Gadis Bertudung Merah

146 3 0
                                    

            Di pinggir sebuah kampung tinggal seorang gadis yang gemar memakai selubung bewarna merah.Dia digelar 'Gadis Bertudung Merah'.

            Pada suatu pagi,Gadis Bertudung Merah mendapat khabar yang neneknya jatuh sakit.Gadis Bertudung Merah berasa risau kerana dia amat sayang akan neneknya.

            "Sekiranya kamu mahu,kamu boleh pergi melawat nenek," kata ibu Gadis Bertudung Merah."Tapi kamu mesti ingat,jangan singgah di mana-mana dan jangan bercakap dengan orang yang kamu tidak kenal,"kata ibunya lagi.

           Gadis Bertudung Merah membawa sebuah bakul yang diisi dengan kek untuk neneknya.

          Rumah nenek Gadis Bertudung Merah terletak di hujung kampung .Gadis Bertudung Merah terpaksa melalui kawasan hutan yang agak sunyi.Di sepanjang perjalanannya,dia melihat banyak bunga-bunga cantik yang tumbuh meliar.Ini membuatkan Gadis Bertudung Merah terlupa akan pesanan ibunya .Dia terus berhenti di tepi jalan untuk mengutip bunga yang cantik dan bewarna-warni itu.

           Tiba-tiba muncul seekor serigala.Ia bersembunyi di sebalik sepohon pokok.

           "Hai,selamat pagi!Apakah yang kamu mahu buat dengan bunga-bunga itu?"tanya serigala dengan suara yang lembut.

          "Saya tidak akan bercakap dengan orang yang tidak dikenali.Tolong pergi dari sini.Lagipun saya ingin melawat nenek saya yang tinggal di hujung kampung sana," kata Gadis Bertudung Merah.

         Serigala tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.Ia mendapat satu idea.

         Tidak berapa lama kemudian ,Gadis Bertudung Merah tiba di rumah neneknya.

         "Hello,nenek!Adakah nenek berada di dalam?"panggil Gadis Bertudng Merah.

         "Masuklah ,nenek sedang berehat di atas katil,"kata serigala yang menyamar sebagai nenek Gadis Bertudung Merah.Ia baring di atas katil dan berselimut.

         "Nenek,mengapa telinga nenek terlalu besar?"tanya Gadis Bertudung Merah.

          "Untuk mendengar suara kamu dengan lebih jelas,"kata serigala lagi.

           Gadis Bertudung Merah menghampiri 'neneknya'."Mengapakah mata nenek terlalu besar?"

           "Supaya nenek dapat melihat kamu dengan kamu dengan lebih jelas,"kata serigala.

           Gadis Bertudung Merah berasa hairan mendengar suara neneknya yang garau. "Nenek,mengapa gigi nenek terlalu besar dan tajam?"tanya Gadis Bertudung Merah.

            "Supaya lebih senang nenek memakan kamu !" jerit serigala sambil menerkam ke arah Gadis Bertudung Merah.

            Gadis Bertudung Merah ketakutan lalu melarikan diri.

           "Tolong! Tolong!" jerit Gadis Bertudung Merah apabila serigala mengejarnya.Dia bernasib baik apabila terserempak dengan pemotong kayu.Pemotong kayu itu mengejar serigala denga  kapaknya.

      Gadis Bertudung Merah bersyukur kerana terselamat.Dia pergi ke rumah neneknya kembali.Akhirnya dia menemui neneknya yang disembunyikan di dalam almari pakaian.


koleksi Cerita DongengWhere stories live. Discover now