"Jeon Jungkook!"
"Eomma kau!"
Pensel yang elok aku pegang dengan jari dicampak bagi menghapuskan bahan bukti.Aku bangun tegak dengan buku tulis matematik ditutup dengan cepat selaju The Flash.Pensel yang aku campak tadi,mula terbang mencari mangsanya dan dan dan PAPP!
"Aduh!"Bergema suara Jimin hyung terkejut plus sakit sebab mata pensel mencucuk pipi mochinya,kemudian dia jeling aku dan pensel diambil serta dipatah-patahkan tanda geram.Mulut terkumat-kamit memaki aku.
"Saya suruh awak salin depan,yang awak lukis benda alah bulat ni kenapa Jungkookiee?!"Buku tulis matematik aku diangkat tinggi dan ditunjuk pada semua pelajar di dalam kelas.
Aku tau lukisan aku chanteknya ya ampun.Bangga shiket walaupun aku tak tau apa jadah aku cuba lukis sebenarnya*Flip hair eomma jin*
Aku mengeluh sikit,"Saya bukan tak nak salin cikgu,silau tau!Tak nampak pun apa cikgu tulis."
Aku tutup mata dengan tangan kanan lagak aku putera lilin yang tak boleh kena matahari dan tangan kiri aku tunjuk tingkap yang bersinar garang dengan matahari.
"Habis tu awak tak ada kaki nak ke depan,salin?!"Suara cikgu Myul memetir lagi.
Iya cikgu saya ada kaki,tapi tidakkah cikgu tahu bahawa saya juga mempunya penyakit M atau nama panjangnya penyakit malas?Adakah cikgu tidak belajar sains?Oh ya cikgukan ajar matematik.
Aku tak mampu nak cakap apa jadi hanya sengih dan menunjukkan gigi versi kapak aku kepada dia.
Mohon cair la harapnya cikgu perempuan janda ni.Mohon lepaskan aku dari kecaman sebab tak salin dekat depan.Kalau aku tak salin sekarang pun,nanti aku salinlah dari buku Jimin hyung.Kenapa nak kena buat kerja dua kali dan menyusahkan orang?
Cikgu Myul berura-ura mahu buka muka surat belakang buku aku pula.
NO NO NOT NOT TODAY!
"Laa...soalan dua minggu lepas pun tak buat lagi?"Cikgu Myul tunjuk lagi buku aku yang hanya dilengkapi tarikh,hari dan garisan.Lain?Putih,suci malah bebas dari noda dan dosa.Aku gigit bibir.
YOU ARE READING
Dream Catcher » j.jungkook
Fantasy❛Kebanyakan mimpi buruknya menjadi kenyataan yang menakutkan sehingga sampai ke tahap yang dia sendiri keliru antara realiti dan mimpi.❜ • start : 9 Feb 2017 • ideas and storyline : weirdose_ • collaboration : Doraemochi-, aliana_yuu and Kookiecicah...