Bab 2

20 0 0
                                    

AHMAD ZULKARNAIN HILANG SENTUHAN.

Ahmad tenung halaman hadapan PEEP, salah satu kolum hiburan didalam surat khabar Harian Mesra. Hatinya bagai dibakar bakar membaca kenyataan itu.

           "Hilang sentuhan apanya? Semua pelakon yang dah takde skill. Suruh menangis dia ketawa. Suruh ketawa dia mencebek. Aku pula yang dikatanya hilang sentuhan?" Ahmad membebel kesal. Selama 18 tahun dia menjadi pengarah tahun inilah tahun paling teruk baginya. Hutang sudah masuk 6 angka. Mana taknya, semua dramanya dibeli stesen tv dengan harga yang amat murah, dengan alasan kualiti dramanya sudah makin kurang. Slot dramanya juga diletakkan pada waktu waktu yang tidak strategik. Satu dramanya diletakkan pada jam 10.00 pagi. Siapa mahu tengok? Semua orang kerja dan sekolah. Adapun suri rumah. Itupun waktu mereka memasak. Nak salahkan siapa pun dia tak tahu. Nak ambil pelakon terkenal, budgetnya pasti lari. Mereka sudah demand melampau, tapi bila pakai pelakon baru nak naik, inilah dia. Dikatanya takde kualiti pula. Silap silap boleh gulung tikar dia.

Ini semua bermula apabila dia ditipu satu syarikat penerbitan akhir tahun lepas. Drama sudah separuh jalan, dana masih tidak masuk. Akhirnya, kerana sayangkan hasil kerjanya, terpaksa dia membuat pinjaman bank untuk menghabiskan sendiri pengambarannya. Bagai jatuh ditimpa tangga, usai pengambaran, jabatan penapisan pula tidak melepaskan drama itu. Katanya terlalu extreme untuk tontonan semua. Terduduk dia waktu itu. Siapa nak dimaki?

Kalau nak cerita tentang menyaman syarikat penerbitan, sebelum kau fikir dia dah siap berdiskusi dengan peguam dah. Rahman namanya. Rahman sudah mintak semua dokumen yang diperlukan. Sudah dibincangkan berapa yang hendak diminta dan walaupun Rahman yakin boleh menang kes ini, Rahman kata mungkin mengambil masa bertahun tahun. Kerana sistem undang undang yang sarat dengan kes saman sivil. Itu sebabnya hari tu Ahmad gesa dia jumpa peguam syarikat penerbitan itu dengan harapan dapatlah diselesaikan tanpa masuk mahkamah. Alah dia bukan minta banyak. Hanya sekadar bayar berapa pinjaman yang sudah dibuat Ahmad dengan pihak bank.

Nyata penipu tetap penipu. Ada saja yang mahu mereka belitkan. Encik Luqman tersengih sengih sahaja melihat Rahman bercerita dengan peguamnya. Ayat terakhir dia sama makna dengan mari berperang.

          "See you in court" peguam pendek botak itu berkata dan terus berlalu dengan Encik Luqman. Ahmad perhati saja. Jangan kata kepal buku lima, kalau ada banyak buku sudah dikepal sepuluh mahupun dua puluh. Semenjak itu, dah hampir 5 bulan dia tunggu. Bodoh orang kita ni kuat menyaman. Benda kecil pun mahu disaman dan buat perkara penting dan besar macam ni terpaksa delay begini lama.

Lagu Beast of Burden dendangan Rolling Stone sedang memekak di telefonnya. Tak sedar dia sudah hampir sejam dia duduk mengadap halaman yang sama di surat khabar itu.

         "Majid? Dah dapat ke?" serius nada Ahmad kali ini. Majid sahaja yang dapat bantu dia keluar dari masalah ini. Hanya Majid yang boleh bantu dia realisasikan idea bernasnya ini.

