Ketua paling bodoh dalam era ini

21 1 0
                                    

Patutlah semua orang benci aku. Aku bukan ketua yang bagus. Siapa aku? Seekor katak yang menunggu mati di bawah dasar longkang tiba tiba dipilih menjadi pemimpin orang orang yang judgemental tahap babi. Aku terasa seperti diperbodohkan oleh sekumpulan mahadewi tempat aku sehinggakan kecuaian aku dipamerkan untuk mengaburi tanggungjawab aku. Biasalah bila si bodoh macam aku tak reti melawan hanya tahu memendam, apalagi, si mahadewi celaka mengambil kesempatan. Pangkat dia sebagai pengajar aku kononnya digunakan, untuk menjadikan aku kuli batak dia dibantu dengan askar askar otak sempit. Siapa aku kali ini? Ketua? Ketua yang telah menjahanamkan institusi suci aku. Si golongan mahadewi tidak pernah tahu apa rancangan aku. Ditolak mentah mentah padahal dia yang seakan merayu pandangan aku. Sekali lagi, aku siapa bukan?

Seharusnya aku mati katak sahaja agar orang tidak nampak kebodohan abadi aku. Supaya orang lebih hargai hidup aku sebagai manusia biasa. Daripada dicemuh dan ditertawakan secara terang terangan. Depan aku, ketika aku diperkenalkan sebagai sang babi yang berpangkat rendah, mereka tahan ketawa, aku nampak. Mahadewi terus menerus menurunkan pangkat aku yang dulunya di tempat 2 kepada 9. Duit tiada, ditelan sekaligus oleh mahadewi untuk membuat acara acara bodohnya. Ataupun hasil kerja pengkorupsi paling agung dalam era ini? Entah, malas aku ingin huraikan. Semua buah fikiran aku musnah. Hancur lebur. Aku tak mampu buktikan siapa diri aku. Kerana aku bukan sesiapa. Aku bodoh.

Aku pernah putus asa kerana penat dipergunakan. Jawatan KETUA itu hanya sebagai platform untuk aku mulakan kerjaya sebagai hamba kekal mahadewi itu semua. Mahadewi ada otak tetapi tiada belas kasihan. Anak anak bawahan aku diam. Aku pun diam. Tetapi, kawan kawan sehidup semati aku bagi kata kata perangsang. Sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab aku sudah hilang identiti. Satu cap di dahi aku tertulis ketua tetapi seluruh isi perkataan itu membusuk. Aku bodoh.

Dengan ini aku isytiharkan aku ketua paling bodoh dalam era globalisasi ini. Sekian :)

AnxietyWhere stories live. Discover now