TAK MASUK AKAL

50 5 0
                                    

Peniel dan Rap Mon telah memberitahu pada mereka tentang cara untuk menghapuskan sumpahan

“hisap darahh makhluk yang saya cintakan?”

Ruby membeliak matanya apabila mendengar penjelasan Peniel dan Rap Mon

“setahu aku. Kau sukakan kucing. Kau akan hisap darah kucing ke?”

Hazrul membuat muka geli memandang Ruby

“tak kan la sebab Ruby sayang semua kucing dan tak ada seekor pun kucing yang rapat dengan Ruby”

Syahir mengeluh apabila teringatkan kucing. Ruby memang pencinta kucing tapi Ruby tidak dibenarkan membawa kucing ke rumah disebabkan Hazrul, si anti dengan kucing. Entah apa yang menakutkan pada kucing sehinggakan Hazrul tak boleh memandang kucing. Jika dia ternampak kucing pasti kucing tu dibelasah dengan teruk

“aduh macam mana ni?”

Ruby mengeluh dan memandang ke arah lantai.

“mungkin manusia atau vampire? Ruby, kau ada tak perasaan pada seseorang dalam kalangan kita? Mungkin perasaan lebih daripada suka. Maksudnya perasaan cintakan seseorang?”

Changsub bertanya pada Ruby. Ruby mengerutkan dahinya. Cinta? Suka? Tapi dia suka pada semua orang. Cinta? Tak ada pula

“Ruby boleh menghisap darah Chim Chim jika Ruby nak?”

Jimin mendekati lehernya ke arah mulut kecil Ruby. Ruby menolak dan mengelengkan kepalanya

“mustshil! Darah korang akan melemahkan saya. Terutamanya manusia. Huwings tak boleh terima darah manusia kerana ia membuatkan kami lemah”

Ruby meraupkan mukanya dengan kedua tapak tangannya

“cuba la. Belum cuba belum tahu”

V memegang tangan Ruby. Cuba memberi semangat

“darah manusia best gila kuttt”

Illhoon bersuara ceria

“sebut tentang darah manusia membuatkan aku dahaga”

Sunjae menjilat bibir bawah

“kookie pun”

Jungkook juga turut serta

“kalau macam tu! Apa kata salah seorang daripada kita cuba untuk mencintai Ruby dan buat Ruby jatuh cinta?”

Hyunsik memberi cadangan

“aku tak nakk!”

Hazrul menolak cadangan Hyunsik. Walaupun Hazrul pernah memasang niat untuk membuat Ruby jatuh cinta padanya tetapi setelah mendengar Syahir memberi penjelasan sumpahan pada Ruby serta cara untuk memusnahkan sumpahan oleh Peniel dan Rap Mon terus menyokong dia untuk membatalkan niatnya.

“kami akan cuba”

Syahir dan yang lain bersetuju dengan cadangan Hyunsik

“huh! korang sanggup ke kehilangan darah untuk Ruby? Atau erti kata lain, korang sanggup mati ke?”

Hazrul menyindir kepada mereka yang bersetuju dengan cadangan Hyunsik. Mereka yang terkena dengan sindiran Hazrul terus mengarukan kepala dan mengerutkan dahi menyebabkan Hazrul tergelak sinis

“apa kata kalau serahkan je saya pada ketua vampire hunters? Kita buat perjanjian dengan mereka?”

Ruby memberi cadangan. Minhyuk ketawa besar mendengar cadangan Ruby

“perjanjian? Huh! Ruby tahu tak, satu janji pun tak boleh pakai dengan vampire hunters tu. Lebih-lebih lagi bau darah Ruby, semakin hari semakin menyelerakan. Kami pun kadang-kadang tak tahan bau darah Ruby sehinggakan kami terpaksa memburu binatang untuk kami menghisap darah! Apatah lagi vampire hunters. Mereka takkan tahan dengan bauan darah Ruby”

Kerana Sayap-BTS & BTOB(hold)Where stories live. Discover now