Putera Katak

206 2 0
                                    

Pada suatu masa dahulu,di sebuah negeri terdapat seorang raja yang baik hati dan adil.Baginda mempunyai tujuh orang puteri .kesemua puterinya cantik-catik belaka ,namun yang paling cantik ialah Puteri Bongsu.

   Puteri Bongsu lebih suka menghabiskan masanya bersendirian .Dia amat gemar bermain dengan sebiji bola emas yang dihadiahkan oleh ayahandanya .

  Pada suatu hari,Puteri Bongsu bermain bola emasnya di taman istana.Dia melambung tinggi bola emas itu dan menyambutnya.Dia berasa sungguh gembira.

  Namun agak malang baginya apabila bola emas yang dilambung tinggi terjatuh ke dalam pergi.

  Puteri Bongsu berasa amat sedih.Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mengeluarkan bola emas itu dari perigi.Dia hanya menangis di tepi perigi itu.Tiba-tiba Puteri Bongsu dikejutkan dengan suatu suara.

  "Saya boleh tolong kamu!"kata seekor katak yang besar ."Saya boleh tolong ambilkan bola emas kamu tetapi dengan satu syarat iaitu kamu mesti menjadi kawan saya dan membenarkan saya berada di samping kamu setiap masa."

  Tanpa berfikir panjang,Puteri Bongsu bersetuju dengan syarat katak besar itu.Katak besar itu terus melompat ke dalam perigi.Tidak lama kemudian,ia naik sambil membawa bola emas Puteri Bongsu.

  Puteri Bongsu berasa amat gembira apabila katak besar itu menyerahkan bola emas kepadanya.Dia segera pulang tanpa menghiraukan katak besar itu.Dia telah pun mungkir janji.

  Pada malam itu,ketika Puteri Bongsu makan bersama ayahanda dan kakak-kakaknya ,tiba-tiba terdengar ketukan.

  "Ada seekor katak hendak berjumpa dengan Puteri Bongsu,"kata dayang.

  Puteri Bongsu terpaksa menceritakan peristiwa yang berlaku di taman kepada ayahandanya . Raja pun berkata "Kamu mestilah menunaikan janji".

  Puteri Bongsu hanya terdiam.Dia terpaksa membawa katak besar itu masuk lalu diletakkan di atas kerusi.

  "Berikan makanan kepada tetamu kamu itu,"kata Raja .

  Dengan perasaan geram,Puteri Bongsu terpaksa melayan tetamunya iaitu seekor katak besar untuk makan bersamanya.

  Apabila tiba waktu tidur,Puteri Bongsu membawa katak besar itu ke bilik tidurnya.Dia meletakkan katak itu di atas lantai.

  "Wahai puteri,tolong letakkan saya di atas katil kamu,"rayu katak besar itu.Puteri Bongsu berasa kasihan terhadap katak itu.Dia mengambil katak itu lalu diletakkan di atas katilnya,iaitu bersebelahan dengannya. 

  Tiba-tiba katak besar itu bertukar menjadi seorang putera yang sungguh kacak.

  "Sebenarnya saya telah disihir menjadi seekor katak,"kata putera kacak itu. "Terima kasih kerana kamu berjaya melenyapkan kuasa sihir tersebut,dan kini saya telah menjadi manusia semula." 

  Puteri Bongsu dan Putera dikahwinkan dan mereka hidup bahagia selama-lamanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

koleksi Cerita DongengWhere stories live. Discover now