minah mengayuh basikal sangat laju. ketika minah mahu membelok ke kanan, seseorang berjalan dihadapan dengan minah menyebabkan minah hilang kawalan. “arhhhhh!! ke tepi!!!” jerit minah. orang itu tidak mendengar kata minah kerana dia memakai earphone di telinganya. lalu mereka berdua berlanggar antara satu sama lain.
“aduh.. sakitnya..” kata orang itu. minah juga dalam kesakitan, tetapi lelaki itu lebih kesakitan kerana dilanggar oleh basikal minah. minah memandang pemuda itu lalu dia terpegun melihat lelaki itu. ‘kacaknya lelaki ni.’ bisik hati minah. “woi! boleh tak bawa basikal tu elok-elok?” marah lelaki itu. namun minah masih berdiam. “woi! kau dengar tak apa yang aku cakap.” kata lelaki itu. kemudian lamunan minah hilang kerana ternampak darah pada kepala lelaki itu. “da..darah..” kata minah dengan teragak-agak sambil tangan kanannya menunjuk ke arah darah itu. lalu lelaki itu bangun dari situ dalam keadaan tidak berupaya dan terus berjalan tinggalkan minah. minah hanya melihat kelakuan lelaki itu tanpa berkata apa-apa. selepas lelaki itu beredar, “cis! sombongnya. nasib baik kau kacak. kalau tak, jangan harap aku nak layan kau baik.” marah minah.
seperti biasa minah lambat ke sekolah dan dia juga kena denda kerana lambat. selepas dendanya selesai, minah terus masuk ke kelasnya iaitu kelas 3-4. sesampai minah di kelasnya, dia terus duduk di tempatnya. “minah!” jerit pelajar wanita itu membuatkan minah terkejut. “apa kau ni!” marah minah. “sorry lah. aku tak sengaja. janganlah marah. aku tahu kau lambat lagi hari ni.” kata pelajar itu. “mana aku tak lambat sebab gara-gara aku langgar lelaki mana entah.” kata minah. “kau tahu bagi alasan je.” kata pelajar itu. “betul lah aku cakap. kau nampak tak aku tengah cedera ni.” kata minah. pelajar itu melihat sekeliling badan minah lalu terkejut. “lutut kau luka lah! kau patut pergi bilik kesihatan sekarang.” kata pelajar itu dengan keadaan cuak. “(ketawa) yujeong! kau tak perlulah cemas. aku tak apa-apa lah.” kata minah.
yujeong tanpa berfikir panjang terus memanggil ketua kelas mereka. “shownu!” panggil yujeong. shownu pun bagun dari tempat duduknya dan lalu menuju ke arah mereka. “ada apa?” tanya shownu. “minah ni! dia cedera.” kata yujeong. “apa!” kata shownu sambil terkejut. “woi! woi! aku tak apa-apa lah.” kata minah. “kau bawa dia ke bilik kesihatan. tak apa, nanti aku beritahu cikgu yang minah tak sihat.” kata shownu. “terima kasih shownu.” kata yujeong. “woi! korang tak dengar ke apa yang aku cakap.” marah minah. akhirnya minah mengalah, lalu mereka ke bilik kesihatan.
di bilik kesihatan..
“Dr.jihyo! tolong saya. kawan saya cedera.” kata yujeong. Dr. Song datang membantu minah untuk berjalan ke arah sebuah katil. “kamu cedera dekat mana?” tanya Dr.jihyo. “lutut.” jawab minah. “saya minta diri dulu. tolong tengok-tengok kan dia ya.” kata yujeong lalu beredar dari situ. ‘tak perlulah nak lebih-lebih.’ bisik hati minah. Dr. Song merawat minah yang sedang cedera. Dr. Song meminta minah untuk berehat sebentar ketika dia keluar kerana ada hal lain. minah berehat seorang diri di bilik itu. “ni semua gara-gara lelaki tu. kalau dia tak muncul tadi, mungkin aku duduk dalam kelas dan belajar. terpaksa aku melayan kebosanan aku dekat sini.” leter minah. “yah! orang sebelah. boleh tolong diam sikit tak?” kata seorang lelaki. minah terus terkejut…..
to be continue..
YOU ARE READING
Accidental Love (COMPLETE)
Fanfictionpertemuan zuho dan minah secara tidak disengajakan. akibat dari kejadian itu, mereka saling suka satu sama lain tetapi mereka tida luahkannya. dengan kehadiran irene di dalam hidup mereka, minah membuat keputusan untuk menjauhi zuho. yujeong mempu...