Bab 5

13 0 0
                                    

"You jangan risau sayang. You usulkan je perkara ni pada dia. I yakin dia akan menggelabah tapi lepas fikirkan tawaran duit you, dia akan setuju. " suara perempuan di hujung talian itu sedikit memujuk.

              "Kalau dia okay I memang nak proceed je. Dah dekat seminggu drama ni tangguh. Budak pun I dah dapat." Ahmad kedengaran bersungguh sungguh.

             "You percayalah. I know him. He'll say yes after sometime. Just let him think. I love you." Tidak lama kemudian talian diputuskan. Ahmad terasa sedikit yakin selepas bercakap dengan wanita tadi. Dia perlu teruskan. Kalau tidak pasti pihak penerbitan akan bising. Bajet sudah mengalir macam air. Dengan hilangnya Nuryn keadaan bukanlah bertambah baik. Kalau dia melatah dan terhenti disini dia akan rugi besar.

           "Encik Ahmad." Kedengaran suara salah seorang krew memanggilnya dari luar treler.

           "Asmira dah sampai. Ada diluar dengan krew lain." Kedengaran seperti krewnya itu sudah menapak pergi. Pasti pelakon baru yang menggantikan Nuryn sudah sampai. Kalau tak silap dia Asmira ini sudah berlakon 3, 4 drama juga. Dia saja minta pihak pengurusan untuk menghubungi Asmira.

Ahmad berjalan malas malas. Dari jauh dia sudah nampak Kulup, Asmira dan beberapa krew lain sedang berkumpul. Sesi sual kenal mungkin. Walaupun industri perfileman kita kecil sahaja, tapi belum tentu setiap seorang pelakon itu pernah berjumpa sesama mereka.

         "Guys." Suara Ahmad bernada rendah.

         "I bet you guys dah kenal Asmira." Asmira mengangguk tersenyum.

         "Okay, so she'll be replacing Nuryn for Farida's role and i believe all of you have heard about Nuryn's dissapearance?" Semua krew mengangguk ngangguk.

        "I seriously hope that news wont effect our productivity. Kita ada drama yang perlu dihabiskan and producer is no playing games. Okay?" Ahmad kedengaran tegas. Semua krew memberikan tepukan semangat dan kebanyakan terus menyambung kerja mereka.

        "Yani, kau tolong direct the small scene yang Farida jumpa Azri tu." Ahmad memberikan tugasan kepada penolong pengarahnya Azieyanie. Dalam masa yang sama dia menggamit Kulup untuk berjumpa dengannya. Ada perkara yang perlu dia bincangkan. Perkara penting yang akan menentukan kejayaan dramanya kali ini. Dia perlu bertindak tegas dan yakin. Ya. Yakin dengan kata kata wanita dalam telefon tadi. Wanita yang disayanginya.

***

       "Hoi Que! Kau menung apa nokk?" Mosha menepuk bahu Kulup yang kelihatan leka termenung di kerusi dapur rumah yang mereka sewa untuk pengambaran.

       "Hah? Takde apalah. Ada hal di rumah sikit." Kulup cuba kalis.

       "Touch up sikit nokk. Muka aku dah berminyak ni." Kulup menyambung sambil mengelap ngelap pipinya. Jarang dia mendapat watak yang memerlukan dia untuk memasak. Baru dia tahu babak memasak ni tidaklah sesenang macam yang kita tengok dalam Food Channel atau Food Network. Susah. Entah berapa take lah mereka perlu buat untuk dapatkan kualiti masakan seperti Bobby Flay dan kecantikan seperti Giada dan Niggela. Mesti banyak cubaan. Dia yang hanya perlu masak olok olok sambil sebut sebaris dua skrip pun perlu buat hampir 5 cubaan.

Mana tak nya. Mana nak elak makanan yang kononnya dimasak tu hangus, mana nak elak asap yang memang buat kau semput time tu jugak mana kau nak hafal skrip lagi. Memang jenuh lah nak buat sampai perfect. Berapa kali Farhan jerit cut dan semula pun dia tak tahu.

Tapi dia hilang tumpuan bukan hanya kerana kesusahan memasak dan menghafal skrip. Dia hilang tumpuan kerana ada sesuatu menganggu fikiran dia. Semenjak pengarah Ahmad Zulkarnain memanggilnya tadi, fikirannya sudah berkecamuk. Perasaan dia berbagai bagai. Mana yang marahnya, mana yang rasa tercabarnya. Tak kurang juga dengan tamaknya. Dia sudah tak tahu apa dia perlu lakukan. Kulup buntu. Akal logiknya buat dia marah dengan lamaran idea Ahmad sebentar tadi, tetapi sikap tamaknya membuatkan dia rasa dia perlu menerima tawaran itu.

Dia perlukan wang. Dia perlu sewa rumah yang lebih besar untuk keselesaan dia. Mungkin beli rumah besar. Dia perlu beri keselesaan kepada Fatin juga selepas mereka berkahwin. Ya. Kahwin. Hatinya seperti sudah bersedia untuk mengambil Fatin sebagai isterinya yang sah.

