Bab 1

35 0 0
                                    

Cermin itu tidaklah terlalu tinggi. Cuma kelebaran cermin itu membuatkannya kelihatan sedikit besar. Untuk Kulup yang berketinggian sederhana itu, nampaklah dia susuk tubuhnya sehingga bahagian lutut. Baju putih yang sedikit lusuh, dan seluar bermuda warna kehijauan. Rambutnya sudah seperti Benedict Cumberbatch hero drama Sherlock yang baru mula ditayangkan di AXN. Cuma bezanya Benedict tidak berjambang. Kulup mengusap pipinya. Tapak tangannya digeletek tajam tajam rambut pipinya. Seingatnya kali terakhir dia bercukur adalah 5 hari lepas. Waktu itu dia masih menetap di Seksyen 2 Shah Alam. Rumah besar milik Pak Hadi yang disewanya bersama Fatin. Ya.  Rumah itu ada cermin besar. Cermin yang lebih besar dari cermin dihadapannya.

        "Aku harap cermin tu selamat"

***

        "Kau jangan dekat. Kalau kau datang dekat. Aku kelar dia." tangan Kulup kemas menekan pisau keleher perempuan yang dipeluknya. Perempuan itu sedikit tidak bergerak. Tiada emosi. Sama ada dia memang tidak takut, ataupun dia sudah kering airmata menangis ketakutan. Kalau dilihatkan pada wajahnya, perempuan ini mungkin berusia awal 30 an atau mungkin lebih muda.

         "Jangan! Kau ingat aku tak berani ke??" Kulup nampaknya makin berang apabila 3 lelaki dihadapannya mara perlahan lahan. Makin kuat pisau ditekan ke leher wanita itu.

         "Sabar bang. Semua ni boleh bawa berbincang. Lepaskan kak Faridah tu, bukan dia yang bersalah dalam hal ni" salah seorang lelaki tadi bersuara. Perempuan yang bernama Faridah tadi masih kaku. Mukanya masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

         "Cut!" Ahmad Zulkarnain melaung. Mukanya tampak kecewa. Kalau diperhati dari langkahnya yang perlahan menuju kearah mereka, nampaknya dia juga sudah penat.

          "Nuryn, you berlakon macam mana ni? Kaku! Expresion takut takde, gementar takde, sakit lagilah takde. How am I supposed to sell this drama then? This is a thriller. Not some kind of cheap amateur drama." Ahmad meluahkan kekecewaannya. Jam ditangan sudah menunjukkan jam 235 pagi. Sedar tidak sedar pengambaran ini sudah hampir 11jam dilangsungkan.

           "Okay guys, its a wrap for today, everybody should head home and get good rest. We'll continue this scene, and some other 'hutan' scene tomorrow" laungan Ahmad disambut dengan helaan nafas lega dari beberapa crew. Kulup terus berjalan kearah keretanya. Sempat jugalah dia mencapai air kotak Yeos yang dibekalkan pihak produksi. Sekali sedut sahaja, kotak Yeos itu sudah ringan. Dia banyak guna tenaga malam ini. 2 babak yang sebelumnya memerlukan dia berlari beria beria dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Belum sempat nak menarik nafas, babak 189 pula dilakonkan. Babak dia bergelut dengan Nuryn. Sebab itulah dia selalu pesan kepada anak anak buahnya, nanti bila dah besar jangan jadi pelakon. Gaji sikit, kerja tak kira masa, tak kira tempat.

          "Tapi Amin suka lah tgk Busu berlakon. Semua orang kenal Busu. Mana Busu pergi semua orang mesti panggil nama Busu. Amin nak macam tu jugak!" Kata budak berusia 9 tahun itu setiap kali Kulup kata jangan nak jadi pelakon.

Saja kotak Yeos tadi dibuang kearah kaki Mosha yang sudah terlelap di meja tepi kereta.

          "Opocot mak engkau! Ee babi tau kau ini Que! Terperanjat mak!" Besar mata Mosha terbeliak marah marah.

          "Rokok aku mana?"

          "Alamak mak lupa lah nak beli nokk. Nah kau isap rokok mak dululah nok" sambil Mosha mencampakkan kotak rokok kearah Kulup. Dia benar benar terlupa untuk membelikan rokok yang dipesan Kulup petang tadi. Kerana tapak pengambaran mereka sedikit jauh kedalam hutan, maka mereka hanya hantar beberapa krew sahaja untuk membeli makanan di warung berdekatan. Usai membeli makanan, dia terus pulang, lupa terus akan pesanan Kulup.

