BAB 2

251 11 0
                                    


SEBAIK sahaja keluar dari kedai emas, perempuan berkasut tumit tinggi itu mengatur langkah ke arah satu-satunya restoran berhawa dingin yang terdapat di pekan kecil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK sahaja keluar dari kedai emas, perempuan berkasut tumit tinggi itu mengatur langkah ke arah satu-satunya restoran berhawa dingin yang terdapat di pekan kecil itu. Tangannya menepek-nepek tisu ke wajah untuk mengeringkan renik-renik peluh. Penampilannya yang agak berbeza daripada penduduk kebanyakan sudah tentulah sentiasa mendapat perhatian. Bukan dia tidak tahu akan renungan lelaki-lelaki hidung belang yang tertoleh-toleh ke arahnya. Itulah realitinya, perempuan cantik sentiasa menjadi perhatian dan sukar untuk dilupakan.

Tenunglah sampai terkeluar biji mata, tenunglah! Bukannya aku luak apa-apapun. Desis hati Salina sambil menambah hayunan pada pinggulnya agar tampil lebih menggoda.

Mungkin suatu hari nanti aku akan buka butik pakaian di sini untuk mengajar perempuan-perempuan di pekan ni cara-cara melaram yang betul. Hatinya merencana.

Seperti biasa, dia memilih meja yang terletak di tepi tingkap. Sambil menunggu nasi goreng Cina dan air tembikai yang dipesannya tiba, dia menalakan renungannya ke luar, menembusi tingkap kaca lutsinar itu. Matanya hinggap ke arah deretan kedai-kedai runcit, kedai yang menjual kain serta pakaian, kedai komputer, kedai perabot, restoran Cina, bank serta sebuah klinik. Rata-ratanya bangunan di situ dibina setinggi dua tingkat sahaja. Bangunan yang paling tinggi adalah sebuah hotel budget iaitu setinggi lima tingkat.

Pekan yang membosankan, gerutu hatinya sambil membayangkan keinginan yang membuak-buak untuk meninggalkan tempat itu dan kembali ke lubuk asalnya. Tetapi tidaklah semudah itu dia hendak meninggalkan pekan kecil serta rumah agam yang kini didiaminya di ceruk kampung sana. Dia telah diikat dengan janji. Dia tidak boleh meninggalkan tempat itu tanpa izin suaminya. Kalau dia engkar, dia akan diceraikan.

Sudah tentulah dia tidak mahu diceraikan Tuan Bahrin sebelum seluruh harta lelaki itu menjadi miliknya. Kalau diceraikan, sia-sia sahajalah dia meninggalkan bekas kekasihnya dahulu dan menyerahkan kemudaannya kepada Tuan Bahrin. Mulanya, dia sangka misinya menundukkan lelaki berusia 58 tahun itu semudah ABC. Sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya tidak semudah itu dia dapat membolot harta Tuan Bahrin.

Dia membayangkan wajah seorang budak lelaki yang terkurung di bawah kolong rumah agamnya. Luth adalah waris tunggal suaminya. Dia boleh sahaja berkongsi dengan Luth akan kekayaan Tuan Bahrin tetapi sifat tamak yang bernafsu-nafsi dalam dirinya menghalangnya berbuat begitu. Dia tidak suka berkongsi dengan orang lain.

Tidak, dia sama sekali tidak akan berkongsi dengan Luth. Selagi Luth hidup, dia tidak akan berjaya membolot kesemua harta suaminya. Dia tidak takut untuk menghapuskan Luth kerana suatu ketika dahulu dia juga pernah mengenyahkan seorang perempuan daripada kehidupan Tuan Bahrin kerana dia sememangnya tidak suka berkongsi.

Peristiwa dua tahun lalu menerjah semula ke ruang ingatannya. Kalau kebiasaannya dia ditemani oleh Awaludin tetapi malam itu dia keluar bersendirian. Hubungan mereka sedang dibadai krisis. Walaupun dia mencintai Awaludin tetapi disebabkan teman lelakinya itu yang asyik pokai dan kadangkala dengan muka tidak malu pula mengecek duit gajinya menjadikan dia bosan. Kemuncaknya ialah dua minggu lalu yang menyaksikan mereka perang besar.

FOBIAWhere stories live. Discover now