         "Okay. Esok kau bawa. "ringkas arahannya dan terus mematikan talian. Jam sudah menunjukkan pukul 4.40 pagi. Surat khabar tadi dilipat cincai dan diletakkan ketepi. Kipas lampu semua dimatikan dan terus kakinya dihayunkan ke bilik tidur. Lima minit berkira kira samada mahu mandi atau tidak, akhirnya dia terlena masih berbaju kerja. Entah apa mimpi malam ini, yang penting esok jam 2 dia harus ke hutan lagi. Menyambung hari kedua pengambaran dramanya. Ada perubahan yang harus dia lakukan.

•••••••••••••••

        "Kau carikan aku yang paling susah orang nak kesan. Yang orang tak kenal sangat. Kalau boleh yang takde orang cari. Aku nak benda ni smooth Jid. Kau yakin ke kau boleh cari?" Ahmad bersuara dengan nada perlahan. Lebih seperti berbisik. Majid mendapat hadiah kepulan asap dimuka semasa Ahmad bercakap dekat dengan muka Majid.

        "Ya Amad, kau siapkan je duitnya. Aku boleh bagi apa saja kau nak. Macamlah kau tak pernah berurusan dengan aku. Jumpa saja apa kau nak memang aku terus cari kau. Kalau tak call pun nanti aku mesej. " Majid menarik nafas sebelum menyambung bicara.

        "Cuma aku musykil lah Amad, kenapa nak sampai 3? Apa fetish yang kau ada sampai 3 serentak kau nak ni? " terus Majid ketawa beria ria. Ahmad lantas menepuk kepala Majid.

        "Eh bangang! Senyap sikit boleh? Kau nak satu kedai ni tahu ke apa? Aku suruh kau carikan senyap senyap. Bukannya suruh kau laungkan satu kedai ni. Kan aku dah kata jangan banyak tanya. Carikan je. Cukup masa aku bayarlah!" jelas Ahmad tidak main main dengan urusan ini. Tangan Majid dicengkam kemas. Majid yang tadinya ketawa terus terdiam. Tiada gurauan seperti selalu.

       "Kau nak sekali tiga ke?" air limau ais diteguk Majid. Ternyata topik ini panas dan terus membuatkan Majid kering tekak. Selama mereka berkawan, atau lebih mudah kata 'berniaga' tak pernah sekalipun dia nampak pengarah ini begini serius. Selalunya ada saja benda yang buat mereka ketawa besar. Ahmad menyedut rokok.

       "Hm, kau bagi satu dulu. Kalau semua berjalan lancar, baru aku minta lagi dua. "  Majid hanya mengangguk. Sedikit curiga hatinya. Apa ada dengan 'berjalan lancar' ? Ini bukan pertama kali mereka berurusan. Bukan pertama kali Ahmad berjumpanya untuk perkara ini. Mengapa perlu terlalu berhati hati. Apa yang nak dieksperimen kan lagi setelah ratusan kali mencuba? Pemuda berusia 26 tahun itu nyata bingung.

       "Kau nak aku hantar atau kau nak ambil ditempat biasa? Majid soal.

       "Hm. Kau hantar. Tapi bukan ke rumah atau mana mana tempat biasa. Kau hantar ke tempat lain." Ahmad diam sebentar. Seakan akan mencari tempat idea mana tempat yang sesuai.

       "Ahh, nantilah. Bila benda dah ada baru aku fikir jelas mana kau kena hantar. Sekarang kau jangan fikir banyak. Carikan saja dulu. " suara Ahmad tenggelam timbul didalam keriuhan kedai mamak itu. Waktu tengah hari begitu memang ramai orang makan disitu. Mana yang bergelak ketawa bergossip, mana yang bincang hal perniagaannya. Samseperti mereka berdua juga.

       "Berapa lama nak guna?" Tanya Majid ringkas. Dia takut untuk tanya. Takut dimarah lagi, tapi yang ini dia memang perlu tahu.

       "Selama lama nya, sama macam yang dulu."ringkas jawapan Ahmad membuatkan Majid menelan airliur.

CerminWhere stories live. Discover now