Bab 4

17 0 1
                                    

Berita kehilangan Nuryn sedang sibuk diwarcanakan di corong radio semasa alarm Kulup berbunyi. Ada masanya dia menyesal memasang radio alarm itu. Kerana dia asyik terlupa untuk tukarkan waktu alarmnya saban hari. Setiap hari jam 6pagi radio akan terpasang sebagai alarmnya. Tak kisahlah dia ada shooting atau tidak. Ini semua gara gara setiap hari terlupa nak tukarkan waktu. Tangannya merangkak menekan button off. Fatin masih nyenyak disebelahnya.

Kulup senyum. Setiap pagi bila dia bangun dan melihat Fatin disitu, dia akan senyum. Kerana dia tak pernah sangka wanita cantik itu akan bersamanya. Memang bukan setiap malam Fatin dapat menemaninya, tapi dia tetap bersyukur punyai wanita ini dalam hidupnya dan meskipun tak ramai yang tahu tentang mereka, dia tetap kasih dan cintakan perempuan ini. Lagipun, dia bukan tak mahu orang tahu, cumanya, bekerja dalam bidang hiburan ini bukanlah semudah itu nak akui cinta. Fatin sendiri seorang wartawan hebat. Kulup pula pelakon yang sedang mencuba mahu naik semula. Mereka tak mahu gossip menghancurkan karier mereka. Mereka sudah sepakat. Momen mereka sudah sedia untuk berumah tangga, pasti satu dunia mereka laungkan suci cinta mereka.

Kulup lantas memeluk  Fatin dari belakang. Tangannya memintal mintal baju Fatin.  Satu ciuman hinggap di pipi Kulup.

        "Ouh sayang pura pura tidur ya!" Belum sempat Kulup hendak bergerak , Fatin terlebih dahulu sudah memanjatnya.

        "You are one tired guy yesterday yes? I went to take bath, and when I'm done, there you are laying on the bed. Asleep." Fatin senyum sambil tangannya membelai dada Kulup.

        "Looks like my handsome hero here owe me something." Fatin yang kini duduk diatas Kulup perlahan lahan menanggalkan tshirt yang dipakainya sambil tersenyum nakal.

        "You know what Yang? You always look good without my shirts on. Its oversized." Kulup senyum. Dan kedua duanya leka dan khayal dalam dunia mereka dan meskipun berita di radio masih bercerita tentang hilangnya pelakon baru tadi, mereka nyata hilang dalam dunia mereka. Walhal Nuryn itu pernah berlakon dengan Kulup, dan Fatin sendiri seorang wartawan hiburan. Jelas pembayaran hutang lebih mengasyikkan.

•••••••••••••••

Ramai wartawan sudah mula berkampung dihadapan balai polis Klang Lama. Semuanya gara gara gossip yang tersebar luas yang mengatakan pelakon Nuryn yang sebelum ini muncul didalam drama Indah Pelangi sudah hilang tidak fapat dihubungi. Gossip ini mula tersebar luas apabila teman serumah Nuryn, Miya yang juga seorang penyanyi dibawah label Hijau Records  menelefon pengarah Ahmad Zulkarnain untuk bertanyakan tentang keberadaan Nuryn. Katanya sudah hampir 6 hari Nuryn tidak pulang kerumah. Keadaan bertambah rumit apabila pengarah itu menerangkan bahawa Nuryn ada menghantar sms mengatakan dia tidak dapat meneruskan kontrak untuk pengambaran drama Ahmad.

Beberapa wartawan sedang sibuk membetulkan camera mereka apabila ASP Hazri Mohamad dilihat keluar dari balai polis itu bersama sama Miya dan pengarah Ahmad Zulkarnain.

       "Assalamualaikum dan selamat tengahari." ASP Hazri memulakan kata kata. Semua wartawan yang berada di perkarangan balai terus mengunci mulut bersedia untuk mencatit maklumat maklumat penting. Sesetengah dari mereka lantas menghulurkan alat rakaman.

       "Baiklah saya ASP Hazri. Saya yakin ramai yang ada disini untuk mendapat penerangan lanjut mengenai laporan yang mengatakan pelakon Nuryn Fatiha hilang  jadi dengan ini pihak balai polis Petaling Jaya mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh rakan serumah mangsa ditemani pengarah Ahmad Zulkarnain mengenai kes ini. Kes ini akan disiasat dibawah akta orang hilang. " penjelasan panjang ASP Hazri itu dicatat penuh teliti.

      "Jika ada sebarang soalan boleh tanya sekarang?" ASP Hazri kelihatan menjenguk jam ditangan.

      "Tuan, betul ke mengikut khabar angin sudah 6 hari Nuryn tidak pulang ke rumah?" Kedengaran wartawan dari Harian Mesra bertanya.

      "Ya. Mengikut laporan yang dibuat oleh rakan serumah mangsa, kali terakhir dia dilihat adalah pada hari Rabu lepas. Maknanya, sudah 6 hari. Lain?" Tanya ASP Hazri sejurus menjawab soalan yang diajukan.

