Bab 6

163 10 0
                                    



SETELAH beberapa minit berada dalam kondisi tidak sedarkan diri, Luth mula membuka matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH beberapa minit berada dalam kondisi tidak sedarkan diri, Luth mula membuka matanya.

Ngoonggg... ngoonggg...

Impak hentakan dulang ke kepalanya tadi membuatkan Luth terdengar suatu bunyi pelik berdengung dan mengaum dalam kepalanya. Mulanya dengung itu perlahan sahaja tetapi semakin lama bunyinya semakin kuat dan menyeksakan.

Nngoonggg... ngooonggg...

"Isy, bunyi apa ni?" Luth memekap telinganya untuk menghilangkan dengung itu tetapi hampa. Dengung itu membuatkan dia mula berasa pening kepala dan hampir pitam.

Dia merebahkan badannya lalu berbaring dalam posisi mengerekot. Berharap agar dengung itu akan berkurangan. Beberapa lama dia terpaksa menanggung derita akibat bunyi dengung yang menyerangnya itu. Akhirnya bunyi dengung itu beransur hilang sedikit demi sedikit.

"Sabarlah, anakku." Tiba-tiba satu suara hinggap ke gegendang telingnya. Suara yang amat dikenalinya. Suara arwah ibunya!

"Ibu, tolong Luth, bu. Luth dah tak tahan lagi ni, bu." Rintih Luth. Dia benar-benar merana, terseksa.

"Masanya akan sampai juga nanti untuk kau membalas dendam!" Sekali lagi perkataan 'membalas dendam' didendangkan ke telinganya oleh arwah ibunya.

Ketika itu, Luth tidak tahu bagaimana hendak membalas dendam kepada perempuan yang telah menciptakan derita dalam hidupnya itu. Mahunya cuma satu, ingin dibebaskan dari bawah kolong itu dan menjalani kehidupan sepertimana kanak-kanak seusianya.

"Tolong Luth, ibu. Luth nak keluar dari sini. Mak cik Lin tu jahat bu... jahat!" Rintih Luth lagi.

Luth renung wajah yang hanya kelihatan samar-samar pada pandangan matanya itu. Dia tahu wajah yang selalu menemaninya itu tidak mampu membantunya. Namun hadirnya tetap memberikan kekuatan kepadanya.

"Tidurlah, anakku! Sesungguhnya tidur itu dapat melegakan penderitaanmu." Luth terdengar suara arwah ibunya memujuk.

Luth tutup kelopak mata. Dia dapat rasa sentuhan lembut di kepalanya – sentuhan yang amat dirinduinya, sentuhan seorang ibu. Matanya mula layu. Dan, Luth tertidur juga akhirnya. 

FOBIAWhere stories live. Discover now