Kulup menung.

          "Astaghafirullah, tak kan lah kamu nak kahwini seorang wanita dan beri dia keselesaan dengan wang haram Kulup?" Ustaz Kulup bersuara disebelah kanan.

          "Kau fikir logiklah Que, kau rasa dengan penindasan zaman sekarang ni, kau boleh ke cari duit cara baik? Sape nak bagi kau duit cara baik? Semua benda harga dah naik. Kalau kau terima basic contract berlakon, berapa kau dapat? 7000? Cukup? Kau berlakon 3 drama sebulan pun belum tentu cukup lah!" Kulup Devil's bersuara lantang.

         "Itu pun kalau ada lah pengarah nak panggil kau berlakon sampai 3 drama sebulan! Ha ha ha! " Devil menyambung lagi.

         "Oi! Senyaplah! Aku tak tahu!" Kulup tiba tiba menjerit. Mosha sedikit terperanjat.

         "Apehal kau? Kau terlelap ke apa masa aku touch up kau? Sampai mengigau bagai!" Mosha membebel. Kulup sendiri seperti terperanjat dengan suaranya tadi. Tak sangka suara hatinya dilisankan dibibir.

         "Sorry nok. Aku tak bape sihat plak. Badan penat kot." Kulup beri alasan. Mosha mengangguk dan terus berlalu pergi kearah beberapa pelakon lain. Ramai lagi yang perlu dia touch up untuk babak seterusnya.

Kulup bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia masih ada 6 babak yang perlu dilakonkan hari ini sebelum dia boleh pulang kerumah untuk benar benar fikirkan tentang tawaran gila Ahmad tadi atau sekadar tidur mati untuk mengurangkan kerunsingan kepalanya.

          "Que! Next scene!"

***

Nuryn perlahan lahan membuka matanya. Meskipun matanya mudah selesa kerana keadaan tempat itu yang sedikit gelap, sakitnya kepala dia pada waktu itu, seperti baru dihentak sebiji batu besar. Tangannya meraba raba kepalanya. Dia mahu pastikan andaiannya tentang dipukul sebiji batu besar. Kalau benar dia dipukul, pasti ada darah atau bengkak besar di bahagian belakang kepalanya.

Tiada. Tiada bengkak atau darah. Bila ditekan tekan juga tiada rasa sakit yang nyata. Lantas barulah dia sedar bahawa sakit yang dialaminya itu adalah sakit dalaman. Sakit kepala yang sangat kuat. Dia tersandar. Dia cuba mahu ingatkan kalau kalau dia memang ada migrain sebelum ini. Negatif. Sebenarnya dia cuba mahu ingat apa yang berlaku pada dirinya. Seingatnya semalam selesai pengambaran dia pergi ke Lotus Bar untuk minum. Kalau tak silap waktu itu jam 3pagi.

Nuryn masih tersandar. Lagi dia cuba mengingati apa yang berlaku, lagi sakit kepalanya. Dia pejamkan matanya.

             "Shit!" Nuryn bersuara perlahan. Dia lekas melihat jam nya. Sudah jam 4petang. Pastinya dia sudah terlewat 2 jam. Habislah dia dimaki Ahmad Zulkarnain kerana lewat untuk menghadiri pengambaran dramanya.

             "Eh sekejap." Nuryn terhenti. Dia membelek belek jammya.

             "Isnin?" Suara itu terhenti. Seakan akan dia termakan suaranya sendiri, Nuryn terbelahak. Tiba tiba dia rasa loya. Bukan kah sepatutnya hari ini hari Khamis? Kalau hari ini sudah hari isnin, sudah 5 hari kah dia tak bangun? 12 hari? 19 hari? Tiba tiba dia menyesal tidak membeli jam ESPRIT yang ada memaparkan tarikh tu. Memang pada awalnya dia sudah berminat. Tapi bila dia fikir fikir balik, seperti semak sangat pula muka jam itu kalau ada tarikh sekali. Sekarang dia sudah tidak tahu berapa lama dia tak sedarkan diri.

             "Ah! Handphone!" Nuryn meraba raba poketnya. Kosong. Tiada handphone seperti kebiasaannya.

Dia keliru. Matanya meliar ke kiri kanan. Dia benar benar tak faham apa yang berlaku. Dia tak tahu benarkah hari ini hari Isnin? Kalau jamnya rosak mestilah terhenti di hari Rabu, tapi kenapa Isnin? Lagipun jarum jam masih bergerak seperti biasa. Handphone juga tiada. Dia tak tahu kenapa dia tidur lama. Dia tak tahu kenapa kepalanya sakit. Dia tidak tahu hari ini hari apa. Dia tidak tahu mana pergi telefon bimbitnya. Dan dia baru sedar, dia tak tahu dia berada dimana sekarang.

CerminWhere stories live. Discover now