Wonwoo↭Be Honest

747 28 1
                                    

Request from squishymeanie
Genre: sad/happy ending

Jeon Wonwoo as Wonwoo
Baek Jinhee as Jinhee
---------------------------------------------------


Jinhee : boleh kata aku bodoh, kerana aku mencintai seseorang yang tidak mencintaiku. Walau dah tahu yang dia mencintai orang lain, tapi tapi aku tetap mencintainya. Tak salah kan? Cinta tidak boleh dipaksa kan?

Baek Jinhee ialah anak gadis tunggal keluarga Baek,  iaitu sebuah keluarga yang namanya sangat dikenali serata korea. Keluarga Baek juga dikira sebagai orang ketiga terkaya di korea selatan ini.

Dua bulan lepas, Encik Baek dan Isterinya telah mengahwinkan anak mereka dengan anak keluarga Jeon atas satu persetujuan harta. Alih-alih topik harta, dan mula mengira realiti, anak-anak mereka telah berjaya disatukan dan berjaya menjadi suami isteri. Jeon Wonwoo dan Baek Jinhee.

Dari tarikh perkahwinan mereka dulu, harini telah masuk bulan kedua mereka bersama. Dalam pada itu, hidup mereka tak seperti yang berlaku pada pasangan suami isteri yang lain.

Jinhee tidak bahagia atau gembira dengan kehidupannya sekarang. Dia mencintai suaminya, Wonwoo. Tapi perasaannya dan Wonwoo sangat berlawanan. Wonwoo mungkin mencintai orang lain. Dia nampak rapat semacam je dengan setiausahanya yang bernama Jieun.

Dia melakukan semuanya, semua yang seorang isteri patut lakukan. Tapi Wonwoo tetap tak pernah memandangnya. Kekadang Jinhee bertanya dalam hati 'apa kurangnya dia?'

"Gumawo, tapi aku akan sarapan diluar nanti" Perkataan yang sama keluar setiap pagi selama dua bulan ini untuk Jinhee. Ianya dari Wonwoo.

Padahal Jinhee dah susah² bangun pagi² untuk masakkan sarapan buat suaminya. Hari² macam ni. "Makan diluar? Haha..cakap jelah yang awak sebenarnya nak makan dengan Jieun nanti" gumam Jinhee suram yang masih dapat di dengari oleh Wonwoo.

Wonwoo hanya memekakkan telinganya. Selepas siap membetulkan tali lehernya, dia terus berjalan keluar dari apartmentnya. Meninggalkan Jinhee seorang diri disana.

Wonwoo: sepatutnya aku gembira kerana berkahwin dengan gadis seperti Jinhee kan?. Dia cantik, alegan, rajin dan hyper aktif. Tapi perkahwinan ini bukan berlaku atas kehendak aku. Ini paksaan. Dan aku membencinya. Jadi beginilah sikap aku pada Jinhee. Tentang Jieun? Dia cuma PA. Aku cuma mengguna nama dia untuk alasan supaya Jinhee berhenti berharap. Tapi rupanya tak. Hhh.

.

.

.

Keesokannya...

Harini Jinhee membuat keputusan untuk pergi ke klinik berhampiran apartmentnya kerana berasa pening dan sedikit letih. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia jadi macam tu.

"Puan..puan pening dan letih ni bukan sebab sakit biasa" ujar Doktor Jin, iaitu Doktor yang memeriksa Jinhee sekarang.

Jinhee terkejut, bukan sakit biasa? Takkan dia sakit kanser? Sakit jantung? Atau..leukimia?? "H-habis tu saya sakit apa Doktor?" soalnya takut².

"Chuckhae..Puan dah hamil, dua bulan" ucap Doktor Jin akhirnya sambil tersenyum mengucap tahniah.

"Ah? Jinjja?!" soal Jinhee tak percaya sambil menutup mulutnya. Dia terlalu gembira selepas mengetahuinya. "Waa terima kasih Doktor..gumawo jinjja"

"Nae sama²" balas Doktor Jin sambil melihat Jinhee yang sudah berjalan keluar dari ruangannya. Selepas itu dia memanggil pesakit lain pula untuk masuk.

Selepas keluar dari sana, Jinhee duduk terus disalah satu bangku kosong yang ada diluar. Dia masih terlalu terkejut sekaligus gembira mendengar penyataan Doktor Jin tadi.

Oneshot (Seventeen)Where stories live. Discover now