Dia seorang murid sekolah, tingkatan 4 , kelas ketujuh . Murid bermasalah bukan sebab apa, sebab dia nakal . Dia nakal pun sebab orang sekeliling. Kurang kasih sayang dari ibu bapa dan guru. Cuma kawan kawan ada di sekeliling dia. Rapat sangat .
Dia ada seorang cikgu, yang mengajar dia pendidikan seni visual. Cikgu yang rapat dengan dia . Mesti dia yang muncul setiap kali cikgu tu perlukan pertolongan dia. Cikgu itu percayakan dia, yang dia mampu berjaya dengan kemahiran dia. Akhirnya cikgu itu menubuhkan satu kelab kemahiran dan dia dilantik sebagai ketua kelab itu. Ramai orang mencemuh, kenapa dia? Diakan budak kelas belakang, tak popular, malah nakal dan bermasalah. Tetapi cikgu tu tetap bagi tanggungjawab berat itu dekat dia.
Hari demi hari, dia lakukan segala tugasnya dengan baik diiringi dengan bimbingan cikgu itu. Walaupun dia diejek secara terang terangan ketika watikah pelantikan tetapi dia tidak gentar kerna dia yang menggalas jawatan itu bukan mereka. Dan kini dia dikenali ramai kerana dedikasinya dia sebagai seorang ketua. Tetapi, sesuatu telah berlaku.
Cikgunya jatuh sakit. Disahkan menghidapi sakit kuning dan tidak dapat hadir ke sekolah untuk waktu yang lama. Dia masih boleh lagi bertahan. Dia sering menziarahi cikgunya di hospital walaupun jauh dari rumahnya. Cikgunya pendamkan segala penyakitnya supaya tiada yang tahu. Akhirnya , cikgu itu sembuh dan kembali ke sekolah untuk sambung berkhidmat.
Kelab mereka masih lagi berdiri dan ramai pelajar ingin menjadi ahli. Malah mereka menjadi rapat kerana masing masing mempunyai minat yang sama dan mereka tidak malu yang mereka bukan dari kelas murid pandai. Cikgu mereka sentiasa menjaga kebajikan mereka tidak kira dari segi kewangan atau pengangkutan. Kelab mereka sentiasa menjadi sebutan guru guru di perhimpunan.
Genap seminggu, cikgu mereka dimasukkan semula ke hospital. Ramai ingin tahu kenapa, tanpa memikirkan perasaan dia. Dia cuba bertahan. Dengan ahli yang ramai yang merupakan keluarganya sekarang dan urusan kelab yang semakin banyak, dia semakin runsing. Dia menghantar mesej kepada cikgunya yang berada di hospital yang jauh dari tempat tinggalnya . Sangat jauh. Setiap respons cikgu itu dijadikan pengukur semangat.
Cuti sekolah sudah tiba. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang ketua kelab kemahiran yang sangat berkebolehan, dedikasi dan hebat. Namun, cikgunya makin hari makin tidak memberi respons terhadap mesejnya. Sehinggalah satu hari dia mendapat satu mesej yang mengatakan cikgunya telah kembali menghadap Ilahi semalam.
Dia cuba untuk menelan realiti. Cikgunya yang selama ini menjadi pembimbing dia, yang menjadi pembakar semangat setiap hari dan diberi kepercayaan, sudah tiada lagi. Dia jatuh.
Dia sempat menziarahi rumah arwah cikgunya yang kelihatan suram. Jika selama ini dia pergi tahlil arwah tanpa rasa apa apa, kini dia pergi dengan perasaan. Perasaan yang dia sudah berubah. Dia membacakan yassin dan tahlil walaupun dia terlewat. Dia menjadi ketua yang baik dengan mengajak rakan rakannya sekali. Dia lebih terkesan.
Tahun ini dia SPM. Tahun lepas merupakan satu memori indah buat dia. Memori yang akan dia simpan sampai bila bila. Dia bukan lagi seorang ketua kerana kelab itu telah dibubarkan. Kerana tiada cikgu yang mahu mengambil alih. Tiada cikgu yang mempercayai dia lebih daripada arwah cikgunya. Dia tekad untuk berubah supaya arwah cikgunya sentiasa gembira dengan pencapaiannya. Dan, ye, dia lebih terkesan. Sangat terkesan dengan semua ini.
Berdasarkan kisah benar. Aku harap kau tabah ye. Ingat, walaupun arwah cikgu kau dah takde, jangan pernah patah semangat. Sentiasa upgrade kan diri kau. Okayy?