Di sebuah kampung,tinggal sepasang suami isteri.Si Isteri terlalu menginginkan seorang anak.Setiap hari dia berdoa supaya dikurniakan seorang anak .
Pada suatu hari,pasangan suami isteri ini berjumpa dengan seorang wanita tua yang bijaksana.Wanita tua itu memberikan biji benih sambil berkata,"Kamu tanamlah biji benih ini,dan hasrat kamu berdua akan tercapai."
Tidak lama kemudian,biji benih itu pun tumbuh.Setelah beberapa lama menunggu,pokok itu pun mengeluarkan bunga.Di dalam kelopak bunga itu terdapat seorang gadis yang amat kecil saiznya,iaitu hanya sebesar ibu jari.
Mereka menamakan anak gadis itu Thumbelina.Thumbelina dijaga dengan penuh kasih sayang dan mereka menganggapnya sebagai anak sendiri.
Pada suatu hari,Thumbelina diculik oleh eekor katak.Dia dibawa lari jauh dari ibu bapanya."Kamu sungguh cantik,saya akan kahwinkan kamu dengan anak saya,"kata katak itu. Katak pun meletakkan Thumbelina atas sehelai daun yang lebar.Thumbelina menangis ketakutan dan sedih kerana terpisah dengan ibu bapanya.Lagipun dia tidak mahu berkahwin dengan anak katak yang hodoh itu.
Beberapa ekor ikan bersimpati melihat nasib malang Thumbelina .Mereka pun menolong Thumbelina .Mereka menarik daun yang diduduki Thumbelina dan membawanya jauh dari katak itu.
Akhirnya Thumbelina sampai di sebuah tempat yang agak asing baginya.Dia berasa sungguh takut dan sedih.Tiba-tiba muncul seekor tikus .Ia kasihan melihat kedaan Thumbelina yang kesejukan dan kelaparan itu.
"Jangan takut,marilah tinggal bersama saya,"kata tikus kepada Thumbelina.
Tingallah Thumbelina bersama tikus itu sepanjang musim sejuk itu.Pada suatu hari,tikus itu berkata kepada Thumbelina ," Saya kan menbawa kamu berjumpa dengan kawan saya iaitu tikus mondok.Ia sedang mencari calon isteri."
Thumbelina terpaksa bersetuju dengan cadangan tikus yang telah menolongnnya itu.Mereka pun pergi ke rumah tikus mondok.Dalam perjalanan mereka terjumpa dengan seekor burung layang-layang yang cedera dan hampir mati kerana kesejukan.
Thumbelina menjaga dan merawat burung layang-layang itu sehingga ia sembuh.Apabila tiba musim panas,burung layang-layang itu kembali sihat dan dapat terbang semula .Ia mengajak Thumbelina terbang bersamanya kerana ia kasihan melihat nasib Thumbelina.
Thumbelina membuat keputusan untuk mengikut burung layang-layang.Dia tidak sanggup berkahwin dengan tikus mondok.
Burung layang-layang membawa Thumbelina terbang ke sebuah tempat yang dipenuhi pokok-pokok bunga yang bewarna-warni .Burung layang-layang meletakkan Thumbelina di atas kelopak sekuntum bunga yang besar.Di dalamnya terdapat seorang putera kenit yang sama besar dengan Thumbelina.Putera itu berasa sungguh gembira bertemu Thumbelina.Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.
![](https://img.wattpad.com/cover/100330223-288-k611585.jpg)
YOU ARE READING
koleksi Cerita Dongeng
Fantasymempunyai 16 cerita dongeng..cerita ini ringkas sahaja,hanya sekadar bacaan kanak-kanak yang baru nak belajar membaca.. #enjoy