Wonwoo↭Downpour

1K 69 4
                                    


Jeon Wonwoo as wonwoo
(y/n) as you
-------------






"Wonwoo, boleh kita jumpa petang ni? Aku ada hal penting nak cakap" kataku sambil melirik kearahnya yang sedang mengemas beg.

"Tak boleh la, aku nak jumpa Mina harini" katanya lalu terus menggalas beg dan berjalan pergi.

Aku hanya mengeluh. Wonwoo dan aku berkawan rapat. Semasa firstime Wonwoo memasuki sekolah ini, dia adalah seorang yang sangat pendiam, dingin dan tak ramai orang nak berkawan dengannya.

Akulah orang pertama yang berkawan dengannya. Dan aku ubah dia, sekarang dia dah tak dingin. Ramai yeoja minat pada dia pula tu. Dia kan hensem, kaya pula tu. Berbeza dengan aku. Tapi kami memang berkawan baik.

Baru² ni ada seorang pelajar yeoja yang baru berpindah masuk kesekolah kami. Tapi kelas sebelahla. Dan Wonwoo selalu kekelas sebelah untuk menjemput dan melihat gadis yang bernama Mina itu.

Aku rasa macam Mina tu tak minat pun pada Wonwoo namun mereka nampak mesra. Wonwoo pula lain, dia pernah kata kat aku semalam yang dia.. Sukakan Mina.

Aku menggalas beg. Aku ada benda yang penting untuk bagitahu Wonwoo sebenarnya. Tapi dia nak jemput Mina. Tak apa lah, lain kali saja.

Dan...sejak Mina tu masuk sekolah ni, Wonwoo jarang borak ngan aku. Dia juga jarang balik sekali dengan aku. Dan harini, aku balik sendiri lagi. Hm..

.

.

.

Kini aku sedang makan malam dengan family aku. "(y/n), kamu dah kemas barang?" soal ommaku. Aku menggeleng "awal lagi, malam esok baru pergi, nanti la buat"

Ommaku mengangguk. "Ha, kamu dah bagitau kawan kamu yang kamu dah nak pindah?" soal appaku pula. Aku menggeleng "mungkin esok kot"

Yup, maksudku akan bagitau Wonwoo la. Sebab dia sorang je kawan aku. Sebenarnya, aku tak ada kawan langsung dalam kelas tu. Sebab tu aku rapat dengan Wonwoo.

Aku gembira sebab ada orang cakap aku berjaya ubah Wonwoo yang emo dan dingin tu. Dan ada juga yang cakap aku ni gadis penceria dan pengubah nasib orang. Entahla kenapa tiba² aku rasa menyesal sebab mengubah Wonwoo.

Kalau aku tak mengubah perangainya, mesti dia cuma berkawan dengan aku sorang je sekarang. Sekarang Wonwoo dah disukai ramai dan populer disekolah.

Dan sekarang, dia sangat..sangat jarang bersama dengan aku. Aku rasa sunyi dan tersisih. "(y/n) nak keluar sekejap"

"(y/n) nak kemana? Dah malam ni" soal Appaku. Aku tersenyum pendek "cuma nak keluar ambil angin, kejap je"

"Baiklah, tapi jangan balik lewat sangat"

"Nae"

.

.

.

Aku berjalan keluar dari rumah. Berjalan dideretan street food sampai ketaman. Dan aku melabuhkan punggung di kerusi taman itu.

Esok, malam esok aku akan berpindah dijepun. Oleh kerana keluarga aku susah, omma dan appa bercadang untuk menubuhkan bisnes disana bersama uncle dan aunty ku.

Macam mana aku nak bagitau wonwoo yang aku nak pindah? Macam mana kalau dia sedih? Atau.. Aku yang sedih?

"(y/n)? Apa kau buat disini?"

Aku menoleh. Rupanya itu Wonwoo..dan Mina. Aku berdiri dan menunduk untuk menyapa "annyeong, kau buat apa disini?" soalku balik.

"Aku baru habis ambil Mina dari kelas ballet" jawab Wonwoo. Aku melirik kearah Mina dan dia tersenyum manis kearahnya.

Oneshot (Seventeen)Where stories live. Discover now