          "Winston?" tanya Kulup seperti kurang senang.

          "Ye Que. rokok aku hisap Winston je, kalau rokok hidup haaa banyak brand dah aku hisap." ayatnya dihabiskan dengan ketawa kecil. Kulup waktu itu sudah masuk kedalam kereta. Tingkapnya diturunkan separuh untuk mengelak mati lemas asap dan untuk tidak dibasahi embun pagi. Asap nikotina disedut dalam dan apabila paru paru mula rasa penuh dia berhenti. Perlahan lahan asap dihembuskan. Dia bukanlah perokok tegar dulunya. Dia seakan pernah mempercayai kata orang yang dia itu idola masyarakat. Seakan role model untuk semua peminat. Jadi tak kan lah role model nak merokok di public. Nanti budak2 muda nampak dia merokok dikatanya mereka merokok itu cool pula. Dah habis semua anak orang merokok sebab dia. Kerana itulah dulu dia hanya merokok di rumah sahaja. Tapi yelah, itu semua dulu. Pada awal awal tahun dia menceburkan diri dalam kancah lakonan. Waktu tu waktu tidur pun takde. Habis shooting drama ni, filem ni pula. Waktu tu sebut sahaja nama Que Louqe. Semua gadis boleh histeria.

            "Aku kena tolakkan kereta ni ke nokk?" Lamunan Kulup terhenti apabila suara garau Mosha memecah kesunyian. Rokok ditangan sudah separuh.

             "Mapley dulu eh? Tapau mihun, pastu fetch Fatin, then aku drop kau kat Angsana. Okay?" Kereta sudah mula bergerak. Mosha hanya mengangguk sambil tangannya mahir membakar rokok. Mekapnya sudah tidak mampu menutup kejantanan dan kepenatannya.

***

           "I belikan you mihun je yang. Pedas." kata Kulup seraya meletakkan bungkusan mihun diatas meja dapur. Tangannya sekali lagi pantas mencari bungkusan empat segi didalam koceknya. Badannya dihempaskan ke sofa Fella Design bewarna kuning cair yang elok terletak berhadapan television mereka. Seingatnya, sofa ini pun Fatin yang pilih semasa dia mendapat bayaran pertama untuk drama lakonannya Jingga Senja. Mulanya dia tidak setuju, tapi setelah memikirkan jenama Fella ini lebih tahan dari kebanyakan jenama, makanya dia setuju saja untuk keluarkan Ringgit Malaysia 7000 hanya untuk sofa yang sedang dia nikmati sekarang. Memang tidak salah keputusannya itu. Selesa.

           "B, you nak makan makan lah dulu, I nak mandi kejap" kedengaran suara Fatin sayup sayup dari tingkap atas.

           "Takpe yang. I tunggu you" Kulup bersuara lembut. Dengar tidak dengar dia tak peduli. Yang penting dia tetap akan tunggu untuk makan bersama wartawan Majalah Anggur itu. Fatin atau nama panjangnya Fatin Syazwani Mazuki sudah dikenalinya dari bangku sekolah lagi. Sebelum dia kenal erti kamera. Sebelum dia kenal erti berfesyen. Dia sudah gilakan perempuan ini dari usia belasan tahun. Siapa tak suka pandang gadis berambut ala ala Celinna Khor, dengan cutting badan sederhana yang membawa buku dari perpustakaan. Pernah sekali Kulup hampir terjatuh ditepi perpustakaan leka melihat juniornya itu berlalu didepannya. Tapi adatlah, waktu itu siapa pandang dia. Namapun Kulup, rambutnya waktu itu lebih kulup dari Kulup sendiri. Badan sekeping yang kalau ditiup angin pasti tersangkut di tiang tiang pencawang.

Jangan pula kata fesyen. Baju sekolah dah habis lusuh. Satu satunya sebab kenapa orang kenal Kulup disekolah adalah kerana namanya. Kulup. Ramai yang menjadikan namanya bahan jenaka. Akan tetapi, terima kasih kepada nama itulah orang kenal juga dia. Kalau kan namanya Muzaffar ke, Khairuddin ke , pasti dia lebih tidak dikenali.

CerminWhere stories live. Discover now