Lobak Gergasi

538 7 0
                                    

Pada suatu masa dahulu,terdapat seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Pak Tani.Dia mendapat gelaran tersebut kerana dia amat gemar berkebun.

Malah Pak Tani berasa amata bangga apabila melihat kebunnya sentiasa subur dengan pelbagai pokok sayur-sayuran.

Pada suatu hari,Pak Tani membeli biji benih pokok lobak.Dia membuat beberapa batas untuk menanam pokok lobak itu.
Selepas mengemas biji benih,Pak Tani menyiramnya setiap hari.Beberapa hari kemudian,biji benih itu mulai tumbuh.

Pak Tani berasa amat gembira melihat pokok lobaknya tumbuh subur.Namun dia agak terkejut melihat sepohon pokok lobaknya yang tumbuh lebih besar daripada pokok-pokok yang lain.

Pokok lobak gergasi itu tumbuh Dan membesar dengan cepat sekali, sehinggakan saiznya melebihi saiz badan Pak Tani sendiri.

Selepas beberapa minggu,pokok lobak gergasi itu berhenti membesar.Oleh itu,Pak Tani membuat keputusan untuk mencabut lobak gergasi itu.Pak Tani memegang daun lobak itu dan cuba menariknya.Namun pokok lobak itu tidak bergerak sedikit pun.

Pak Tani mencuba beberapa Kali tetapi dia tidak berjaya menarik pokok lobak gergasi itu keluar.Dia tidak boleh buat kerja itu berseorangan,dia memerlukan bantuan untuk menarik keluar lobak tersebut.

Pak Tani memanggil isterinya.Pak Tani Dan isterinya cuba mencabut pokok lobak gergasi itu tetapi tidak berhasil.

Pak Tani memanggil anak lelaki dan perempuan.Namun kekuatan mereka berempat masih belum memcukupi.

"Wah,besar sungguh pokok lobak ini sehinggakan Kita yang berempat ini pun belum dapat mencabutnya"
Kata Pak Tani.

Mereka berehat seketika kerana kepenatan.Selepas itu,Pak Tani meminta bantuan jiran-jirannya.Jiran-jiran Pak Tani datang menolongnya mencabut lobak gergasi itu.

Pak Tani,isterinya Dan anak-anaknya serta jiran-jirannya mencuba mencabut pokok lobak gergasi itu.Mereka memegang pokok lobak itu dengan kuat.Setelah semuanya bersedia,Pak Tani pun berkata...

"1..2..3..Tarik!"

Mereka pun menarik pokok lobak itu dengan sekuat tenaga.Setelah beberapa Kali,akhirnya pokok lobak itu pun tercabut.

"Wah,besarnya isi lobak ini!"
Kata mereka semua

Jiran-jiran Pak Tani berasa sungguh terkejut apabila melihat isi lobak gergasi itu.

Pak Tani berasa gembira kerana akhirnya mereka berjaya mencabut pokok lobak gergasi itu.Mereka mengangkat lobak itu untuk dibawa pulang.

Pak Tani Dan anak-anaknya memotong lobak gergasi itu.Dia membahagikan lobak yang telah dipotong itu kepada jiran-jirannya.Pak Tani Dan seluruh penduduk kampung dapat menikmati sup lobak gergasi yang lazat itu.

koleksi Cerita DongengWhere stories live. Discover now