Masa hujung tahun aku di Tingkatan 4 , ia adalah salah satu waktu yang sukar buat aku . Arwah atuk aku pergi meninggalkan aku . Kau tahu apa rasa dia ? Apa yang aku rasa ialah rasa putus asa . Rasa yang aku gagal . Gagal membawa atuk pulang ke rumah setelah sebulan setengah dijaga oleh aku di hospital . Di sini hanya aku dan nenek . Mak ayah dan adik2 berada di sana kerna sekolah . Aku disini sendiri . Ya Allah , betapa rapuh hati aku . Betapa jatuhnya jantung aku . Panggilan dari hospital pada 10 minit sebelum subuh memang , memang menggerunkan . Dan bila aku sampai , aku ingat lagi kata doktor tu , " So I considered Mr ----- had just passed away at 5:30 a.m. just now . Im sorry .... " . Masa itu segalanya terhambur keluar . Aku menapak masuk kedalam wad arwah atuk . Kelihatan seorang jururawat Serani sedang membuka wayar wayar yang berselirat di tubuhnya . Mesin perentak jantung menuturkan garis hijau yang lurus tanpa bunyi . Ya , arwah atuk dah tiada . Selepas beberapa minit mencium dan membaca yassin , aku keluar dari wad . Aku duduk di tempat menunggu . Pada waktu subuh seperti itu , sunyi menyelubungi suasana , hanya seorang pakcik cina berada di situ . Aku duduk . Dan ketika itu , aku menangis sekuat yang mungkin seakan aku melepaskan segala kepenatan . Berkali kali aku tuturkan yang aku rasa seperti kalah . Kakak kalah , atuk. Kakak rindu atuk . Sangat sangat sehinggakan kakak rasa nak putus asa tanpa atuk disisi . Patah hati . Sangat . Tiada lagi si pemberi kasih sayang tulen padaku . Tiada lagi penyokong tegar aku . Tiada lagi semua ini . Namun , makin hari menjauh dari peristiwa , makin aku faham , kepedihan hati orang lain lagi hebat dari aku . Aku bisa berdiri lagi , tapi lain ? Aku redha . Namun masih lagi aku menangis pabila melihat seorang datuk menemani cucunya kesekolah . Aku masih lagi menangis . Ya Allah, janjiMu itu pasti . SubhanAllah . Keredhaan Allah aku cari . Aku cari sehingga aku jumpa ketenangan . Ye , aku akan teruskan hidup dengan semangat yang arwah atuk berikan padaku . Atuk , kakak akan berjaya sepertimana atuk nak , itu tekad kakak . Dan maafkan kakak , kakak berjaya juga dapat tali pinggang hitam dalam taekwondo walaupun atuk suruh kakak berhenti masa tali pinggang hijau 2 . Sorry atuk . heee :D
