× 1 ×

64 13 7
                                    

Aku menggigit roti berperisa kacang merah sambil menikmati angin yang menerpaku di rooftop ini. Nyaman ~

Ah, sejuk gila!

Sekali sekala ponteng kelas apa salahnya kan?

"Aku... dah diperbodohkan hiks." aku menoleh ke arah suara yang agak samar kedengaran itu.

Seorang perempuan sedang menangis teresak esak. Rasanya dia tak perasan aku.

"Bodohnya aku... sebab percayakan dia hiks hiks."

Aku kaku di tempatku, mulut masih mengunyah roti yang masih bersisa di tangan. Nak ditegur, takut kata suka jaga tepi kain batik orang. Jadi aku perhatikan saja.

"Aku dah taknak hidup lagi hiks aku tak sanggup dah hikshiks. "

Wu, drama se-- wait, what?

Aku lihat perempuan itu mula memanjat tembok tinggi bumbung ini.

Gilaaaa.

Aku campak roti aku dan terus meluru ke arahnya untuk menghalangnya namun dah terlambat.

Dia dah jatuh.

Dari tingkat 4 bangunan sekolah.

Depan mata aku.

Aku terkedu melihat mayatnya di lantai bangunan. Dia menggelupur. Darah keluar membuak buak.

Kepalanya terhempas di salah satu pasu anak pokok bunga yang baru kami tanam semalam.

Aku yakin serpihan pasu itu ada yang tertusuk dalam kepalanya disebabkan darah di kepalanya sudah membanjiri rumput.

Kaki kanan dan lengannya terpusing menunjukkan tulang tersebut sah telah patah.

Darah mula mengalir dan keadaan mula riuh. Aku masih terkedu di tempatku.

Betul ke semua ini?

"Kookie ah, bangun. " suara taehyung hyung membuatku terjaga. Aku berpeluh sakan.

Ah, aku tertidur lagi.

"K-kenapa hyung?" aku masih lagi rasa debaran tadi walaupun hanya 'mimpi'.

"Kau meracau lagi. " kata taehyung hyung dengan riak risau.

"Ah, mianhae." aku meraup muka. Serabut dengan mimpi yang aku dapat.

Sejak sejak ini, aku mimpi benda yang buruk buruk je. Dan kebanyakan mimpi itu, jadi kenyataan. Semua benda ini buat aku takut nak tidur lagi.

"Jangan paksa diri sangat ne? Kau itu ada kelas esok. Berehatlah. " taehyung hyung menggosok rambutku sebelum keluar dari bilikku.

Sebenarnya, aku takut.

Adakah mimpi kali ini akan menjadi kenyataan?

-

"Hey, biskut!" kepalaku dicepuk oleh makhluk bernama lee chan tapi biasanya aku panggil dia dino.
Sebab apa?

Sebab perangai dia tak serupa badan dia yang ketot ini.

"Sejak bila kau sampai nak pegang kepala aku ini?" soalku megejek sambil ketawa.

"Kau fikir aku ini pendek sangat ke haa?" dino menjelingku.

"Manalah tahu enn. "

"Oh ya, aku lupa nak bagitahu kau. Hari ini tak ada kelas tau? So, hari ini kita buat lawatan kat Seoul Highschool untuk projek kita itu. Kau jangan tak datang pula. Aku cari kau sampai lubang hidung abang kau itu kang. " aku tergelak mendengar bebelan dino. Budak ini cakap memang tak boleh singkatkan ke?

"Arasseo arasseo petang ini aku pergi sekali dengan kau. Jom, aku belanja kau kopi. "

"Serius ar?" dino memandangku tak percaya.

"Aku belanja, kau bayar."

"Ceh, engko ini kecoh je lebih. " dino mencebik sementara aku gelak.

Well, lawak apa.

Tak lawak ea? Lawaklah kan daripada lawak hambar seokjin hyung?

-

"Nah roti kacang kegemaran kau sebab aku sayang kau. " dino menyerahkan bungkusan roti itu kepadaku.

"Ew, orang dengar kang ingat aku kita ini gay pula der. " aku buat muka disgustku padanya. Sumpah geli wey.

"Ya, sama sama. " dino perli sambil tersenyum creppy.

God, he looks like a ghost ._.

"Er, gomawo dino ah. " aku tersengih.

"Dah dah. Prepare yourself lagi 5 minit kita start. Aku nak pergi tandas jap. Kau jangan merayap pula. "

"Ha, k. "

Jangan merayap? Aku bukan kucing dalam sangkar beb.

Sebaik sahaja dino masuk tandas, aku terus naik ke rooftop.

Teringin juga nak tengok macam mana rupanya rooftop Seoul Highschool ini.

Sejuknya angin~

Roti kacang pemberian dino aku gigit.

Huuu, bahagia.

"Aku... dah diperbodohkan hiks."

Aku terkedu. Macam pernahku dengar suara itu. Aku menoleh.

Eh?

"Aku dah taknak hidup lagi hiks aku tak sanggup dah hikshiks. " tembok dipanjatnya.

Shitt.

Perempuan itu terjun. Aku tak sanggup nak tengok keadaan dia sebab aku dah pernah tengok keadaan dia.

Tak guna.

Mimpi buruk aku, jadi realiti lagi.

© Doraemochi-

;
aliana_yuu
Kookiecicahtae_

Dream Catcher » j.jungkookWhere stories live. Discover now