Puteri

7 2 0
                                    


Puteri

Seorang puteri dalam taman larangan,
Menjadi seperti burung,
Saat bebas dari sangkar emas,
Terbang bebas hinggap di dahan.

Seorang puteri,
Dipeluk, dibelai, dijaga rapi,
Apabila keluar melihat dunia,
Dia terlalu polos,
Untuk menilai manusia.

Di jalanan, takdir puteri bertemu dan jatuh cinta,
Seorang lelaki mencuri hati,
Namun tanpa sedar,
Ada rahsia sang lelaki sembunyikan daripada puteri.

Cinta dilayar terasa indah,
Seorang puteri keasyikan,
Waktu bergulir,
Puteri terus memahat kenangan dan angan agar hanya dia beraja di hati sang lelaki.

Malam berganti siang, dan sungai terus mengalir,
Sang lelaki menghancur harapan.

Seorang puteri,
Akhir sedar,
Bukan dia sahaja beraja dihati sang lelaki.

Kasihan kau wahai puteri,
Polos sifatmu dijadikan permainan.

Silent RantWhere stories live. Discover now