Pada suatu masa dahulu,ada sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak gadis yang bernama Cinderella.Kehidupan Cinderella berubah apabila ibunya meninggal dunia.
Selepas ibunya meninggal,ayah Cinderella telah berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua anak perempuan.Ayah Cinderella amat menyayangi Cinderella sehinggakan ibu tiri berasa iri hati dan cemburu akan Cinderella.
Pada suatu ketika,Cinderella telah mendapat khabar buruk oleh salah seorang rakan ayahnya ketika dalam perjalanan ke bandar bahawa ayah Cinderella telah meninggal dunia.
Hari demi hari,kehidupan Cinderella menjadi kucar-kacir apabila ibu tirinya asyik menyuruhnya mengemas rumah pada setiap masa.Ibu dan kakak tiri Cinderella amat kejam kerana sering menjadikan Cinderella seperti orang gaji.
Pada suatu hari,mereka semua mendapat jemputan untuk menghadiri majlis tari-menari di istana.Semua raja dan pembesar,orang atasan dan rakyat jelata dijemput hadir.Namun begitu,Cinderella tidak ajak pergi bersama-sama.
"Sudahkah Kau siapkan pakaian kami untuk ke majlis tari mencari?"
Tanya ibu tiri kepada Cinderella."Sudah..Saya sudah persiapkan segalanya"
Jawab Cinderella.Malah dua orang kakaknya masih lagi beradu didalam bilik.
"Haa..Tolong kejutkan kedua-dua kakak Kamu kerana salah seorang dari mereka bakal menjadi ratu di negara ini...Hahaha"
Kata Mak tiri dengan gembira.Cinderella masih tercegat disitu akibat sedih kerana tidak dapat menghadiri majlis tari menari di Istana.
"Hey!Pergi cepatlah.."
Jerit ibu tiri.Cinderella dengan segera mengejut kedua-dua kakak tirinya.
Pada petang itu,ibu Dan kakak tirinya pun pergi ke Istana dengan memakai pakaian yang sungguh cantik.Cinderella sedih dan menangis kerana dia tidak dipelawa oleh ibu tirinya,tambah pula dia tidak mempunyai pakaian yang Cantik untuk pergi ke majlis seperti itu.
Cinderella hanya duduk termenung sambil menangis.Tiba-tiba muncul pari-pari.Terkejut Cinderella dibuatnya.
"Kamu jangan takut dan bersedih kerana Kamu juga berpeluang pergi ke majlis tari menari itu"
Kata pari-pari.Pari-pari tersebut mengerakkan tongkat saktinya,dengan tiba-tiba pakaian Cinderella bertukar menjadi pakaian yang cantik dihiasi pula dengan kilauan permata dan mutiara.Pari-pari telah menukarkan sebiji labu menjadi kereta kuda.
"Baiklah,Sekarang Kamu naiklah kereta kuda ini dan pergilah ke majlis tari menari itu..Tapi Kamu mesti balik kerumah sebelum pukul 12 malam"
Kata pari-pari."Terima Kasih pari-pari"
BalasnyaTidak berapa lama kemudian, Cinderella pun tiba di Istana.Ketika itu majlis sedang berlangsung. Cinderella adalah gadis yang paling tercantik di majlis tersebut.
Putera menghampiri Cinderella.
"Sudikah Kamu menari dengan beta"
Kata Putera.Mereka menari sehinggalah tepat pukul 12 malam.Cinderella meninggalkan putera itu dengan segera sebelum semuanya kembali dengan serta merta.
Dalam keadaan yang tergopoh-gapah itu,Cinderella tertanggal sebelah kasut kristal yang dipakainya.Setelah Cinderella pergi menghilangkan diri,Putera amat kecewa kerana Cinderella meninggalkannya kerana putera telah pun jatuh hati kepada Cinderella.
Putera meminta pada semua pegawai tenteranya untuk mencari gadis pemilik kasut itu keseluruh pelosok negeri.
Kedua-dua kakak tiri mencuba kasut tersebut tetapi saiz kaki mereka tidak sama dengan saiz kasut itu.Cinderella juga diminta untuk memakai kasut tersebut.Akhirnya, Cinderella berjaya memakai kasut itu.
Mereka pun berkhawin dan hidup bahagia selamanya.
YOU ARE READING
koleksi Cerita Dongeng
Fantasymempunyai 16 cerita dongeng..cerita ini ringkas sahaja,hanya sekadar bacaan kanak-kanak yang baru nak belajar membaca.. #enjoy