Aku bukan anak seni,
Tapi aku juga ingin berkaya,
Karyaku bagi melunaskan kata hati,
Untukku kongsikan pada dunia.
Tapi,
Jika kerana karya aku dipanggil gila,
Biarkan sahaja aku dipanggil gila.
Lebih baik aku gila melepaskan isi hati,
Daripada dibiarkan hati menjadi mati!
Jika kerana karya aku digelar murtad,
Biarkan sahaja aku digelar murtad.
Lebih baik murtad kerana menegur manusia,
Daripada menangung dosa melihat manusia murtad!
Jika kerana karya aku dituduh pesalah,
Biarkan sahaja aku dituduh pesalah.
Lebih baik dituduh pesalah perjuangkan kebenaran,
Daripada bersalah kepada semua dek menipu kebenaran!
Jika kerana karya aku dikatakan bodoh,
Biarkan sahaja aku dikatakan bodoh.
Lebih baik bodoh mempelajari ilmu kebenaran,
Daripada bodoh menelan ilmu pembohongan!
Demikianlah,
Aku bukan anak seni,
Tapi aku tidak akan henti berkarya.
Jika karyaku kamu takuti,
Maka aku pasti karyaku dibaca kamu,
Lantas matlamat karyaku sudah tercapai!
-AA
P/S: Terima kasih untuk malam ini kepada engkau yang sudi mendengar rintihan hati ini lantas menjadi ilhamku menulis rasa hati ini kepada nyata. Kelak nanti pasti aku nukilkan karya istimewa buat dirimu sebagai penghargaan dari diriku ini.