Selepas itu,kabus ungu itu meyerang seekor haiwan buas di dalam hutan itu iaitu manticore.Manticore itu menjadi marah dan menyerang Twilight dan kawan-kawannya dengan tiba-tiba.Rarity sempat mengelak dan menendang kepala manticore itu.Manticore itu meraung sekuat hatinya pada Rarity sehingga menyebabkan rambut Rarity kerinting.Rarity terus lari apabila melihat manticore di hadapannya.Ketika itu Fluttershy dalam keadaan gelisah dan suruh berhenti dengan suara perlahan.Applejack menunggang manticore itu seperti koboi dan akhir tercampak.Lalu Rainbow Dash menyerang manticore itu dengan pusingan taufannya tetapi ditendang dengan ekor manticore itu.Semua kuda kecuali Fluttershy bersiap sedia untuk
Menyerang manticore itu.Lalu Fluttershy menjerit suruh berhenti. Fluttershy membuat manjanya dengan manticore itu.Manticore itu menunjukkan duri pada tanggannya.Fluttershy membuang duri itu dan manticore itu terus menjilat-jilat Fluttershy.Twilight tersenyum dan terus berjalan pergi dari situ bersama yang lain.Setelah mereka pergi duri itu bertukar kepada kabus ungu dan terus pergi mengikuti Twilight dan yang lain.
Selepas itu, kabus ungu itu menyerap masuk pula ke dalam kayu pohon dan membuat muka seram pada pohon itu dan yang lain-lain.Semua kuda ketakutan dan menjerit kecuali Pinkie pie.Pinkie pie ketawa melihat pohon itu dan mengejek-ngejekkannya.Yang lain berasa pelik melihat Pinkie pie yang tidak berasa takut langsung.Pinkie pie menyanyi lagu " Laughter Song"dan mengajar kawan-kawannya ketawa untuk menghilangkan muka seram pada pohon itu.Mereka semua ketawa dan bergembira lalu semua muka seram pada semua pohon itu hilang.
Mereka semua pun berjalan menuju ke sungai.Mereka semua terkejut karena air terlalu deras dan berombak untuk merentasi sungai itu.Lalu mereka semua terdengar satu tangisan.Rupa-rupanya seekor ular laut menangis dan melibas-libaskan ekornya di dalam sungai itu yang menyebabkan deras dan berombak. Lalu Twilight pergi bertanyakan pada ular laut itu mengapa dia menangis.Ular laut itu menangis kerana terdapat kabus ungu telah menghampirinya dan mengoyakkan separuh misai kesayangannya.Rarity pergi berdekatan ular laut itu dan memuji rambut ular itu untuk menenangkannya.Lalu Rarity mencabut salah satu satu sisik ular itu yang tajam dan memotong ekornya.Rarity mendermakan ekornya pada ular laut itu untuk menggantikan misainya yang telah terkoyak.Ular laut itu sungguh gembira dan terus menolong kuda-kuda itu menyeberangi sungai itu walaupun air sudah tenang dan cetek.Kini,Rarity berekor pendek dan dia tidak peduli langsung demi melakukan kebaikan.
Runtuhan istana purba beradik diraja kini berada di seberang gaung, tetapi Twilight dan yang lain tidak boleh merentasi gaung itu kerana jambatan untuk menyeberangi gaung itu telah runtuh. Lalu Rainbow Dash terbang ke seberang sana untuk mengikat jambatan pada dua buah batu tongkol ,Sebelum mengikat satu lagi tali pada batu tongkol ,tiba-tiba tiga pegasus muncul dan menjemput Rainbow Dash untuk menjadi kapten Shadowbolts, kumpulan penerbang elit. Rainbow Dash berasa begitu teruja lalu pergi kearah jambatan untuk mengikat tali tetapi dihalang oleh Shadowbolt.Twilight berasa hairan kerana Rainbow Dash mengambil masa yang terlalu lama untuk mengikat tali pada batu tongkol lalu terlihat Rainbow Dash bercakap dengan beberapa ekor Pegasus di sana.Twilight berasa sungguh khawatir.
Lalu Pegasus Shadowbolt pun menebalkan kabut agar tidak dilihat oleh Twilight dan kawan-kawannya.Rainbow terpaksa memilih antara menjadi ketua penerbang elit,Shadowbolt ataupun membantu kawan-kawannya .Apabila Rainbow Dash mendapat tahu bahawa dia mesti mengabaikan rakan-rakannya untuk menyertai Shadowbolts,Rainbow Dash terus membelakangkan Shadowbolts dan terus pergi mengikat jambatan supaya rakan-rakannya boleh menyeberang. Lalu ketiga-tiga Pegasus itu bertukar menjadi kabus ungu dan pergi dari situ.Twilight sungguh gembira kerana Rainbow Dash tidak mempercayai Pegasus Shadowbolt itu dan masih bersamanya dan yang lain.
KAMU SEDANG MEMBACA
My little pony the nightmare moon
HumorTwilight Sparkle sedang meneliti tentang Nightmare Moon yang akan kembali sebelum Perayaan Musim Panas. Ia mencoba memberitahukan hal tersebut kepada Putri Celestia, tetapi Putri menghiraukan dia dan menyuruhnya untuk pergi dan mengecek persiapan pe...