Perjalanan Si Nerd BerBlack Belt

6 1 0
                                        

Ye , aku penghidap General Anxiety Disorder (GAD) . Apa itu ? Search sendiri sebab aku bukan nak cerita pasal itu disini . Maafkan aku ye . Hahaha . Ada seorang kawan aku kata dia sudah penat dengan perangai judgemental manusia sekeliling . Jujur aku pun penat . Racist ? Unfair ? Sudah biasa . Aku salute dengan manusia yang mampu ketepikan isi perut sendiri untuk memberi ruang kepada lingkaran usus yang lain . Faham tak ? Tak faham takpe . hahaha .

          Baiklah aku nak cerita pasal perjalanan aku untuk menjadi pengajar taekwondo . Banyak yang aku hadapi sepanjang perjalanan ini . Mula mula aku protes dengan mak ayah aku sebab masukkan aku dalam taekwondo . Aku tak suka bersukan . Tapi aku cuba juga.  Lama lama aku rasa teruja . Sehinggalah aku mendapat tali pinggang kuning 2 , arwah ayah aku nak berhentikan aku . Aku bentak . Maklumlah aku baru tingkatan 2 masa itu . Bentak sebab ? Sebab tu , kau fikir sendiri . Tapi tak , ayah aku tak berhentikan . Dan aku teruskan sampai merah 2 . Dan aku terpaksa berhenti seketika sebab aku SPM . Niat aku hendak sambung sejurus selepas SPM , tetapi arwah ayah pula dijemput Ilahi . Ye , aku tangguhkan . Bulan Januari , kehidupan aku separuh telah dipenuhi dengan taekwondo . Mengapa aku cakap begitu ? Aku memang gila kerana aku tekad untuk dapatkan tali pinggang hitam . Aku korbankan masa dan tenaga malah duit . Aku cakap duit sebab aku pakai duit sendiri untuk bayar semua yuran , pertandingan , ujian sebab keluarga aku tak suka aku masuk taekwondo . Gilakan aku ? Apa lagi gila ? Sosial , kelab aku ni dipenuhi dengan pelbagai bangsa berbeza umur .Ramai je orang bila dah sampai tali pinggang hijau , berhenti sebab macam2 alasan.  Tapi aku lebih berkeyakinan untuk hadapi realiti . Aku sanggup berlatih setengah nyawa , sehinggakan , aku hampir dikenali oleh semua ahli taekwondo senegeri . ye , aku pernah wakil negara . Tapi , sepadan dengan akibat aku dapat . Pinggang terseliuh , kaki bengkak , urat betis kejang , semua aku dah lalui . Sungguh aku pertaruhkan segala galanya untuk taekwondo . Aku juga telah menganggap master aku sebagai ayah kedua aku . Bukan apa , taekwondo ni tempat aku lepaskan stress . Lapangkan minda . Ye , aku banyak dapat medal dan trofi tapi itu untuk kepuasan hati aku . Bukannya nak riak ke menunjuk . Salah kata orang sekeliling aku ni.  Kau tahu jelakan , jadi anak sulung perempuan setelah kematian ayah memang tertekan kan ? Jadi , taekwondo je tempat aku let go of everything . Dan aku dapat juga tali pinggang hitam dan 1( baru 1, ada lagi banyak hahaha ) .  Alhamdulillah . Setelah semua susah payah aku , aku dapat juga . Banyak lagi isu sebenarnya tapi yelah aku malas nak cerita . Belum sampai 2 bulan aku bergelar pengajar terlatih taekwondo , aku dapat tawaran sambung belajar. Hm . Terpaksalah aku berhenti seketika. InshaAllah , master nak jadikan aku referee dalam pertandingan seterusnya . Aduh . Aku malu . Aku lebih selesa jadi urusetia . Coach pun aku tak nak . Malu . Ye orang kalau malu takkan kemana tapi pasal jawatan referee ni , berapa ketul je referee perempuan satu negeri aku ni ? Aduh . Hahaha . Sampai sini je kot . Jadi bagi sesiapa yang adili ( serius aku cakap , tak semua nak tadah telinga dengar aku cakap pasal taekwondo and dorang tak pernah berminat nak tahu ) aku setelah aku mendapat kejayaan mahupun semasa , aku nak ucap terima kasih sebab tanpamu aku tak mungkin akan capai ini semua . Tekad aku untuk buat apa aku suka , berjaya . Alhamdulillah . Sudah beribu kali aku ucapkan terima kasih kat semua yang menyokong aku . Sungguh aku sayang korang semua .

p/s : pasal love2 , aish malas nak cerita hahaha .

AnxietyStories to obsess over. Discover now