Bingit. Huru hara. Rasa tak selamat. Aku dapat rasakan aura aura itu semua dalam masa yang sama.
Keadaan jadi huru hara apabila tiba tiba sekumpulan pemberontak mengamuk di tengah jalan menggunakan senjata berbahaya.
Nafasku turun naik.
Macam mana aku boleh ada kat sini?
Aku bermimpi lagi. Ah, tak guna! Macam mana aku boleh tertidur pula ini.
"Kau, sini!!" aku yang masih lagi blur dengan persekitaranku ditarik kasar oleh lelaki bertubuh sasa sambil mengacukan pistol kepadaku.
Aku dengan gugupnya hanya patuh. Selain aku, ada seorang budak budak lelaki yang aku anggar umurnya 5 tahun mungkin, sedang menangis kerana ditahan oleh mereka juga.
Comelnya budak ini. Pipi pau dia mengingatkan aku kepada jimin hyung.
"Diamlah budak! Memekak je kau ini!" budak lelaki itu ditampar lelaki yang memakai bandana merah di kepalanya. Terteleng budak itu akibat ditampar begitu kuat sekali.
Budak kecil kot. Dia tampar gila kuat duhh ;-;
"Jangan apa apakan dialah!" aku meronta minta dilepaskan tapi aku yang 'alahai gagah ke?' ini tak dapat kalahkan mereka yang gagah dan sado belaka.
"Hahaha, kalau aku lepaskan dia, kau sanggup bagi nyawa kau?" aku terdiam. Benda ini tak sepatutnya berlaku.
Gila punya mangkuk.
Bbuk!
Satu tumbukan padu dihala ke perutku. Senak weh. Walau aku mimpi banyak mana pun, tahap kesakitan yang dialami adalah 100% sama dengan bila aku terjaga. Buat aku keliru.
Mimpi ke tak, rasanya still sakit ._.
"Hah, tak berani banyak pula cakapnya. " lelaki berjambang itu smirk menampakkan gigi emasnya yang terletak kemas.
"H-h-hyunggg!! " budak itu memanggilku risau. Aku memandangnya sambil tersenyum paksa. Lelaki yang memegang budak itu merentap bajunya kasar membuatkan budak itu terkebelakang dan hampir terjatuh apabila ciba untuk mendekatiku.
"G-gwaenchanayo. "
Budak itu menangis semakin kuat dan kuat. Lelaki berbandana merah itu nampak stress semacam je.
"Aku dah tak tahan dah!!! Wey budak, kau bangun!" parangnya diletak pada leher budak itu.
Jangan.
Tolonglah jangan.
"T-tak! JANGANN!! JANGAN SENTUH DIALAH TAK GUNA!!" aku meronta ronta apabila makin kuat pegangan si botak ini.
Bbuk!
Sekali lagi perutku ditumbuk.
Auch, sakit.
"Jumpa kat neraka nanti ya budak!" lelaki itu tersenyum sinis sebelum menghayunkan pedangnya ke arah budak itu.
"JANGAN!"
Dan tiba tiba masa seakan terhenti. Cuma aku je yang boleh bergerak. Hairan.
"A-apa semua ini?" soalku sendirian.
Angin bertiup lembut padaku sekaligus mengubah pandangan aku yang tadinya penuh dengan keadaan bandar yang tak terurus kini di tempat nyaman dan cantik sangat. Macam kat taman bunga.
Aku terbaring lesu ke atas rumput.
Sakit ditumbuk tadi masih lagi ada.
Mataku terpejam seketika. Tiba tiba aku terasa sesuatu yang lembut dan hangat hinggap di pipiku.
Aku membuka mataku.
Seorang perempuan memegang pipiku. Pandanganku yang kabur menyusahkan aku untuk mengusya mukanya.
Perempuan berambut panjang itu tersenyum sebelum berlalu pergi meninggalkanku. Hanya bayangannya berambut panjang dan senyumannya sahajaku dapat tangkap.
Pandanganku makin kabur dan akhirnya gelap.
Itulah kali terakhir aku mimpi buruk dan kali pertama aku mimpi yang-- apa orang panggil ya? Mimpi indah termasuklah berjumpa dengan dia.
Siapa dia sebenarnya?
Dia bagaikan mimpi indah aku. Wujudkah dia?
YOU ARE READING
Dream Catcher » j.jungkook
Fantasy❛Kebanyakan mimpi buruknya menjadi kenyataan yang menakutkan sehingga sampai ke tahap yang dia sendiri keliru antara realiti dan mimpi.❜ • start : 9 Feb 2017 • ideas and storyline : weirdose_ • collaboration : Doraemochi-, aliana_yuu and Kookiecicah...