Ramai orang kata aku bodoh.
Kenapa?
Bodohkah aku,
Hanya kerana belajar ilmu cara berlainan?
Bodohkah aku,
Hanya kerana fikir diluar norma?
Bodohkah aku,
Hanya kerana ingin ubah budaya?
Bodohkah aku,
Hanya kerana aku benci muslihat dunia?
Ramai orang kata aku gila.
Kenapa?
Gilakah aku,
Hanya kerana aku tidak menerima ilmu kamu?
Gilakah aku,
Hanya kerana tidak menerima pemikiran kamu?
Gilakah aku,
Hanya kerana aku bawa budaya baharu?
Gilakah aku,
Hanya kerana aku mencari kebenaran dunia?
Aku berfikir melawan arus dunia.
Aku tidak menerima pandangan rosak sedia ada.
Aku tidak mahu tunduk hanya kepada telunjuk kebanyakkan.
Aku non-conformist, maka aku ada!
-AA
P/S: Nukilan ini khas ditujukan para saudara, sahabat non-conformist diluar sana!