dorang ni, couple la! Wuwut!"

Aku nak sangat sumbat semua mulut mereka dengan stokin busuk oppa aku si Mingyu tu. Sabo jela.

Aku memekakkan telinga lalu duduk ditempatku. Aku juga memandang Woozi. Dia tu tak reti malu ke? Boleh pula dia diam masa kawan² lain ejek macam tu. "Muka tak malu" gumamku perlahan namun dapat didengari oleh kawan aku kat depan.

"Apa?" soal Jieun yang berada didepan. Aku terkejut. Dia nampak aku pandang Woozi lorh. "Cehhhh Hana pandang Woozi la..." kata Jieun dengan kuat.

"Wuuuuuuu" seisi kelas membuat bunyi tak guna tu.

Woozi yang sedang membaca buku pun melihatku dengan hairan.

Pipi aku merah sia, jantung dah berdetak tak keruan ni "weh! Tak! Bukan macam tu!" kataku. Sial, semua masih mengejek lagi.

Semua diam kerana ssaem dah masuk. "Ok class harini kamu kena cari bahan untuk ujian sastera, jadi kamu harus buat kerja kumpulan ye. Dua orang satu kumpulan" ujar Ssaem.

Aku tahu, semua memandang aku dan Woozi. "Weh Hana, kau dengan Woozi eh! Wuuu!"
"Tula, korang kan couple, hehehe"

Aku berdecit meluat "yah Jieun, kau dengan aku eh" kataku pada Jieun.

Jieun yang duduk didepan itu menoleh "no, aku dah dengan Narene..hehe"

Aku mencebik.

"Ala,kau kan dah ada Woozi" sinis Narene pula. "Betul tu, korang kan couple" . "Haah, korang sekali jela" mereka menyakat. Geram aku,tapi sabar jela.

"Hana dengan Woozi ye" kata Ssaem. Nah, ssaem pun nak kena ni, malu!

Dan lagi kuat la ejekan tu. Sila ninggal weh, aku malu dalam hati ni.

"Korang ni kenapa hah! Teruk la korang ni!" marahku. Membuatkan seisi kelas memandang kearahku.

"Dah la Hana, terima jela. Lagipun sebagai sepasang kekasih ,bagus juga korang berdua dapat bersama, hahahaha"

"Betul tu, terima jela Hana oi"

"Ciehhh, mesti korang bahagia la teww dapat bersama"

Itulah kata² orang dalam kelas ni.

"Aku dan Woozi bukan kekasih la! Kesian Woozi malu sebab korang ejek dia cam tu!" jeritku tak rela sambil berdiri menepuk meja. Bukan apa, aku takut kalau Woozi tak suka dengan semua ni. Mesti dia malu jadi bahan gosip dan dapat ejekan pelik ni semua. Aku pun takut kalau hubungan aku dan Woozi akan kekal kekok selamanya. Even aku memang sukakan Woozi nih. Hehe~

"Aku tak malu atas semua ejekan ni" kata Woozi sambil berdiri dan memandang kearahku.

"Woaaaahhhhhhhh" semua pelajar termasuk ssaem melolong gembira

"Kau malu ke...Hana?" soal Woozi sambil menatapku lama. Dah la pendek. Tapi sial, hati aku jadi tak keruan ni. Semua memandang ku. Eeeee nak lempar bom je kat kelas ni sekarang.

"A-ani! Aku cuma takut kalau kau tu je yang malu dengan semua ni" jawab aku dengan gagap dan malu.

Sumpah, aku tak pernah bercakap dengan Woozi sebelum ni. Dan sekarang aku sedang cakap dia Woozi! Crush aku dalam diam. Dah la tengah cakap pasal hal series ni. Dalam kelas, depan semua orang pula tu.

"Hana, aku tak pernah malu atau terasa pun dengan semua ni, aku lagi suka ada la" kata Woozi sambil tersenyum kearahku.

Muka aku dah disumpah jadi tomato. Malu gila sekarang ni.

"Wuuuuuuuuuuu" bahalol punya kawan, lagi kuat mereka menyakat.

"Aku suka, dan aku gembira sebab aku pun sukakan kau Jung Hana"

Woozi yang pendek ni memegang tangan aku.

Aku terkejut. Dia pun suka aku? "H-hah?? Biar betul ni??" soalku tak percaya. Gila, semua ni gila.

"Aku cakap ni depan semua orang kan? Buat apa aku nak bohong kau"

"Woozi ah..." aku terharu weh. Nak mengalir dah air mata ni.

"Sudikah kau jadi yeochin? Kekasih aku betul² sekarang?"

Satu kelas mula buat pasar malam
"Wuuuu amaygaddd"
"Romantik siaaa"
"Terima jelah Hana"
"Jeles siak, AKU nak juga!"
"Terima terima! Terima!"

"Aku...."

Dan tiba2 hujan turun dalam kelas. Semua pelajar dan ssaem dan lari pergi. Kecuali Woozi yang masih sedang menunggu jawapan dari aku.

Wait!

Hujan?!

"Hana! Bangun! Dah pagi ni!"

Aku membuka mata. Tadi tu cuma mimpi?!!

"MAK! MAK NI KACAU LA!! EE MAK NI!!"

"yah Hana, kenapa marah mak pula? Ee budak bertuah ni!"

.

.

.

"Aish! Bodoh!" gumamku perlahan sambil berjalan masuk kedalam kawasan sekolah.

Kan bagus kalau semua tu betul. Haish.. Aku pun meneruskan langkah untuk menaiki tangga ke tingkat atas.

Namun langkah ku terhenti selepas melihat Woozi! Yang sedang berdiri dihujung tangga. Dia juga tersenyum kearahku. Membuatkan aku tak keruan.

"Hana" dia panggil aku la!

"Ah? Ye?" aku berhenti dihadapannya.

Dan dia menghulurkan sekuntum bunga ros cantik sangat kat depan muka aku. "Aku tak nak bercakap banyak, ambil la bunga ni kalau kau nak jadi yeochin aku"

Mata aku terbuntang. Dan aku menampar kedua pipi aku. Weh! Aku tak mimpi kan?! Tak kan? Aku tampar sampai merah dan aku memandang kedepan semula.

Masih ada Woozi yang sedang memegang bunga. Ini bukan mimpi!

"S-saya!..saya...."









-------------
Hah hope anda suka. Pelik gila bab ni. Dah kering idea ni 😂 enjoy, vote & komen ye. Kritik pun boleh, saya redo

Oneshot (Seventeen)Where stories live. Discover now