berkenalan dengan teman

627 16 3
                                    

Twilight dan Spike melewati Rarity, penghias dewan bandar.Spike dilamun cinta apabila melihat kecantikan Rarity.Rarity terkejut melihat kekusutan rambut Twilight dan membawa Twilight untuk didandan di Carousel Boutique.Dia terkejut dan kagum apabila Twilight berkata yang dia dari Canterlot.Impian Rarity ialah hendak tinggal di Canterlot.Itulah yang menyebabkan dia begitu teruja setelah mendapat tahu Twilight dari Canterlot.Twilight dan Spike cepat-cepat keluar dari butik itu setelah Rarity tiada kerana malas hendak melayan.

Perkara terakhir untuk diperiksa oleh Twilight ialah musik untuk majlis"The Summer Sun Celebration". Twilight dan Spike terdengar musik yang indah oleh kumpulan koir burung yang diajar oleh seekor kuda iaitu Fluttershy.Twilight telah mengejutkan kumpulan koir burung itu dan meminta maaf pada Fluttershy.Twilight ingin berkenalan dengan Fluttershy tetapi Fluttershy terlalu malu untuk bercakap sehinggalah dia ternampak seekor anak naga yang boleh bercakap kepunyaan Twilight iaitu Spike.Dia terus bercakap dengan Spike sehingga di hadapan sebuah perpustakaan iaitu Golden Oak Library.Kerana malas melayan Fluttershy yang dari tadi bercakap dengan Spike,Twilight telah membawa Spike ke dalam perpustakaan itu.

Di dalam perpustakaan itu,Twilight dan Spike disambut meriah dengan parti kejutan oleh Pinkie Pie.Kuda pertama yang ditegur oleh Twilight.Pinkie Pie menceritakan yang dia sungguh teruja kerana ada kuda baru yang datang ke PonyVille dan bercadang membuat parti.Semua kuda ada dikenali oleh Twlight ada di situ iaitu Applejack,Rainbow Dash,Rarity dan Fluttershy.Twilight dengan tidak sengaja telah minum sos pedas dan terus keluar dari ruang parti itu.Twilight pergi ke bilik di tingkat 2 .Dia merungut kerana mencari kawan hanya membuang masanya untuk mengetahui tentang "Element Of Harmony".Dia menyangka yang Puteri Celestia menghantarnya ke PonyVille kerana menyangka "Mare in Moon"hanyalah cerita legenda kanak-kanak.

Pagi keesokannya,Spike mengajak Twilight pergi ke Dewan Bandar untuk majlis"The Summer Sun Celebration".Mayor Mare mengumumkan Pembukaan Majlis "The Summer Sun Celebration"dengan menjemput keluar Puteri Celestia tetapi Puteri Celestia tidak keluar-keluar.Tiba-tiba Nightmare Moon keluar dari cahaya kabus ungu dan mula menakutkan semua kuda.

Rainbow Dash cuba terbang ke arah Nightmare Moon tetapi Applejack menggigit ekornya.Pinkie pie sibuk meneka nama Nightmare Moon dan mulutnya terus ditutup dengan kek cawan oleh Applejack.Twilight membuka mulutnya dan memberitahu nama Nightmare Moon. Menakjubkan, Nightmare Moon bertanyakan juga pada Twilight apakah rancangannya tetapi Twilight terlalu gugup untuk memberitahu.Nightmare Moon menyatakan bahawa malam akan kekal selama-lamanya dan ketawa menyeramkan sambil ribut petir dari alunan rambut mengelilinginya.

My little pony the nightmare moonTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang