“apa?” tanya minah dan lalu zuho mengelap air mata minah. “aku cintakan kau.” kata zuho sambil tersenyum. “aku pun.” kata minah dengan gembira dan lalu zuho mencium mulut minah. ketika itu, wonho melihat segala perbualan mereka dan tidak lama kemudian, dia beredar dari situ.
“wonho! macam mana?” tanya yujeong. “berjalan seperti yang kau nakkan.” kata wonho. “baguslah! kau janganlah sedih, pasti ada ramai lagi perempuan yang nak dekat kau.” kata yujeong. “tapi takkan sama dengan minah.” kata wonho. “aku nak tanya lah! apa yang specialnya dia itu?” tanya yujeong. “dia orang yang sangat ceria, tak kisah apa yang orang nak kata dekat dia, baik, dia sentiasa ada bila aku dalam kesusahan. kau ingat tak waktu appa mati kemalangan dan omma aku jadi tak waras sebab kehilangan appa aku, dia sentiasa ada setiap penderitaan aku. dia minta tinggal di rumahnya dengan omma aku buat sementara waktu. keluarga dia sangat baik dengan omma aku, walaupun omma aku dah buat masalah dekat rumah dia. aku tak tahu macam mana aku nak balas semua ni dan aku tak rasa nak mencintai orang lain selain dia.” kata wonho dengan perasaan sedih. “sabarlah wonho.” kata yujeong yang turut sedih.
minah bertemu dengan kang joon..
“kang joon! aku nak minta maaf, aku dah bercinta dengan pilihan hati aku.” kata minah. “what! but why?” tanya kang joon separuh kecewa. “ maaf lah ya. aku terima kau sebab nak rapat dengan orang yang aku dah lama suka. jadi sampai sini sajalah hubungan kita.” kata minah dan dia berlalu pergi. “what!” kata kang joon dengan kecewa, ketika itu yujeong berada di situ. “macam mana perasaan apabila orang buat kau macam tu? itulah yang kau buat dengan orang yang pernah kau bercinta dulu. jadi kau rasakan.” kata yujeong lalu menjelir lidahnya dan berlalu pergi.irene menuruni anak tangga sekolah dengan keadaan yang agak sedih. tiba-tiba kakinya tidak mengenakan anak tangga lalu terjatuh tetapi telah disambut oleh seorang lelaki. “irene! kau tak apa-apa?” tanya lelaki itu. irene memandang lelaki itu lalu terkedu. “yeo one!” kata irene. “kau ni! lain kali hati-hatilah.” kata lelaki itu membuatkan irene terdiam. “kau tak apa-apa? boleh jalan tak?” tanya yeo one. “(jerit) sakit!” kata irene dengan sengaja. “apa? mana?” tanya yeo one. “tolong aku turun tangga.” kata irene membuatkan yeo one tersenyum dan lalu yeo one membantu irene menuruni anak tangga itu.
minah dan zuho berjalan-jalan di kawasan perumahan..
“kenapa aku nampak kau baru pakai masa kau datang rumah aku?” tanya zuho. “tak adalah! lepas kau bagi dekat kau, aku terus pakailah!” kata minah. “jangan nak tipu akulah, aku nampak.” kata zuho. “itu sebab kau nampak luaran dia, dalamannya tak siapa yang nampak. lagipun surat yang kau bagi dekat aku tu aku tak faham lah.” kata minah. “apalah kau ni. nampak macam layan cerita cinta, tapi yang tu pun tak tahu. kalau kau pakai rantai tu, maksudnya kau juga cintakan aku. kau tak nampak ke rantai tu bentuk hati, maksudnya rantai itu hati aku” kata zuho. “jadi dalam badan kau sekarang ni tak ada hatilah?” kata minah dengan gaya mengusik. “ada lah! dalam badan aku tu hati yang pertama, yang aku bagi tu hati yang kedua.” kata zuho membuatkan minah rasa marah lalu minah terdiam. “kenapa kau diam?” tanya zuho. “tak nak! aku nak hati yang pertama tak nak yang kedua.” kata minah. “yah! kau dah gila ke?” marah zuho membuatkan minah ketawa terbahak-bahak. “aku gurau sajalah.” kata minah sambil tersenyum dan membuatkan zuho turut tersenyum.di sekolah..
yujeong mula bercinta dengan shownu kembali. dia mula menerima shownu seadanya dan telah memberikan peluang kedua untuknya.“wonho!” panggil seorang perempuan. “ya?” kata wonho lalu perempuan itu menghulurkan sepucuk surat kepada wonho dan wonho mengambilnya. perempuan itu terus berlalu pergi dengan pantas kerana malu. wonho membuka surat itu lalu membacanya. “oppa! saya sudah lama sukakan oppa. saya harap oppa dapat terima saya.” kata kandungan surat itu. ketika itu, yujeong dan shownu berada di situ lalu mereka menuju ke arah wonho. “peminat rahsia ke?” sakat yujeong. “diamlah kau!” kata wonho. “kenapa kau tak terima saja. kan senang.” kata shownu. “bukan sorang saja yang bagi. sejak kebelakangan ni, makin ramai yang bagi surat dekat aku sampai aku tak larat nak baca.” kata wonho.
“dah lah! wonho! jom bertarung.” ajak shownu. “cool!” kata wonho. “yah! kau berdua kalau nak berlawan basikal pun ikut waktu lah! aku yang seksa duduk belakang shownu. dahlah bawa laju.” marah yujeong namun tidak diendahkan lalu mereka mula bertarung. “1…2..3!” kira shownu dan mereka mengayuh dengan sangat laju menyebabkan yujeong menjerit ketakutan.tamat….
YOU ARE READING
Accidental Love (COMPLETE)
Fanfictionpertemuan zuho dan minah secara tidak disengajakan. akibat dari kejadian itu, mereka saling suka satu sama lain tetapi mereka tida luahkannya. dengan kehadiran irene di dalam hidup mereka, minah membuat keputusan untuk menjauhi zuho. yujeong mempu...