      "Kalau sudah 6 hari dia tidak pulang kenapa laporan baru dibuat hari ini?" Fatin dapat menyelah dalam keramaian wartawan tadi. Wartawan majalah Anggur itu menghadiahkan senyuman manis kepada mata mata yang mencari dari mana suara itu datang.

      "Kerana mengikut teman serumahnya, selalunya memang Nuryn jarang pulang kerumah atas sebab waktu pengambaran. Tapi selalunya Nuryn akan menelefonnya untuk memberitahu. Apabila Miya tidak dapat menghubungi Nuryn, dia mula rasa curiga. " jelas Hazri panjang lebar. Kelihatan Miya mengangguk dibelakangnya.

      "Tuan, sudah ada  suspek?" Wartawan TV4 pula mengajukan soalan.

      "Buat masa ini kami masih belum membuat sebarang andaian tetapi kami akan sedaya upaya untuk mencari beliau. Marilah sama sama kita berdoa semoga Nuryn dijumpai dalam keadaan selamat." ASP Hazri menjawab tenang.

      "Okay, kalau boleh kita memang nak jawab soalan lagi, tapi kalau saya duduk sini jawab soalan kamu sahajapun siapa yang nak pergi menyiasat." ASP Hazri bersuara tegas apabila dilihatnya beberapa orang wartawan masih mengangkat tangan untuk menyoal.

      "Jangan risau, pihak polis akan maklumkan kepada pihak kalian andai kata ada sebarang perkembangan dalam kes ini. Assalamualaikum." ASP Hazri terus melangkah masuk kedalam balai. Beberapa orang wartawan terus menyerbu kearah Miya dan Ahmad. Wartawan mula bertanya dengan lebih lanjut kepada Ahmad dan Miya. Meskipun begitu seorang wartawan terkecuali. Fatin sudah masuk kedalam kereta Suzuki Swift nya. Dia membelek telefon pintar nya yang merakam temuramah bersama pihak polis tadi. Setelah yakin dia telah menyimpan temuramah itu didalam fail audio, dia kelihatan membelek belek contactnya. Tak lama kemudian dia menaip.

"B, i miss you"

Dia menunggu kalau kalau status Kulup akan bertukar menjadi online.

"I miss you too yang. Kt set. Where r u?"

"Im just done with stuffs. Going back to HQ in a bit. Btw, r u coming tonight?"

"Tak tahulah. Amad pun xnmpk btg hidung lg. kalau start lwt, lwt hbs."

"Its okay. Can I come?"

"Sure. Why not. If u finish early, you have the house key. :)"

"Ok."

"Kalau rajin masak lah. Then i dont hav to singgah mamak :p "

"You have things in ur fridge?"

"I think so. Thanks yang."

Telefon diletak ketepi. Fatin tersenyum. Tak payahlah dia susah susah mahu berhimpit untuk menemuramah Ahmad. Mungkin Kulup tahu serba sedikit. Nanti malam akan dia korek segalanya dari Kulup. Dia tak perlukan berita ini dengan segera. Memandangkan majalah Anggur diterbitkan sebulan sekali. Dia masih ada lebih kurang dua minggu untuk jadikan berita ini sensasi. Sementara itu mungkin dia akan minta tolong Kimi dari majalah RUready untuk berkongsi sedikit info dengannya. Enjin kereta dihidupkan. Fatin terus keluar dari keramaian orang dan menuju ke ibu pejabat Majalah Anggur.

•••••••••••••

Sudah hampir lima hari pengambaran kawasan hutan ditangguhkan kerana ketiadaan pelakon wanita utama. Mereka hanya melakonkan babak babak kecil yang tidak melibatkan watak Maria. Kalau ikut kata Ahmad, sepatutnya harini pelakon gantian itu akan datang. Tapi timbul pula kes kehilangan Nuryn yang menyebabkan ramai krew pengambaran terpaksa ke balai polis untuk disoal siasat. Bukan apa, krew pengambaran drama ini adalah antara yang terakhir yang berinteraksi dengan Nuryn sebelum dia dilaporkan hilang.

Banyak spekulasi mula timbul mengatakan kehilangan Nuryn ada sangkut pautnya dengan penarikan dirinya dari drama arahan Ahmad Zulkarnain. Ini sedikit sebanyak menggangu pengambaran drama Ahmad. Tapi ada juga baiknya semua ini berlaku. Biasalah di negara ini, spekulasi spekulasi seperti ini akan memberi publisiti awal yang menarik bagi drama Ahmad ini. Orang akan mula mencari drama apakah yang sedang diusahakan Nuryn, siapakah pengarahnya. Mengapa Nuryn tarik diri. Sedikit sebanyak nama Ahmad Zulkarnain akan penuh dia laman facebook atau twitter.

Tak lama lepas itu mungkin wartawan lain pula akan buruk burukkan Ahmad mengatakan ini semua gimik drama barunya. Akhirnya kes Nuryn hilang pasti senyap begitu saja. Membuatkan dalang sebenar kes kehilangan Nuryn bakal tersenyum lebar.

CerminWhere stories live. Discover now